Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Apr 18, 2025

Pempengaruh nafi hina Agong, dakwa jadi mangsa akaun palsu
Pempengaruh media sosial, Goh Khai Seng, 40, berharap agar pihak berkuasa dapat membantu membersihkan semula namanya susulan satu hantaran di laman facebook yang menggunakan nama serta gambarnya dikesan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurutnya, hantaran tersebut merupakan akaun palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723600/berita/semasa/pempengaruh-nafi-hina-agong-dakwa-jadi-mangsa-akaun-palsu
#SinarHarian #BeritaSemasa #nafihinaagong

Friday Apr 18, 2025

Jurutera didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar
Seorang jurutera duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, pada Jumaat, atas tuduhan merakam video bogel bekas kakak ipar menggunakan sebatang pen kamera di dalam tandas rumah bekas isterinya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723608/berita/semasa/jurutera-didakwa-rakam-video-bogel-bekas-kakak-ipar
#SinarHarian #BeritaSemasa #rakamanvideo #Mahkamah

Friday Apr 18, 2025

KPM tidak berkompromi dengan kesalahan seksual
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan melibatkan pendidik khususnya berkaitan kesalahan seksual di sekolah-sekolah, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian akan menyiasat secara menyeluruh berhubung kes seorang guru lelaki yang disyaki menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723593/berita/nasional/kpm-tidak-kompromi-isu-kesalahan-seksual
 
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #kesalahanseksual

Friday Apr 18, 2025

Ustaz Abu Syafiq fitnah KJ diperintah bayar RM2.5 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan pendakwah Ustaz Abu Syafiq membayar RM2.5 juta kerana memfitnah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung pandemik Covid-19 dan program vaksinasi kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan Khairy selaku plaintif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723583/berita/semasa/ustaz-abu-syafiq-fitnah-kj-diperintah-bayar-rm25-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kesfitnah #KJ

Friday Apr 18, 2025

Pengulas politik AS dakwa orang Melayu tak ada duit, perlekeh lawatan Presiden China
Pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly mencipta kontroversi apabila memperlekehkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara ASEAN.
Bekas hos Fox News itu turut mempersoalkan tindakan Jinping melawat Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, Vietnam dan Kemboja, memandangkan ketiga-tiga negara terbabit dianggap tidak mempunyai kemampuan menyokong China dari segi ekonomi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723532/Pengulas-politik-AS-dakwa-orang-Melayu-tak-ada-duit,-perlekeh-lawatan-Presiden-China
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BillOReilly #NegaraAsean #TarifTrump

Thursday Apr 17, 2025

Cubaan pembangkang untuk mengembalikan kemenangan di Sungai Bakap ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dilihat tidak akan membuahkan hasil, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya menyedari kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap ekoran emosi rakyat yang bercampur baur, ditambah pula banyak isu nasional dimainkan ketika itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723502/berita/politik/empat-emosi-rakyat-di-sungai-bakap-takkan-berlaku-di-ayer-kuning---ahmad-maslan
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #PRK #BN

Thursday Apr 17, 2025

Kelantan paling tinggi kes penyalahgunaan dadah
Kelantan muncul negeri yang mencatatkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini dengan statistik menunjukkan 1,130 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Statistik tersebut meletakkan negeri itu di tangga pertama, diikuti oleh Terengganu (914 kes), Perlis (965 kes), dan Kedah (898 kes).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2024. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723458/berita/semasa/kelantan-paling-tinggi-kes-penyalahgunaan-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM

Thursday Apr 17, 2025

'Itu pandangan BN, tapi pintu rundingan masih dibuka dengan parti lain' - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kerajaan negeri yang memerintah ketika ini adalah pihak yang menentukan hala tuju kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Hajiji juga mengambil pendirian pandangan daripada Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah, namun dalam masa sama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menutup pintu rundingan.
https://www.sinarharian.com.my/article/723469/berita/politik/itu-pandangan-bn-tapi-pintu-rundingan-masih-dibuka-dengan-parti-lain---hajiji
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRN17 #GRS #BN #PH

Thursday Apr 17, 2025

Kes culik remaja: Seorang lagi suspek ditahan
Seorang lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik remaja perempuan di Serembah pada 10 April lalu ditahan bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harianm, Syamilah Zulkifli.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, wanita berusia 50-an itu ditahan di Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.55 tengah hari Rabu.
Suspek telah direman 14 hari sehingga 30 April selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723346/berita/semasa/kes-culik-remaja-seorang-lagi-suspek-ditahan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #culik

Thursday Apr 17, 2025

'Dana Armada RM1 juta tidak masuk dalam akaun saya' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak membelanjakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta bagi kegunaan peribadi, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin dan Nor Syazrina Muhamad Tahir.
Syed Saddiq berkata, berdasarkan hujah yang dikemukakan pihak pembelaan, pengeluaran wang tersebut sebaliknya dibelanjakan untuk tujuan penganjuran program kebajikan parti. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723410/berita/semasa/dana-armada-rm1-juta-tidak-masuk-dalam-akaun-saya---syed-saddiq
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #Armada #Mahkamah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125