Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday Apr 11, 2025
Friday Apr 11, 2025
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa seorang individu yang sebelum ini dilantik sebagai pemegang amanah aset parti masih enggan menandatangani dokumen pelepasan tanggungjawab, walaupun tiga pemegang amanah lain telah berbuat demikian, lapor wartawan Sinar Harian Norawazni Yusof.
Menurut beliau, individu tersebut tidak lagi menganggotai UMNO dan juga bukan lagi sebahagian daripada kerajaan, justeru sepatutnya melepaskan peranan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722278/berita/politik/ada-individu-enggan-lepas-aset-umno---ahmad-zahid
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Umno #ZahidHamidi #AsetUmno

Friday Apr 11, 2025
Friday Apr 11, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau sendiri tidak terkecuali daripada penguatkuasaan dan perintah kawalan perjalanan (TCO) yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa sempadan negara.
Menurut Anwar, tindakan tersebut bukan hanya terhad kepada tokoh pembangkang atau individu tertentu, sebaliknya turut melibatkan semua kenamaan termasuk dirinya selaku ketua kerajaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722281/berita/nasional/saya-juga-tertakluk-kepada-tco---anwar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #TCO #DrSam

Friday Apr 11, 2025
Friday Apr 11, 2025
Masjid Jamek Muhammadi mencipta kelainan apabila menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri sejurus selepas solat Subuh, bersempena Program Subuh Seperti Jumaat pada pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Lebih 2,000 jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk menunaikan solat Subuh yang diimamkan oleh Imam Tua II, Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722274/edisi/kelantan/lebih-2000-jemaah-hadir-sambutan-aidilfitri-selepas-subuh-di-masjid-muhammadi
#SinarHarian #BeritaSemasa #KotaBharu #SambutanAidilfitri

Friday Apr 11, 2025
Friday Apr 11, 2025
Seorang lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, atas pertuduhan bagi dua kes samun pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Tertuduh yang juga bapa tunggal, Abdur Razzaq Suphiah Abdullah, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722247/berita/semasa/bapa-tunggal-mengaku-tidak-bersalah-samun-dua-wanita
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #JohorBahru #Samun

Friday Apr 11, 2025
Friday Apr 11, 2025
Petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Gaza merayu keprihatinan dunia berhubung nasib rakyat di negara itu yang berdepan kekurangan bekalan makanan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perkara itu disuarakan petugas pertubuhan berkenaan yang menjelaskan situasi sebenar di lapangan ketika ini.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722150/berita/nasional/bekalan-makanan-di-gaza-semakin-susut---mapim
#SinarHarian #BeritaSemasa #MAPIM #BekalanMakanan #Gaza

Thursday Apr 10, 2025
Thursday Apr 10, 2025
'Saya masih muda'
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan untuk menentukan kedudukan beliau sama ada kontraknya akan dilanjutkan selepas tamat tempoh, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Azam berkata, beliau sentiasa menerima sebarang keputusan daripada kerajaan kerana pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dan keputusannya bergantung pada kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722132/berita/semasa/saya-masih-muda
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki

Thursday Apr 10, 2025
Thursday Apr 10, 2025
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi tiada jaminan campur tangan kerajaan negeri dalam siasatan terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bahkan katanya, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut dirakam keterangan berkaitan kes berkenaan.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722122/berita/semasa/sprm-jamin-tiada-campur-tangan-kerajaan-negeri-hajiji-juga-dirakam-keterangan
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #KotaKinabalu #Hajiji

Thursday Apr 10, 2025
Thursday Apr 10, 2025
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap akan dipanggil semula ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dalam tempoh dua minggu pihaknya masih belum mengemukakan dokumen yang diperlukan agensi tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, peringkat fasa pertama siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu telah dilaksanakan dan kini beralih kepada fasa seterusnya untuk dipanggil semula dalam tempoh dua minggu.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722059/berita/semasa/ismail-sabri-akan-dipanggil-semula-kemuka-dokumen-isytihar-aset
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri #IsytiharAset

Thursday Apr 10, 2025
Thursday Apr 10, 2025
Sepuluh video yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sedang dianalisis, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penelitian yang rapi perlu dilakukan sebagimana lapan video yang disiarkan oleh Malaysiakini sebelum ini.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722103/berita/semasa/dakwaan-rasuah-adun-sabah-10-video-dikemukakan-sedang-dianalisis---sprm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah #AdunSabah

Thursday Apr 10, 2025
Thursday Apr 10, 2025
Sitaan SPRM terbesar libat kes Ismail Sabri, RM177 juta termasuk jongkong emas - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441 dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan nilai sitaan tertinggi melibatkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM 2009.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722071/berita/semasa/sitaan-sprm-terbesar-libat-kes-ismail-sabri-rm177-juta-termasuk-jongkong-emas---azam-baki
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IsmailSabri


