Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Apr 15, 2025

Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergelar Datuk Seri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengenai projek tambak laut di Melaka bernilai RM44 juta.
Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia 61 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722931/berita/semasa/pemimpin-kanan-bersatu-direman-kes-rasuah-projek-tambak-laut-rm44-juta#google_vignette
#SinarHarian #BeritaSemasa #projektambaklaut #mahkamah #SPRM

Tuesday Apr 15, 2025

Taktik licik sindiket pengedaran dadah menjadikan dua kondominium yang berfungsi sebagai inap desa sebagai stor simpanan pelbagai jenis dadah terbongkar selepas diserbu polis di Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Tun Razak, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, enam individu diberkas dalam serbuan berasingan yang dilakukan di Wangsa Maju, Sentul dan Cheras antara jam 3.40 petang hingga 7.15 malam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722787/berita/semasa/enam-individu-ditahan-dadah-lebih-rm350000-dirampas
#BeritaSemasa #SinarHarian #kesdadah #PDRM

Tuesday Apr 15, 2025

Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh mula hadir ke Masjid Negara bermula jam 10 pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, pada sidang media sebentar tadi bahawa urusan mandi dan kafan telah selesai dijalankan oleh pihak Masjid Negara dengan dibantu oleh ahli keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722908/berita/semasa/orang-ramai-boleh-hadir-beri-penghormatan-terakhir-kepada-pak-lah-bermula-10-pagi-ndash-khairy
#SinarHarian #BeritaSemasa #MasjidNegara #Paklah #TunAbdullah
 

Monday Apr 14, 2025

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia dalam keadaan tenang dan ditemani kesemua adik beradik dan anak-anak Allahyarham.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KhairyJamaludin

Monday Apr 14, 2025

Lawatan Presiden China: PM saran rakyat rancang perjalanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan mereka lebih awal susulan penutupan 17 laluan di Lembah Klang sempena Lawatan Negara oleh Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesulitan dan memastikan urusan berjalan lancar.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lawatan #XiJinping

Monday Apr 14, 2025

Penduduk Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai mengeluh dengan masalah banjir yang semakin teruk di kawasan mereka, yang kini berlaku hampir setiap bulan berbanding dahulu hanya dua kali setahun, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurut salah seorang penduduk, Muhammad Amirul Aiman Hassni, 26, kawasan tersebut memang dikenal pasti sebagai kawasan mudah banjir, namun keadaannya semakin buruk sejak sungai berhampiran dikorek beberapa tahun lalu.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/722733/edisi/johor/dulu-dua-tahun-sekali-sekarang-hampir-setiap-bulan-banjir---penduduk
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #Kulai #Banjir

Monday Apr 14, 2025

Perdana Menteri menegaskan sebarang penggunaan jentera dan peruntukan kerajaan selepas penamaan calon pilihan raya adalah tidak dibenarkan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman peruntukan sebanyak RM6.13 juta oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah, termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah dibuat sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecik (PRK) Ayer Kuning. 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #PRKAyerKuning #Peruntukan

Monday Apr 14, 2025

Bung Moktar umum UMNO Sabah-PH bergabung hadapi PRN17
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, keputusan tersebut dimuktamadkan bagi menjawab persoalan banyak pihak berhubung dengan siapa UMNO Sabah akan bekerjasama dalam PRN kali ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722652/berita/politik/bung-moktar-umum-umno-sabah-ph-bergabung-hadapi-prn17
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #UMNOSabah #PH

Monday Apr 14, 2025

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan dirinya menipu dalam urusan permohonan tauliah mengajar agama Islam di Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Beliau berkata, strategi PN kali ini hanya memfokuskan kepada isu yang dihadapi rakyat Ayer Kuning dan tidak berhasrat melayan sebarang provokasi daripada pihak lawan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722605/berita/politik/isu-tauliah-tiba-masa-saya-akan-jawab-kata-ustaz-muhaimin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #CalonPN #PN #tauliah

Sunday Apr 13, 2025

Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM ke Myanmar
Seramai 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dihantar ke Myanmar bagi menubuhkan hospital medan sebagai sebahagian daripada misi bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada hujung Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, misi itu dilaksanakan selepas kerajaan Myanmar mengemukakan permohonan rasmi dan Malaysia bersetuju menghantar pasukan serta kemudahan perubatan bagi membantu mangsa bencana.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722565/berita/nasional/malaysia-hantar-35-pegawai-perubatan-atm-ke-myanmar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #pegawaiperubatanATM #Myanmar

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125