Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Apr 17, 2025

Maklumat awam mengenai sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1) Kuantan membongkar cubaan mengedar dadah jenis syabu bernilai lebih RM14.9 juta, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'min Nik Min.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan di Kilometer 211 menghala ke Kuala Lumpur dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723439/berita/semasa/kenderaan-lawan-arus-bongkar-cubaan-edar-syabu-rm149-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM

Thursday Apr 17, 2025

Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/723369/berita/bekas-calon-prn-johor-didakwa-salah-guna-wang-pertubuhan
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Mahkamah #BekasCalonPRN #SalahGunaWang 

Thursday Apr 17, 2025

Dalam linangan air mata dan nada sebak, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan yang diterima sepanjang tempoh lima tahun anaknya berdepan pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723435/berita/semasa/ibu-mengalir-air-mata-sebak-kongsi-perjuangan-syed-saddiq 
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Armada #Mahkamah #IbuSyedSaddiq

Thursday Apr 17, 2025

Tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) memasuki premis Menara Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu dibuat selepas syarikat pengendali lama enggan mengosongkan premis walaupun konsesi mereka telah tamat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat baharu sepatutnya mula mengambil alih operasi pada 1 April tetapi akibat keengganan syarikat lama mengundurkan diri, tindakan undang-undang terpaksa diambil.
PTP juga telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada syarikat lama melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenaraKL #FahmiFadzil

Thursday Apr 17, 2025

Bekas calon PRN Johor didakwa salah guna wang pertubuhan
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/723369/berita/bekas-calon-prn-johor-didakwa-salah-guna-wang-pertubuhan
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Mahkamah #BekasCalonPRN #SalahGunaWang 

Thursday Apr 17, 2025

Mara mula lantik bekas pegawai tentera, polis sebagai warden di MRSM
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mulakan pengambilan warden sepenuh masa dari kalangan bekas pegawai tentera dan polis sebagai projek rintis bagi membentuk disiplin pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan mencapai sasaran sifar buli.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu telah dibangkitkan dalam Majlis Mara dan telah dipersetujui sebulat suara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723338/berita/nasional/mara-mula-lantik-bekas-pegawai-tentera-polis-sebagai-warden-di-mrsm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MRSM #AsrafWajdi

Thursday Apr 17, 2025

Menyamar jadi pelanggan elak dicekup
Taktik menyamar sebagai pelanggan digunakan warga asing bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di sekitar premis runcit dan makanan di Brickfields pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuralif Mohd Zoki.
Dalam operasi hasil inisiatif Kita Gempur, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerbu beberapa premis perniagaan melibatkan sektor makanan dan runcit yang dipercayai menggaji warga asing tanpa dokumen sah.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat warga asing yang berpura-pura menjadi pelanggan dan ada juga yang mendakwa hanya ingin membantu rakan mereka ketika serbuan dilakukan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kitagempur #Imigresen #operasibersepadu

Thursday Apr 17, 2025

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam urusan kerjasama antara UMNO Sabah dan Pakatan Harapan (PH) Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Mohd Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata, beliau tiada halangan jika dua parti tersebut ingin bergabung, namun menegaskan bahawa keutamaan Warisan adalah untuk membela nasib rakyat di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723234/berita/politik/kerjasama-umno-ph-sabah-terserah-mereka-untuk-bergabung-kata-shafie-apdal
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNOPH #PRN17 #Warisan

Thursday Apr 17, 2025

Peniaga 'berlakon' konon tak tahu jual barang kawalan kena ada lesen
Taktik licik seorang peniaga runcit serta restoran di Brickfields yang berpura-pura tidak mengetahui keperluan memiliki lesen sah untuk menjual barang kawalan terbongkar apabila siasatan mendapati premis itu telah beroperasi lebih setahun pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuralif Mohd Zoki.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, siasatan mendapati pemilik premis menggunakan alasan kononnya mereka 'baru berniaga' bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723327/berita/semasa/peniaga-berlakon-konon-tak-tahu-jual-barang-kawalan-kena-ada-lesen
#SinarHarian #BeritaSemasa #jualbarabgkawalantanpalesen #KPDN

'Saya serah nasib kepada ALLAH'

Thursday Apr 17, 2025

Thursday Apr 17, 2025

'Saya serah nasib kepada ALLAH'
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat panel tiga hakim dalam prosiding pendengaran rayuan pagi ini dan menyerahkan nasib dirinya kepada Allah SWT berhubung sabitan dan hukuman empat tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan Putrajaya.  
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723330/berita/semasa/saya-serah-nasib-di-tangan-allah-swt-sistem-kehakiman-negara---syed-saddiq
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Armada #Mahkamah #BASS
 

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125