Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday Apr 19, 2025

Kasihnya seorang wanita warga emas terhadap kucing jalanan sehingga sanggup berkongsi ruang sempit di rumahnya di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR) Seremban dengan 31 ekor haiwan comel berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagi Seti Maimunah Abu Hassan, 60, jika dia boleh menjaga kebajikan penduduk di situ sebagai pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), apatah lagi kucing.
Muzik: Ester-Deeper dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723373/edisi/melaka-ns/31-ekor-kucing-peneman-warga-emas-di-rumah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kucing #WargaEmas

Friday Apr 18, 2025

'Ikan jerung' dalam radar JSJN banteras pengedaran dadah
Polis akan terus memburu 'ikan jerung' serta dalang utama melibatkan sindiket pengedaran dadah di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnualif Mohd Zoki.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che berkata, walaupun terdapat pelbagai cabaran, pihaknya berusaha keras mengenal pasti dalang utama sindiket dadah dan mengheret mereka yang terlibat ini ke muka pengadilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723684/berita/semasa/ikan-jerung-dalam-radar-jsjn-banteras-pengedaran-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM

Friday Apr 18, 2025

Chong Wei dilantik Duta Sukan Johor kedua, sedia bimbing atlet muda
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini secara rasmi dilantik sebagai Duta Sukan Johor dan bakal memberi inspirasi kepada generasi muda dalam bidang sukan di negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Chong Wei yang juga pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik berkata, beliau bukan sahaja menumpukan kepada sukan badminton, sebaliknya akan berkongsi pengalaman sebagai atlet untuk semua bidang sukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723694/berita/sukan/chong-wei-dilantik-duta-sukan-johor-kedua-sedia-bimbing-atlet-muda
#SinarHarian #BeritaSemasa #DutasukanJohor #sukanJohor #LeeChongWei

Friday Apr 18, 2025

'Saya tertekan tinggal bawah bumbung tidak selamat’ – Zahnita
“Saya akan terus tertekan jika terus tinggal di bawah satu bumbung yang tidak selamat.”
Demikian kata bekas model dan pelakon, Zahnita yang nekad meneruskan penceraian dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, susulan kemelut rumah tangga yang tidak berpenghujung, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Zahnita atau nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, berkata, keputusan tersebut diambil demi kebajikan anak-anak selain menjaga kestabilan kesihatan mental dirinya yang semakin terjejas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723640/berita/semasa/saya-tertekan-tinggal-bawah-bumbung-tidak-selamat-ndash-zahnita
#SinarHarian #BeritaSemasa #Zahnita #AbdulZackery #mahkamah

Friday Apr 18, 2025

Dapat upah lebih RM26,000 sekilogram simpan dadah
Kehidupan mewah dua lelaki tempatan terbongkar selepas rumah teres di Bandar Baru Sri Petaling yang dipercayai menjadi lokasi menyimpan pelbagai jenis dadah bernilai RM13.6 juta diserbu pada 14 April lalu.
Kedua-dua suspek dipercayai bertindak sebagai penjaga serta penghantar dipercayai menerima upah sekitar RM26,900 bagi setiap satu kilogram dadah yang disimpan serta dihantar mengikut arahan sindiket.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723674/berita/semasa/dapat-upah-lebih-rm26000-sekilogram-simpan-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM

Friday Apr 18, 2025

MKLSB dakwa belum terima pampasan, bayaran
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) membuat satu sidang media sehari selepas operasi Menara KL ditutup pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh membuat beberapa dakwaan dan menepis beberapa tuduhan ke atas MKLSB.
Artikel: http://sinarharian.com.my/article/723637/berita/nasional/mklsb-dakwa-belum-terima-pampasan-bayaran
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenaraKL #isuMenaraKL

Friday Apr 18, 2025

Kes culik remaja: Suspek kelapan ditahan
Seorang lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang remaja perempuan di daerah ini pada 10 April lalu ditahan bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di Klang, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723597/berita/semasa/kes-culik-remaja-suspek-kelapan-ditahan
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesculikremaja #kesculik #PDRM

Friday Apr 18, 2025

Pengurus tapak didakwa libas lelaki dengan parang di pusat beli-belah
Individu yang videonya tular melibas seorang lelaki dengan parang di sebuah pusat beli-belah di Seremban Gateway Isnin lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, R Suresh Khanna, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh yang bekerja sebagai pengurus tpaka itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723585/berita/semasa/pengurus-tapak-didakwa-libas-lelaki-dengan-parang-di-pusat-beli-belah
#SinarHarian #BeritaSemasa #libasgunaparang #mahkamah #Seremban

Friday Apr 18, 2025

Bunga ganja bernilai RM3.6 juta diisytihar pakaian, barang permainan
Tindakan licik dengan mengisytiharkan 36.091 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.6 juta sebagai buku, pakaian dan alatan permainan terbongkar dalam operasi di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 April lalu.
Pemeriksaan sebelum itu dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit I Kuala Lumpur mendapati terdapat beberapa butiran mencurigakan pada bungkusan mengandungi bunga ganja berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723595/berita/semasa/bunga-ganja-bernilai-rm36-juta-diisytihar-pakaian-barang-permainan
#SinarHarian #BeritaSemasa #bungaganja #JKDM

Friday Apr 18, 2025

Pempengaruh nafi hina Agong, dakwa jadi mangsa akaun palsu
Pempengaruh media sosial, Goh Khai Seng, 40, berharap agar pihak berkuasa dapat membantu membersihkan semula namanya susulan satu hantaran di laman facebook yang menggunakan nama serta gambarnya dikesan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurutnya, hantaran tersebut merupakan akaun palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723600/berita/semasa/pempengaruh-nafi-hina-agong-dakwa-jadi-mangsa-akaun-palsu
#SinarHarian #BeritaSemasa #nafihinaagong

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125