Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Apr 24, 2025
Thursday Apr 24, 2025
PRK Ayer Kuning: PN guna pelbagai cara kempen tarik pengundi
Kepelbagaian cara kempen digunakan dalam menarik sokongan pengundi sama ada kaedah konvensional atau terkini.
Itulah antara cara dilakukan jentera Perikatan Nasional (PN) termasuk mengekalkan kempen melalui ceramah yang dilihat tidak relevan.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad bersama calon PN, Abd Muhaimin Malek mengenai perkembangan kempen parti itu dan harapan beliau sendiri bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724517/berita/wawancara/prk-ayer-kuning-pn-guna-pelbagai-cara-kempen-tarik-pengundi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #CalonPN #PN
Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Seperti lazim berlaku dalam pemilihan PKR saban waktu, penggal 2025-2028 ini tidak terlepas daripada kontroversi dan kisah tersendiri.
Dakwaan wujud ‘tangan ghaib’, kumpulan ketiga, kartel elit dan sebagainya jadi rencah rasa dalam pemilihan yang menyaksikan ramai calon Ketua Cabang ‘favourite’ tewas walaupun pasukan mereka menang.
Saksikan Wacana Sinar edisi 477 pada Rabu, 23 April 2025, jam 8.30 malam secara langsung di Studio F, Sinar Harian dan juga di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/954211186787405Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Gxpe7D-TVnsX: https://x.com/SinarOnline/status/1915020504928239824Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/724691/video/wacana/wacana-sinar-pemilihan-pkr-cerita-badan-tanpa-kepala
#WacanaSinar #SinarHarian #PKR #PartiKeadilanRakyat #ReformasiMalaysia #PemilihanPKR

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Pesawah nyaris maut traktor dipandu terjunam dalam parit tujuh meter
Seorang pesawah nyaris maut apabila traktor yang dipandunya terjunam ke dalam parit sedalam tujuh meter di jambatan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kampung Kubang Panggas, Kubang Rotan, pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Mangsa, Rosli Che Daud, 50, berkata kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari ketika dia dalam perjalanan pulang selepas membajak sawah di kawasan berhampiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724543/edisi/utara/pesawah-nyaris-maut-traktor-dipandu-terjunam-dalam-parit-tujuh-meter
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pesawah #jatuh #ProjekRTB

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Harga emas diramal terus melonjak, berlaku pembelian panik - Peniaga
Harga emas diramal bakal terus melonjak kepada RM600 hingga RM700 pergram pada penghujung tahun ini, didorong oleh fenomena luar biasa dan juga isu global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengasas Empayar Emas YL Changlun, Elee Salmi Ishak, berkata, peningkatan harga emas sejak awal tahun ini sahaja mencatatkan kenaikan lebih RM50 pergram, membuatkan ramai individu mula menyedari potensi keuntungannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724558/edisi/kelantan/harga-emas-diramal-terus-melonjak-peniaga-akui-berlaku-pembelian-panik
#SinarHarian #BeritaSemasa #hargaemas #peningkatanhargaemas

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Tukang cuci didakwa cabul rakan wanita
Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Sesyen di Alor Gajah pada Rabu atas tuduhan mencabul kehormatan rakan wanitanya di bilik rehat sebuah kilang, minggu lalu.
Tertuduh, Azizul Hamis @ Jainy, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aiza Kamaruddin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724586/edisi/melaka-ns/tukang-cuci-didakwa-cabul-rakan-wanita
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AlorGajah

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Lelaki warga Thailand direman disyaki liwat, cabul
Seorang lelaki warga Thailand direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tiga tahun lalu.
Perintah reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani sehingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Sumber berkata, perbuatan jijik suspek didakwa terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun menceritakan perbuatan jahat suspek kepada ibunya berusia 35 tahun ketika menghubungi wanita itu pada minggu lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724570/berita/semasa/lelaki-thailand-direman-kes-liwat-cabul-pelajar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabulliwat #mahkamah #Melaka

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
Penolong pegawai perubatan direman kemuka butir matan palsu RM1.5 juta
Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah Pejabat Kesihatan di Melaka direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan butir matan palsu bernilai kira-kira RM1.5 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724578/berita/semasa/penolong-pegawai-perubatan-direman-kemuka-butir-matan-palsu-rm15-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Reman

Wednesday Apr 23, 2025
Wednesday Apr 23, 2025
PRK Ayer Kuning: Tiga teras jadi keutamaan jika menang PRK
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir menjadikan tiga teras utama sebagai tumpuan sekiranya diberi mandat pada 26 April ini.
Teras merangkumi aspek pendidikan, sukan dan infrastruktur itu dilihat sebagai asas penting dalam meneruskan legasi Allahyarham Ishsam Shahruddin yang sebelum ini menyandang kerusi DUN berkenaan.
Beliau berhasrat menyambung usaha dan perancangan yang telah digariskan sebelum ini, sambil menambah nilai tersendiri mengikut acuan dan pendekatan semasa.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad bersama Mohamad Yusri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724511/berita/wawancara/prk-ayer-kuning-tiga-teras-jadi-keutamaan-jika-menang-prk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #PRK #BN

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Pak guard tidur atas papan nipis
Tidur beralaskan papan nipis selain penyediaan makanan di atas lantai yang dihadapi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan warga asing berjaya dibongkarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam operasi gaji minimum di Plaza Mahkota, Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Dalam serbuan jam 11.30 pagi, JTK mendapati premis yang didiami seramai 11 pekerja warga asing itu dalam keadaan daif dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724431/edisi/melaka-ns/pak-guard-tidur-atas-papan-nipis
#SinarHarian #BeritaSemasa #pekerjawargaasing #JTK

Tuesday Apr 22, 2025
Tuesday Apr 22, 2025
Lencana Jalur Gemilang dicadang diperluas ke tabika perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah turut diperluaskan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tabika) perpaduan di seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cadangan itu dilihat sebagai langkah yang baik bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724401/berita/semasa/lencana-jalur-gemilang-dicadang-diperluas-ke-tabika-perpaduan
#SinarHarian #BeritaSemasa #lencanaJalurGemilang #tabika


