Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Tindakan kerajaan mengusir operator lama Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah berlandaskan undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Menara KL merupakan hak milik penuh kerajaan dan tindakan memasuki premis itu oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada Rabu lalu, bukan bersifat penindasan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724150/berita/nasional/pengusiran-operator-lama-menara-kl-berlandaskan-undang-undang---fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenaraKL #PDRM

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Tindakan polis menahan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu, dibuat berlandaskan undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, polis mempunyai kuasa mengikut undang-undang dan seterusnya menjalankan siasatan berhubung isu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724146/berita/nasional/penahanan-editor-sin-chew-ikut-undang-undang---fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jalurgemilang #SinChewDaily #PDRM

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Keputusan sama ada rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan hanya akan diketahui selepas pemilihan PKR peringkat pusat yang dijadual berlangsung pada 24 Mei depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiada pihak lain boleh membuat keputusan mengenainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724160/berita/politik/rombakan-kabinet-tertakluk-keputusan-perdana-menteri-ndash-fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PemilihanPKR #Politik #PM

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Seramai 582 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan
Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal) PRK N48 DUN Ayer Kuning, Mohammad Shahir Mohammad berkata, proses pengundian melibatkan tiga saluran dengan dua pusat mengundi dibuka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724134/berita/politik/prk-ayer-kuning-582-warga-polis-pasangan-mengundi-awal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #SPR #undiawal

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Bekas Setiausaha Koordinasi Penerangan PKR, Iswardy Morni berkata, semua pihak harus melihat kekalahan nama-nama besar dan berjawatan dalam pemilihan kali ini sebagai wake-up call kepada pemimpin sama ada yang sedang memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan pusat ketika ini atau akan datang, untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Ini kerana katanya, berbeza dengan parti-parti lain, PKR adalah berteraskan akar umbi dan kedudukan pemimpin ditentukan oleh kumpulan berkenaan, bukan perwakilan atau cawangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724086/berita/politik/nama-besar-tewas-bukti-kuasa-akar-umbi---iswardy
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #IswardyMorni

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Keluarga kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham Manarina Hasya Mohamad Karim, 22, yang maut dilanggar bas di kampus universiti tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Bapa mangsa, Mohamad Karim Sulaiman, 51, berkata, mereka menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada siasatan yang sedang dijalankan pihak universiti dan polis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724107/berita/semasa/nahas-bas-uum-keluarga-pertimbang-tindakan-undang-undang
#SinarHarian #BeritaSemasa #PelajarUUM #Maut

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Keluarga kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham Manarina Hasya Mohamad Karim, 22, yang maut dilanggar bas di kampus universiti reda dengan pemergian anak sulung daripada empat beradik itu.
Bapa mangsa, Mohamad Karim Sulaiman, 51 menyifatkan Allahyarham sebagai syahid akhirat kerana meninggal dunia ketika menuntut ilmu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724107/berita/semasa/nahas-bas-uum-keluarga-pertimbang-tindakan-undang-undang
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PelajarUUM #Maut #ManarinaHasya

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu pembangunan dan membela nasib rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Beliau berkata, baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) perlu sedar ketika ini bukan lagi untuk bertelagah soal kaum dan agama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724103/berita/politik/kerajaan-perpaduan-kukuh-bukan-lagi-masa-bertelagah---nurul-izzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tapah #NurulIzzah #PRKAyerKuning

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Hasrat segelintir penduduk Taman Sri Muda untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu banjir kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak kesampaian apabila dokumen itu hanya diserahkan kepada pegawainya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Penyerahan dibuat oleh jurucakap penduduk, Umagandhan Krishnan kepada Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mohammad Firdaus Shir Mohd, di tepi jalan masuk ke Kampung Coldstream, Bidor, yang turut disaksikan beberapa penduduk dari Shah Alam yang hadir menaiki bas, pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724057/edisi/selangor-kl/rombongan-sri-muda-serah-memorandum-isu-banjir-tuntut-penyelesaian-muktamad
#SinarHarian #BeritaSemasa #IsuBanjir #SriMuda #AmirudinShari #ShahAlam

Sunday Apr 20, 2025
Sunday Apr 20, 2025
'Arwah selalu pesan jangan berhenti sekolah dan belajar rajin-rajin supaya boleh ubah nasib keluarga.'
Itulah pesanan terakhir yang masih terngiang-ngiang di fikiran Syahmi Muhamad Karim, 13, adik bongsu kepada Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas di dalam kampus universiti tersebut pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724019/edisi/johor/quotarwah-selalu-pesan-jangan-berhenti-sekolahquot-ndash-adik-mangsa-nahas-bas-uum
Muzik: Introspection dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #UUM #nahasbasUUM #Johor #Mahasiswamaut


