Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Apr 07, 2025

Perdana Menteri mengarahkan Jemaah Menteri untuk menentukan secara terperinci kadar tarif timbal balik sebanyak 24 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ini. 
Berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman tarif berkenaan oleh Presiden AS, Donald Trump, pada Rabu lalu dilihat sebagai umum dan masih terdapat ruang untuk perbincangan serta rundingan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721413/berita/nasional/pm-arah-jemaah-menteri-teliti-semula-tarif-timbal-balik-as
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM  #AnwarIbrahim #TarifAs #US

Sunday Apr 06, 2025

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu kerajaan bersikap jujur dengan memberi maklumat tepat kepada rakyat berkaitan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menaikkan tarif import dari pelbagai negara termasuk Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat itu dijangka mengubah struktur industri semikonduktor tempatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721357/Kerajaan-perlu-jujur-kesan-langkah-tarif-Trump-kepada-negara---Syed-Saddiq
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #langkahtariftrump

Sunday Apr 06, 2025

Orang ramai diminta memberikan kepercayaan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas di media sosial hanya akan menyukarkan proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721330/berita/semasa/tiba-tiba-ramai-jadi-pakar-menteri-gesa-henti-spekulasi-kes-kebakaran-putra-heights
#SinarHarian #BeritaSemasa #PutraHeights #Kebakaranpaipgas
 

Sunday Apr 06, 2025

Biarpun pulang pada saat akhir setelah bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung, namun rata-rata warga bandar raya Johor Bahru lega kerana tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas di lebuh raya, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. 
Tinjauan Sinar Harian di Plaza Tol Skudai (arah Selatan), mendapati warga bandaraya Johor Bahru mengakui aliran trafik berjalan lancar di sepanjang perjalanan mereka biarpun berlaku pertambahan kenderaan di lebuh raya. 
Malah, ada yang menyifatkan cuaca yang baik juga sebagai antara faktor yang membantu kelancaran lalu lintas di lebuh raya. 
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #Aidilfitri
 

Sunday Apr 06, 2025

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti pencerobohan tanah rizab saluran paip gas di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan PETRONAS untuk menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan tanah berlaku termasuk  mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan. 
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #pencerobohan #tanahrizab #kawasanpaipgas
 

Sunday Apr 06, 2025

Isu banjir termenung yang sering melanda beberapa kampung di kawasan Sri Gading, Batu Pahat perlu diatasi segera menerusi pemasangan pam air berkuasa tinggi bagi mempercepatkan aliran keluar air ke sungai berhampiran, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Antara kampung yang terjejas termasuk Kampung Parit Karjo, Kampung Parit Baru, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Bengkok dan Kampung Parit Samion.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721318/edisi/johor/pam-air-berkuasa-tinggi-diperlukan-atasi-banjir-termenung
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirtermenung

Sunday Apr 06, 2025

Penduduk sekitar Sri Gading, Batu Pahat trauma apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebanyak dua kali dalam tempoh kurang sebulan akibat banjir yang berulang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Lebih menyedihkan, banjir kali kedua melanda ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, menyebabkan ramai yang tidak dapat meraikan hari raya seperti kebiasaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721316/edisi/johor/penduduk-trauma-dua-kali-banjir-dalam-tempoh-kurang-sebulan
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #trauma

Sunday Apr 06, 2025

Jika sebelum ini kawasan belakang bangunan sering dikaitkan dengan suasana suram dan tidak menarik, kini sudut di Mahkota Square berubah wajah menjadi sebuah galeri seni terbuka penuh warna-warni dan bernostalgia yang dikenali sebagai Lorong Kartun, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Projek yang dimulakan awal tahun ini oleh Kelab Kartunis Pahang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menampilkan mural kartun dan doodle sebagai elemen utama, menjadikan satu-satunya seni jalanan seumpamanya di Kuantan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721317/edisi/pahang/seni-kartun-hidupkan-lorong-belakang-mahkota-square
#SinarHarian #BeritaSemasa #senikartun #mural #MBK

Sunday Apr 06, 2025

Beberapa mangsa kejadian kebakaran dan letupan paip gas di kawasan Putra Heights pada pagi Selasa lalu dibenarkan masuk ke rumah selama 40 minit bagi mengambil barang keperluan mereka.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian berhampiran pos kawalan pusat kejadian, kelihatan penduduk membawa bagasi yang dibawa keluar dari rumah mereka yang terjejas.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721292/berita/semasa/kebakaran-putra-heights-penduduk-dibenar-masuk-rumah-40-minit-ambil-barang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa  #MangsaKejadianKebakaran #PutraHeights

Sunday Apr 06, 2025

Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon', membuat laporan polis buat pertama kali hari ini selepas menerima rawatan di Hospital Serdang akibat insiden kekasaran melibatkan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy.
Abang Belon bersama peguam, Rafique Rashid Ali membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pada Ahad.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbangBelon

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125