Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Apr 20, 2025

Keputusan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menyertai Pas bukan sesuatu yang mengejutkan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindak-tanduk mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah itu sudah dijangka dari awal oleh kepimpinan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723999/berita/politik/tindakan-wan-norashikin-masuk-pas-sudah-dijangka
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tapah #Saarani #DrWanAsyikin #UMNO #PAS

Sunday Apr 20, 2025

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus sebagai kerajaan sedia ada perlu diberi ruang untuk berbincang dan memperhalusi pendekatan terbaik dalam menentukan rakan kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Asyikin Asmin.
Pendirian tegas itu disuarakan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali yang menyatakan beliau sehaluan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung perkembangan terbaharu landskap politik di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724000/berita/politik/prn-sabah-beri-ruang-grs-ph-plus-bincang-perhalusi-pendekatan-kerjasama
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #Papar #Armizan

Sunday Apr 20, 2025

Stok penimbal gula putih akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak bermula 1 Mei ini bagi memastikan bekalan gula di kedua-dua negeri tidak terjejas, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Asyikin Asmin.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat susulan keputusan mesyuarat jemaah menteri pada 26 Mac lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723994/edisi/sabah-sarawak/stok-penimbal-gula-putih-diwujudkan-di-sabah-sarawak-bermula-1-mei---armizan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #GulaPutih #Armizan

Sunday Apr 20, 2025

Dakwaan bahawa UMNO kini lemah selepas perpisahan dengan Pas tidak mencerminkan realiti politik semasa, kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Menurut beliau, walaupun UMNO tidak lagi bersama Pas, parti itu masih menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723992/berita/politik/saarani-umno-masih-bertaring-masih-jadi-kerajaan-walau-tanpa-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #BN #PAS #UMNO

Sunday Apr 20, 2025

Lebih 40,000 penduduk Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru terus hidup dalam dilema apabila permohonan mereka untuk menukar status tanah kediaman daripada Tanah Rizab Melayu (TRM) berstatus pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik-pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam), Abdul Rahim Md Shariff, berkata isu tersebut membimbangkan kerana kebanyakan penduduk telah menetap di kampung berkenaan sejak era 1950-an.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723981/edisi/johor/penduduk-rayu-status-tanah-diubah-kepada-hak-milik-kekal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaSemasa #JohorBahru #TanahRizabMelayu #KampungMelayuMajidee

Sunday Apr 20, 2025

Suasana sedih menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di Alor Setar apabila beberapa rakan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas tidak dapat menahan air mata mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Mereka dilihat menangis dan berpelukan di antara satu sama lain selepas keluar dari bilik mayat bagi melihat kali terakhir jenazah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22.
Urusan bedah siasat jenazah Allahyarham bermula jam 9.30 pagi dan selesai dua jam kemudian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723987/berita/semasa/jenazah-pelajar-uum-dilanggar-bas-dibawa-pulang-ke-felda-chemplak
Muzik: Dissoleved in Loneliness dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaSemasa #AlorSetar #PelajarUUM #MeninggalDunia

Sunday Apr 20, 2025

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO semakin hilang taring apabila berpisah dengan Pas.
Beliau berkata, perkara itu dibuktikan dengan kemerosotan undi Melayu terhadap parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723947/berita/politik/umno-hilang-taring-bila-berpisah-dengan-pas---abdul-hadi
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #Umno #Pas

Sunday Apr 20, 2025

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS menjadi individu pertama mengisytiharkan harta demi mendapat kepercayaan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
Bawani yang juga Pengerusi PSM Perak berkata, setakat 15 April, jumlah aset bersih dianggarkan sebanyak RM21,248 yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu harta, pendapatan dan perbelanjaan serta hutang.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/723955/berita/politik/saya-dah-isytihar-harta-calon-bn-dan-pn-bila-lagi---bawani
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #Tapah #PSM

Saturday Apr 19, 2025

Isu pencerobohan tanah milik tiga pihak termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dickson di Bukit Palong yang berlarutan lebih 10 tahun telah diselesaikan secara baik, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menerusi beberapa siri perbincangan yang diadakan, pihak pengurusan Kuil Sri Dewi Mariamman mengakui kesalahan mereka dan bersedia berpindah ke tempat lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723700/edisi/melaka-ns/isu-ceroboh-tanah-anak-yatim-pihak-kuil-setuju-pindah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kuil #pindah #PD

Saturday Apr 19, 2025

Kasihnya seorang wanita warga emas terhadap kucing jalanan sehingga sanggup berkongsi ruang sempit di rumahnya di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR) Seremban dengan 31 ekor haiwan comel berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagi Seti Maimunah Abu Hassan, 60, jika dia boleh menjaga kebajikan penduduk di situ sebagai pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), apatah lagi kucing.
Muzik: Ester-Deeper dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723373/edisi/melaka-ns/31-ekor-kucing-peneman-warga-emas-di-rumah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kucing #WargaEmas

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125