Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Apr 10, 2025

Sepuluh video yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sedang dianalisis, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penelitian yang rapi perlu dilakukan sebagimana lapan video yang disiarkan oleh Malaysiakini sebelum ini.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722103/berita/semasa/dakwaan-rasuah-adun-sabah-10-video-dikemukakan-sedang-dianalisis---sprm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah #AdunSabah

Thursday Apr 10, 2025

Sitaan SPRM terbesar libat kes Ismail Sabri, RM177 juta termasuk jongkong emas - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441 dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan nilai sitaan tertinggi melibatkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM 2009.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722071/berita/semasa/sitaan-sprm-terbesar-libat-kes-ismail-sabri-rm177-juta-termasuk-jongkong-emas---azam-baki
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri

Thursday Apr 10, 2025

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merancang menjadikan Sungai Petani sebagai 'Bandar Ulul Albab' dengan berkonsepkan Islam kontemporari, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kertas kerja berhubung cadangan itu akan dihantar secara rasmi kepada kerajaan negeri serta pihak terlibat dalam masa terdekat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722108/edisi/utara/mapim-rancang-jadikan-sungai-petani-bandar-ulul-albab
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #UlulAlbab #SungaiPetani

Thursday Apr 10, 2025

Seramai lapan nelayan di seluruh negara telah dilucutkan keahlian daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) selepas didapati bersalah menyeleweng diesel bersubsidi yang disalurkan oleh kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari berkata, penyelewengan itu telah dikesan sejak lebih 10 tahun lalu dan tindakan pemecatan diharap menjadi pengajaran kepada ahli lain agar tidak melakukan kesalahan sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722097/edisi/utara/nekmat-lucut-keahlian-lapan-nelayan-kerana-seleweng-diesel
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa  #KualaKedah #SelewengDiesel  #LucutKeahlian

Thursday Apr 10, 2025

Isteri Pakcik Petai dapat 'mata baharu'
Selama dua tahun terpaksa melihat hanya menggunakan sebelah mata, isteri kepada 'Pakcik Petai' mendapat sinar baharu apabila selesai menjalani pembedahan katarak mata secara percuma di Hospital Columbia Asia, Seremban, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Astiah Yaakob, 64, selamat menjalani pembedahan yang dikendalikan Pakar Perunding Oftalmologi, Retina Perubatan dan Uveitis, Dr K Sangeeta pada jam 10 pagi.
Dia yang ditemui pemberita selepas selesai pembedahan meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722052/edisi/melaka-ns/isteri-pakcik-petai-dapat-mata-baharu 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #pakcikpetai

Thursday Apr 10, 2025

Bekas atlet paralimpik rasa terabai, pernah terfikir minta sedekah sara hidup
Suatu ketika dahulu, namanya pernah disanjung sebagai antara atlet sukan renang paralimpik kebanggaan negara.
Namun, sejak bersara pada 2017, Zul Amirul Sidi Abdullah, 53, mendakwa dirinya seolah-olah dilupakan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722046/edisi/melaka-ns/bekas-atlet-paralimpik-rasa-terabai-pernah-terfikir-minta-sedekah-sara-hidup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #bekasatletparalimpik 

Thursday Apr 10, 2025

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan memperdagangkan tiga individu bagi maksud eksploitasi kerja, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, Jasper Yap En Wai, 20, dan Desmond Ang Whei Cheng, 18, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722058/berita/semasa/dua-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-terlibat-pemerdagangan-manusia
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa  #Mahkamah #JohorBahru #PemerdaganganManusia

Thursday Apr 10, 2025

Kerjasama antara BN dan PH di Perak dalam mendepani PRK DUN Ayer Kuning memberi kelebihan dari segi strategi dan jentera.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berpandangan, gabungan BN-PH mempunyai sokongan undi akar umbi yang kuat, sekali gus sukar ditandingi PN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721982/berita/nasional/di-atas-kertas-bn-ada-kelebihan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #AyerKuning
 

Wednesday Apr 09, 2025

'Kami tinggal sehelai sepinggang selepas beraya'
"Api marak dengan cepat, kami tak sempat selamatkan apa pun, hanya fikirkan keselamatan diri."
Demikian luahan Nurul Waddah Abdul Ghani, 32, apabila rumah dihuni bersama 11 lagi ahli keluarganya di Kampung Gelong Gajah, Kuala Terengganu musnah dalam kebakaran pada malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Haspida Yatim.
Menurutnya, ketika kejadian, hanya empat ahli keluarga berada di rumah kerana ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa mentuanya, Che Husin Jusoh, 67 serta Kamariah Abdullah, 67 keluar makan dan ke bandar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721891/edisi/kelantan/kami-tinggal-sehelai-sepinggang-selepas-beraya
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskebakaran #KualaTerengganu

Wednesday Apr 09, 2025

Mekanik rempuh sekatan jalan raya, ubah suai motosikal secara ekstrem
Tindakan seorang mekanik yang dipercayai mengubah suai motosikal secara ekstrem membawa padah apabila cedera selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) dalam Operasi Penutup Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, kejadian berlaku pada jam 9 malam, Selasa, apabila lelaki berusia 41 tahun itu bertindak melanggar papan tanda berhenti sebelum hilang kawalan dan terbabas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721867/berita/semasa/mekanik-rempuh-sekatan-jalan-raya-ubah-suai-motosikal-secara-ekstrem
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #OperasiBersepaduJPJ

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125