Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Feb 11, 2026
Wednesday Feb 11, 2026
Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebaliknya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767700/berita/nasional/kerajaan-tolak-pendekatan-pengapungan-harga-pilih-lindungi-rakyat---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen

Wednesday Feb 11, 2026
Wednesday Feb 11, 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Judi #Parlimen

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Pekerja sektor swasta boleh memohon kepada majikan masing-masing untuk amalan kerja secara fleksibel, termasuk bekerja dari rumah, selari dengan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata inisiatif itu memberi penumpuan khusus kepada kebajikan pekerja serta keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga atau 'work life balance'. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #PekerjaSwasta #AturanKerjaFleksibel #WFH

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa simpati terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman penjara terhadap pemimpin itu pada Selasa.
Ahmad Zahid berkata, beliau berharap keluarga Mohd Isa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767568/berita/nasional/saya-simpatiharap-keluarga-mohd-isa-diberikan-kekuatan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IsaSamad #Penjara

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Cuaca panas dan kemarau berpanjangan sejak lebih sebulan lalu menjejaskan bekalan air kepada 13,900 akaun pengguna di daerah Pontian dengan situasi itu disifatkan sebagai terburuk dalam tempoh tujuh tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal berkata, paras air Empangan Machap yang menyalurkan bekalan air bersih ke daerah ini turut dilaporkan menyusut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767503/edisi/johor/empangan-machap-menyusut-pontian-catu-bekalan-air
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #CuacaPanas #Kemarau #EmpanganMachap

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Lelaki yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah, kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Tertuduh, Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, yang juga dikenali sebagai 'Miera Martoza', membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamidi Shafie pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767525/berita/semasa/miera-martoza-kekal-pengakuan-tidak-bersalah-mohon-bicara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #lelakiberpakaianwanita #MieraMartoza

Tuesday Feb 10, 2026
Tuesday Feb 10, 2026
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 10 kluster baharu kes jangkitan tuberkulosis atau tibi dilaporkan di negara ini sehingga 7 Februari lalu.Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/767522/berita/nasional/10-kluster-baharu-tibi-dikesan-sehingga-7-februari
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tibi #KKM #Parlimen

Monday Feb 09, 2026
Monday Feb 09, 2026
Suara dan pandangan mahasiswa berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak akan diketepikan atau ‘disapu di bawah karpet’ tanpa sebarang tindakan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menyuarakan pandangan, kritikan mahupun penentangan terhadap isu berkaitan pendidikan tinggi, termasuk AUKU.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767426/berita/nasional/mansuh-auku-suara-mahasiswa-tidak-diketepikan-disapu-bawah-karpet---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU #Mahasiswa #AdamAdli

Monday Feb 09, 2026
Monday Feb 09, 2026
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Ong Gim Seong, 38, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 114 gram.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767404/berita/semasa/edar-114-gram-methamphetamine-lelaki-berdepan-hukuman-mati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Ipoh #Dadah #methamphetamine

Monday Feb 09, 2026
Monday Feb 09, 2026
Penternakan babi tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak menghalang ternakan babi, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan keharmonian komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767394/berita/nasional/penternakan-babi-tidak-wajar-dibangunkan-di-kawasan-dibantah-penduduk---pm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PenternakanBabi #Penduduk #AnwarIbrahim


