Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Mar 25, 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majlis peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani di Jalan Masjid India akan tetap diteruskan pada Khamis ini.
Menurutnya, keperluan membina masjid itu adalah bagi menampung kapasiti masjid dan surau sedia ada yang semakin sesak di kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719532/berita/nasional/majlis-pecah-tanah-pembinaan-masjid-madani-diteruskan---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #MasjidMadani #MasjidIndia

Tuesday Mar 25, 2025

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengenal pasti titik panas yang berisiko menjadi lokasi jenayah maritim dari kawasan perairan Dumai, Indonesia menghubungkan Kuala Sepang
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, walaupun tiada kes jenayah maritim direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya tetap bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719502/berita/semasa/maritim-malaysia-perketat-pemantauan-perairan-dumai-kuala-kesang
#SinarHarian #BeritaSemasa #Maritim #pemantauanperairan

Monday Mar 24, 2025

'Persiapan raya semua dah tak ada, dihanyut banjir'
Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) 1 SJK (C), mengakui sudah hilang 'mood' untuk berhari raya susulan keadaan banjir yang berlaku di kawasan kediamannya di Kampung Sepakat Baru, Skudai sejak beberapa hari lalu, la[or wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini
Tinjauan Sinar Harian ke PPS berkenaan mendapati rata-rata penduduk yang ditempatkan di PPS berkenaan hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719438/edisi/johor/persiapan-raya-semua-dah-tak-ada-dihanyut-banjir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #banjirJohor

Monday Mar 24, 2025

Suami isteri ditahan pos dadah kepada pelanggan
Helah sepasang suami isteri menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar cecair dadah jenis methamphetamin gagal apabila ditahan polis di kaunter peti mel sebuah stesen minyak di Taman Canning di Ipoh, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. 
Kedua-dua suspek berusia 30 dan 29 tahun yang bekerja sebagai jurujual itu menggunakan botol berpelekat minuman kesihatan untuk mengisi cecair dadah bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum menghantar bungkusan kepada pelanggannya.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, keseluruhan isipadu cecair dadah yang dirampas dianggarkan 37.3 liter bernilai RM1.19 juta. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719368/Suami-isteri-ditahan-pos-dadah-kepada-pelanggan
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #edardadahcecair #kesdadah

Monday Mar 24, 2025

Terdesak bayar hutang, anggota polis bantuan nekad merompak
Gara-gara terdesak membayar hutang sebanyak RM20,000, seorang anggota polis bantuan nekad menggunakan senjata api ketika menyamun sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi suspek apabila belum sempat menjual hasil emas yang disamun, suspek diberkas pada hari yang sama ketika dipercayai sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719394/berita/semasa/terdesak-bayar-hutang-anggota-polis-bantuan-nekad-merompak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #rompak #PDRM
 

Monday Mar 24, 2025

'Dah tak fikir pasal raya, rumah pun dah kosong'
“Dah tak fikir pasal raya, dalam rumah pun dah kosong... semua habis.”
Demikian luahan Siti Kamariah Ahmad, 40, yang kehilangan hampir segala-galanya selepas kediamannya di Kampung Sri Jaya, Johor Bahru, ditenggelami air pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurutnya, ketika paras air meningkat, dia sempat berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), tetapi dalam kekalutan, dia hampir terlupa kucing kesayangan yang masih di dalam sangkar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719377/edisi/johor/dah-tak-fikir-pasal-raya-rumah-pun-dah-kosong
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirJohor #PPS

Monday Mar 24, 2025

Maahad Muhammadi Perempuan ajak umat Islam bertadabur
Program World #QuranHour 2025 pada 25 Mac memberi kesan besar terhadap masyarakat supaya lebih dekat dengan al-Quran, lapor wartawan Sinar Harian Aswany Omar.
Penolong Kanan Pentadbiran Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Emran Datuk Nik Mustapha berkata, penganjuran program dalam bulan Ramadan juga meningkatkan keberkatan terhadap golongan yang mengalunkan setiap kalam ALLAH SWT ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719198/Maahad-Muhammadi-Perempuan-ajak-umat-Islam-bertadabur
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #WorldQuranHour #AlQuran

Sunday Mar 23, 2025

Seorang tukang jahit di Kampung Maju Jaya,Johor Bahru, pasrah apabila lebih 20 pasang baju raya pelanggan musnah selepas kedainya ditenggelami banjir lumpur, Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Nurizuna Ismail, 39, berkata dia berusaha menyelamatkan pakaian pelanggan dengan meletakkannya di tempat lebih tinggi sebelum pulang ke rumah.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/719201/edisi/johor/baju-raya-pelanggan-tenggelam-banjir-saya-tak-mampu-ganti
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #Banjir #TukangJahit

Sunday Mar 23, 2025

Tidak lena tidur risau banjir berulang
Beberapa penduduk yang dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Kulai mengakui tidak lena tidur sekiranya hujan pada sebelah berikutan risau banjir berulang lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurut Nor Hamizah Saidin, 37, walaupun masih terkesan dengan keadaan banjir pada Khamis lalu hingga menyebabkan banyak barang rumah rosak, dia perlu bersiap sedia berdepan kemungkinan situasi sama berulang dalam masa terdekat.  
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719215/berita/semasa/tidak-lena-tidur-risau-banjir-berulang
#BeritaSemasa #SinarHarian #banjir #kulai  

Sunday Mar 23, 2025

Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi bising dari arah jalan raya berdekatan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Putat, Melaka rupanya kemalangan yang meragut nyawa anak sulungnya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Suri rumah, Jamilah Kamaldin, 48, berkata, ketika itu dia berada di rumah menunggu kepulangan Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, dari tempat kerjanya di Pasar Raya Aeon Ayer Keroh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/719211/berita/semasa/bunyi-bising-rupanya-anak-terbabit-kemalangan-maut
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganmaut #Melaka

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125