Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Apr 16, 2025

Lelaki OKU peluk, cuba tarik wanita dalam semak ketika joging dijel tiga bulan
Padah mencabul pembantu klinik termasuk memeluk mangsa di taman rekreasi, seorang pekerja kilang dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Rabu.
Majistret Sharda Shienha Mohd Sulaiman menjatuhkan hukuman itu, selepas tertuduh, Muhammad Ridzuan Yusof, 28, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723186/berita/semasa/lelaki-oku-peluk-cuba-tarik-wanita-dalam-semak-ketika-joging-dijel-tiga-bulan6
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescabul

Wednesday Apr 16, 2025

Sama-sama membariskan tokoh agama sebagai calon, BN dan PN dilihat memberi tumpuan kepada segmen pengundi Melayu-Islam dalam PRK Ayer Kuning.
Siapakah antara Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir dari BN dan Ustaz Muhaimin Malek dari PN yang mampu merebut satu kerusi kosong di Dewan Undangan Negeri Perak 26 April nanti?
Ikuti perbahasannya dalam Wacana Sinar edisi 476 di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/700639842651533Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Lonpme6m-BkX: https://x.com/SinarOnline/status/1912122460608319841Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/723081/video/wacana/wacana-sinar-ustaz-ayer-kuning-tunggu-mu-datangDailymotion:
#WacanaSinar #SinarHarian #PRKAyerKuning2025 #UndiAyerKuning #SuaraRakyatAyerKuning #PRK2025  #DUNPerak #PRKAyerKuning #N48

Wednesday Apr 16, 2025

Melaka jadi sasaran sindiket curi kereta mewah, 4x4
Melaka kini menjadi sasaran baharu sindiket curi kereta mewah terutama kenderaan pacuan empat roda (4x4) sebelum kenderaan itu dibawa keluar ke beberapa negara jiran utara, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hampir setiap minggu kes kecurian kenderaan ini dilaporkan biarpun pemiliknya meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan berkunci dan berpagar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723181/berita/semasa/melaka-jadi-sasaran-sindiket-curi-kereta-mewah-4x4
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #sindiketcurikeretamewah
 

Wednesday Apr 16, 2025

Pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500
Pemilik anjing Rottweiler dikenakan denda RM8,500 oleh Mahkamah Majistret Baling selepas mengaku salah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada 1 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, Chong Shen Chong, 69, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723189/berita/semasa/pemilik-anjing-rottweiler-didenda-rm8500
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingserangpenduduk #mahkamah #pemilikanjingcuai

Wednesday Apr 16, 2025

Pemandu BMW mabuk mengaku tidak bersalah langgar penghantar makanan
Seorang pekerja bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Rabu atas kesalahan memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. 
Tertuduh Kok Zi Kang, 25 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723146/berita/semasa/pemandu-bmw-mabuk-mengaku-tidak-bersalah-langgar-penghantar-makanan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #mahkamah #pemandumabuk

Wednesday Apr 16, 2025

Ayer Kuning tak pernah rasa 'berwakil rakyatkan' Pas-PN - Tuan Ibrahim
Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diberi peluang sekali lagi untuk memilih Perikatan Nasional (PN) dan memperbetulkan kesilapan lama memangkah parti penyandang, Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penduduk di DUN berkenaan belum pernah merasai pengalaman dipimpin calon Pas mewakili PN memandangkan ia kawasan yang sinonim dengan BN sejak dahulu lagi.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #AyerKuning #Pas #PN

Tuesday Apr 15, 2025

Penduduk di kawasan perumahan Banglo Bukit Bayu, Sungai Lalang, Sungai Petani terpaksa berdepan pelbagai kesukaran apabila gangguan bekalan air yang berlarutan sejak Jumaat lalu menjejaskan urusan harian mereka.
Penduduk, Mohad Sukor Hakimuddin, 57, berkata, situasi itu amat menyukarkan, terutamanya bagi mereka yang perlu keluar bekerja serta keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722944/edisi/utara/tiada-air-penduduk-terpaksa-tolak-tetamu-datang
#SinarHarian #BeritaSemasa #masalahbekalanair #gangguanbekalanair #SungaiPetani

Tuesday Apr 15, 2025

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman ZohariAbang Openg atau Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penghargaan terhadap jasa-jasa beliau selepas selesai majlis pengkebumian Pak Lah di makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau turut menyifatkan pemergian Pak Lah adalah satu kehilangan besar buat negara.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #MasjidNegara #Paklah #TunAbdullah #FadillahYusof

Tuesday Apr 15, 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang negarawan yang membumi.
#SinarHarian #MasjidNegara #Paklah #TunAbdullah

Tuesday Apr 15, 2025

Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergelar Datuk Seri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengenai projek tambak laut di Melaka bernilai RM44 juta.
Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia 61 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722931/berita/semasa/pemimpin-kanan-bersatu-direman-kes-rasuah-projek-tambak-laut-rm44-juta#google_vignette
#SinarHarian #BeritaSemasa #projektambaklaut #mahkamah #SPRM

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125