Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Tiada lesen memandu kesalahan trafik paling tinggi sepanjang Ops Hari Raya
Tiada lesen memandu kesalahan tertinggi dicatatkan sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mulai 31 Mac hingga malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, sepanjang Ops berkenaan sebanyak 1,696 kesalahan tiada lesen memandu dikesan diikuti 1,423 kes cukai jalan tamat tempoh dan sebanyak 1,036 kes tiada perlindungan insurans.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #JPJ #OpsHariRaya

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Tarif Trump: Kerajaan buat keputusan Isnin ini
Kerajaan dijangka membuat beberapa keputusan pada Isnin depan berkaitan tarif timbal balik 24 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut akan dibuat selepas mesyuarat bersama negara-negara ASEAN yang berlangsung pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721897/berita/nasional/tarif-trump-kerajaan-buat-keputusan-isnin-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Trump #tarif #US

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Kes rogol di Kelantan merisaukan
Polis Kelantan mendedahkan kes rogol di negeri ini sangat membimbangkan apabila menjadi satu trend di mana kanak-kanak perempuan yang mencari lelaki untuk mengadakan hubungan intim, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kanak-kanak perempuan tersebut berusia seawal 10 tahun manakala lelaki 11 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721846/Kes-rogol-di-Kelantan-membimbangkan,-budak-perempuan-cari-lelaki-minta-buat-hubungan---Polis
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #PDRM

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Tentera tumbuk wanita didakwa pula atas pertuduhan khianat
Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang pemandu wanita bulan lalu dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret di Seremban pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli
Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721866/berita/semasa/tentera-tumbuk-wanita-didakwa-pula-atas-pertuduhan-khianat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tumbukwanita #viral

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Empat sekawan mengaku tidak bersalah lakukan pemerasan, menyamar polis
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di George Town pada Rabu atas pertuduhan melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang lelaki, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, P Veeran, 36; S Rohan Raj, 22; L Yuvarajan, 21; dan S Siva, 22, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap S Prabakaran, 55, di Blok 2C-10-10, Desa Air Mas, Jalan Helang, Gelugor pada jam 12.30 tengah malam, 21 Mac lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721851/berita/semasa/empat-sekawan-mengaku-tidak-bersalah-lakukan-pemerasan-menyamar-polis
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ugut #menyamarpolis

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Penduduk bimbang lokasi pencawang elektrik dekat taman perumahan
Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Baiduri, Ulu Tiram, Johor Bahru melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan pencawang elektrik yang terletak di kaki cerun, berhampiran kawasan perumahan tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Pengerusi Badan Pengurusan Seri Baiduri, Mohd Kamarulzaman Azizan berkata, isu itu mula mendapat perhatian selepas beberapa penduduk memuat naik gambar dan video pencawang itu di media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721853/edisi/johor/penduduk-bimbang-lokasi-pencawang-elektrik-dekat-taman-perumahan
#SinarHarian #BeritaSemasa #pencawangelektrik #JohorBahru

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Bung Moktar, Zizie Izette dapat tangguh bela diri kes rasuah RM2.8 juta
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berjaya dalam permohonannya, untuk menggantung prosiding pembelaan mereka terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas peguam, M Athimulan yang mewakili Bung Moktar, 66 memberitahu, pihak pendakwaan tidak membantah permohonan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721840/berita/semasa/bung-moktar-zizie-izette-dapat-tangguh-bela-diri-kes-rasuah-rm28-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #mahkamah #BungMoktar #ZizieIzette

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
Lori muatan batu masih dipandu di jalan raya walau tayar pecah, botak
Tindakan sebuah lori membawa muatan 18 tan batu yang dipandu dalam keadaan berisiko dengan tayar pecah dan botak berjaya dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka pada 27 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Timbalan Pengarah JPJ negeri, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati lori terbabit dipercayai dipandu menggunakan tayar pecah dan botak sejauh 40 kilometer untuk menghantar muatan batu ke sebuah tapak binaan di Jasin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721816/berita/semasa/lori-muatan-batu-masih-dipandu-di-jalan-raya-walau-tayar-pecah-botak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #OpsHRA #lori

Wednesday Apr 09, 2025
Wednesday Apr 09, 2025
'Content Creater' pandu Lamborghini tapi tiada lesen
Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador ditahan kerana tiada lesen memandu dalam operasi bersepadu, di Jalan Bangsar, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Lelaki berusia 28 tahun yang juga seorang pencipta kandungan itu memandu kereta berkenaan bersama teman wanitanya dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya hanya mengeluarkan saman kepada pemandu warga China berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721810/berita/semasa/content-creater-pandu-lamborghini-tapi-tiada-lesen
#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ

Tuesday Apr 08, 2025
Tuesday Apr 08, 2025
Dadah lebih RM14 juta dirampas, taktik edar dadah guna kurier terbongkar
Polis bongkar taktik pengedaran dan pemprosesan dadah ke Singapura serta Indonesia menggunakan kurier selepas merampas dadah bernilai RM14.39 juta dan menahan pasangan kekasih pada 27 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, sindiket berkenaan turut mempunyai makmal mini untuk memproses dadah di sebuah pangsapuri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721683/berita/semasa/dadah-lebih-rm14-juta-dirampas-taktik-edar-dadah-guna-kurier-terbongkar
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM


