Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghantar sepasukan penyiasat Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa menzahirkan perasaan teruja dan yakin mampu menawan puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhammad Adnan.
Anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) di Pengkalan Udara Wilayah Tengah itu berlepas jam 8 malam selepas menjalani sesi latihan intensif selama tiga tahun di luar negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721527/edisi/selangor-kl/abang-bomba-teruja-mahu-tawan-puncak-everest
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #everest

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghantar sepasukan penyiasat teknikal ke Pusat Kawalan Utama Petronas yang terletak di Segamat, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhammad Adnan.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisyam Mohammad berkata, langkah itu dibuat bagi mendapatkan log data seperti tekanan dan aliran gas masa nyata tiga minggu terkebelakang sebelum insiden kebakaran saluran paip gas berlaku di Putra Heights.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721525/berita/semasa/kebakaran-saluran-gas-pasukan-penyiasat-teknikal-ke-petronas-segamat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebakaransalurangas #bomba #PutraHeights

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Tindakan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan tarif lebih tinggi terhadap pelbagai negara, termasuk Malaysia dijangka mencetuskan peperangan perdagangan dunia serta mewujudkan ketidaktentuan global, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran susulan tindakan drastik negara kuasa besar itu.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721474/berita/nasional/tarif-as-undang-risiko-perang-perdagangan---khaled-nordin
#SinarHarian #BeritaSemasa #tarifUS

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Tragedi Putra Heights tidak sepatutnya dijadikan modal politik untuk menyerang kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian malang seperti bencana dan kemalangan bukanlah sesuatu yang boleh diramal atau dielakkan sepenuhnya, apatah lagi ia bukan berlaku secara berulang kali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721471/berita/nasional/prk-ayer-kuning-jangan-jadikan-tragedi-putra-heights-modal-politik---khaled-nordin
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Kerajaan Malaysia akan menyelaraskan jenis bantuan kemanusiaan yang bakal disalurkan kepada Myanmar susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu, termasuk kemungkinan menyediakan Hospital Medan Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permintaan tersebut dikemukakan sendiri oleh pihak Myanmar ketika lawatan rasmi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ke negara itu baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721462/berita/nasional/malaysia-sedia-hantar-hospital-medan-ke-myanmar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Myanmar #KementerianPertahanan #HospitalMedan

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Pelawak, Along Cham yang berdepan tiga kes dadah iaitu dua kes memiliki dan satu kes memasukkan kanabis dalam badan telah melantik peguam baharu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, berkata, perkara itu telah dinyatakan pada prosiding terdahulu.
Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak mendedahkan alasan secara khusus, berhubung keputusan terbabit.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721473/berita/semasa/along-cham-berdepan-tiga-kes-dadah-lantik-peguam-baharu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AlongCham #KesDadah

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Unsur jenayah serta kecuaian antara elemen yang meliputi rangkuman siasatan melibatkan insiden letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pelbagai faktor boleh menjadi punca kepada kejadian tersebut dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721492/berita/semasa/kebakaran-gas-putra-heights-siasatan-fokus-unsur-jenayah-kecuaian---kpn
#SinarHarian #BeritaSemasa #PutraHeights #KPN #RazarudinHusain

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Bermula dengan belajar menyebut perkataan ‘makang' (makan), seorang pemuda warga Nigeria mula menguasai dialek Terengganu sehingga pertuturannya saling tidak tumpah seperti anak jati negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Mubarak Olohuntogun Mohammed Muneer Deen Olodo Al-Shafi’i, 20, atau lebih dikenali sebagai Barak, mencuri perhatian ramai apabila videonya yang bertutur dalam dialek Terengganu tular di media sosial.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721488/edisi/terengganu/bermula-dengan-makang-barak-kini-fasih-dialek-terengganu
#SinarHarian #BeritaSemasa #KualaNerus #WargaNigeria #FasihBahasaTerengganu

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang wanita di Senawang bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret, Seremban pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721434/berita/semasa/anggota-tentera-tak-mengaku-tumbuk-pemandu-wanita
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AnggotaTentera #TumbukWanita

Monday Apr 07, 2025
Monday Apr 07, 2025
“Saya seolah-olah berada di medan peperangan.” Begitulah gambaran suasana cemas insiden kebakaran dan letupan besar yang menggemparkan Taman Putera Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya.
Penolong Penguasa Bomba, Muzdiean Haiza Muhamad berkata, letupan yang berlaku kira-kira jam 8.10 pagi itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah mengakibatkan suasana panik apabila rumah dan pokok-pokok di sekitar kawasan perumahan terbakar dalam sekelip mata.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721397/berita/semasa/umpama-berada-di-medan-perang
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pengalaman #Bomba #KebakaranPaipGas


