Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Penolong pegawai perubatan direman kemuka butir matan palsu RM1.5 juta
Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah Pejabat Kesihatan di Melaka direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan butir matan palsu bernilai kira-kira RM1.5 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724578/berita/semasa/penolong-pegawai-perubatan-direman-kemuka-butir-matan-palsu-rm15-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Reman

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
PRK Ayer Kuning: Tiga teras jadi keutamaan jika menang PRK
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir menjadikan tiga teras utama sebagai tumpuan sekiranya diberi mandat pada 26 April ini.
Teras merangkumi aspek pendidikan, sukan dan infrastruktur itu dilihat sebagai asas penting dalam meneruskan legasi Allahyarham Ishsam Shahruddin yang sebelum ini menyandang kerusi DUN berkenaan.
Beliau berhasrat menyambung usaha dan perancangan yang telah digariskan sebelum ini, sambil menambah nilai tersendiri mengikut acuan dan pendekatan semasa.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad bersama Mohamad Yusri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724511/berita/wawancara/prk-ayer-kuning-tiga-teras-jadi-keutamaan-jika-menang-prk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #PRK #BN

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Pak guard tidur atas papan nipis
Tidur beralaskan papan nipis selain penyediaan makanan di atas lantai yang dihadapi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan warga asing berjaya dibongkarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam operasi gaji minimum di Plaza Mahkota, Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Dalam serbuan jam 11.30 pagi, JTK mendapati premis yang didiami seramai 11 pekerja warga asing itu dalam keadaan daif dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724431/edisi/melaka-ns/pak-guard-tidur-atas-papan-nipis
#SinarHarian #BeritaSemasa #pekerjawargaasing #JTK

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Lencana Jalur Gemilang dicadang diperluas ke tabika perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah turut diperluaskan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tabika) perpaduan di seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cadangan itu dilihat sebagai langkah yang baik bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724401/berita/semasa/lencana-jalur-gemilang-dicadang-diperluas-ke-tabika-perpaduan
#SinarHarian #BeritaSemasa #lencanaJalurGemilang #tabika

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Malaysia dan China bersetuju melanjutkan program pengecualian visa bagi tempoh 90 hari secara bersama untuk tempoh lima tahun lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata persetujuan itu dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) ketika kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke negara ini minggu lalu, dengan negara itu juga bersetuju melaksanakan pengecualian sama secara timbal balik.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #pengecualianvisapelancongChina #Pengecualianvisa

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Penghantar barang terlepas hukuman mati
Seorang penghantar barang terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di Melaka pada Selasa melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 10.8 kilogram empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Yee Kok Chong, 44, pada akhir kes pembelaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724355/berita/jenayah/penghantar-barang-terlepas-hukuman-mati
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengkap
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap rakaman video tular yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap dipercayai berlaku di sebuah ekspo jualan barangan bayi di ibu negara, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses siasatan yang dijalankan sama seperti dilalui oleh akhbar berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi bendera Malaysia tanpa bulan sabit dalam penerbitan muka depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724340/berita/nasional/kdn-siasat-video-papar-jalur-gemilang-tidak-lengkap
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #JalurGemilangtaklengkap #JalurGemilang

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Lelaki nafi ragut beg tangan wanita
Seorang penyelenggara penyaman udara mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meragut beg seorang wanita pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, A Thines, 25, didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/724342/berita/semasa/lelaki-didakwa-ragut-beg-tangan-wanita
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kesragut

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Pemilihan PKR: Saifuddin belum buat keputusan cabar jawatan Timbalan Presiden
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menurut bekas Setiausaha Agung PKR itu, beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan tertutup dengan Rafizi di pejabat Timbalan Presiden tersebut bagi membincangkan peranan masing-masing dalam memperkukuhkan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724326/berita/politik/pemilihan-pkr-saifuddin-belum-buat-keputusan-cabar-jawatan-timbalan-presiden
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #TimbalanPresiden

Monday Apr 21, 2025
Monday Apr 21, 2025
Tindakan kerajaan mengusir operator lama Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah berlandaskan undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Menara KL merupakan hak milik penuh kerajaan dan tindakan memasuki premis itu oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada Rabu lalu, bukan bersifat penindasan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724150/berita/nasional/pengusiran-operator-lama-menara-kl-berlandaskan-undang-undang---fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenaraKL #PDRM


