Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday Apr 25, 2025

Dakwaan pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly berkenaan statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia adalah fakta tidak benar.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang membidaas dakwaan tersebut menjelaskan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2023 ialah AS$11,379 (RM49,788).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724937/berita/nasional/dakwaan-oreilly-salah-pendapatan-malaysia-sederhana-tinggi---fahmi
#SinarHarian #BeritaSemasa #BillOReilly #FahmiFadzil

Friday Apr 25, 2025

Perikatan Nasional (PN) berharap calon yang mewakili parti itu mampu membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu ini walaupun hanya dengan kelebihan satu undi, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dalam konteks pilihan raya, jumlah majoriti bukan ukuran utama kerana lebih penting adalah memastikan calon PN berjaya melepasi garis kemenangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724957/berita/menang-walau-satu-majoriti-pun-sudah-cukup---sanusi
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #DUN #PN #SanusiMdNor

Thursday Apr 24, 2025

Empat kampung Orang Asli kubu kuat BN - Tok Batin
Empat kampung masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning boleh dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh tahun lamanya.
Tok Batin Kampung Sungai Kroh, Alang Mi Alang, 60, berkata, seramai 174 pemilih berdaftar termasuk 35 pengundi luar dalam kalangan Orang Asli akan membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang berbaki dua hari lagi.
Beliau selaku Ketua Cawangan UMNO kampung terbabit berkata, pihaknya akan memastikan peratusan keluar mengundi mencapai tahap 100 peratus sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724806/berita/politik/empat-kampung-orang-asli-kubu-kuat-bn-puluhan-tahun---tok-batin
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #AyerKuning

Thursday Apr 24, 2025

Pengamal media yang terpilih dan ditugaskan sebagai petugas haji tahun ini melahirkan rasa teruja untuk melaksanakan tanggungjawab menyampaikan info dari semasa ke semasa di Tanah Suci.
Seramai 14 pengamal media antara 74 petugas yang mula berlepas ke Arab Saudi pada Khamis diikuti dengan kumpulan selebihnya yang akan menyusul secara berperingkat bagi memastikan segala persiapan dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PengamalMedia #TanahSuci #2025 #Haji

Thursday Apr 24, 2025

SPM 2024: Pasangan kembar dapat 9A
Bagaikan sudah berjanji, pasangan kembar Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen, 18, mencatat keputusan cemerlang apabila masing-masing memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Kejayaan membanggakan itu turut melayakkan mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724804/edisi/johor/spm-2024-pasangan-kembar-dapat-9a-impi-jadi-doktor
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2024 #Pasangankembar #JohorBahru

Thursday Apr 24, 2025

Sekolah aliran agama di negeri ini mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan pencapaian cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada 18 sekolah yang mencatatkan keputusan 100 peratus layak menerima sijil di negeri ini, 10 daripadanya adalah sekolah aliran agama yang berada di ketiga-tiga daerah termasuk kawasan luar bandar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724778/edisi/melaka-ns/10-sekolah-agama-di-melaka-cemerlang-spm-2024
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #10SekolahAgama #CemerlangSPM

Thursday Apr 24, 2025

Nasib sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin akan dibebaskan atau diperintah membela diri atas kes pengabaian kanak-kanak autisme itu, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, ditetapkan pada 21 Julai depan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim Dr Syahliza Warnoh menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa, prosiding perbicaraan kes telah selesai dan mereka menutup kes berkenaan pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724784/berita/semasa/bela-diri-atau-bebas-nasib-ibu-bapa-zayn-rayyan-21-julai-depan
#SinarHarian #BeritaSemasa  #Mahkamah #KesZaynRayyan #IbuBapaZaynRayyan

Thursday Apr 24, 2025

Lima sekeluarga nafi culik remaja, tuntut tebusan RM2 Juta
Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; dan dua beradik P K Koshenn Kumar, 21, serta P K Siveeshinaa, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724777/berita/semasa/lima-sekeluarga-didakwa-culik-remaja-perempuan-tuntut-tebusan-rm2-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesculik #mahkamah
 
 

Thursday Apr 24, 2025

SPM 2024: 937 calon dapat semua A di Perak
Seramai 937 calon di Perak berjaya memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, meningkat berbanding 772 calon pada tahun sebelumnya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba’ai berkata, jumlah itu mewakili 3.41 peratus daripada keseluruhan 27,459 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
Beliau berkata demikian sempena pengumuman keputusan SPM 2024 peringkat negeri Perak di Bilik Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724776/edisi/perak/spm-2024-937-calon-dapat-semua-a-di-perak 
#SinarHarian #BeritaSemasa #keputusanSPM #Ipoh

Thursday Apr 24, 2025

PRK Ayer Kuning: PN guna pelbagai cara kempen tarik pengundi
Kepelbagaian cara kempen digunakan dalam menarik sokongan pengundi sama ada kaedah konvensional atau terkini.
Itulah antara cara dilakukan jentera Perikatan Nasional (PN) termasuk mengekalkan kempen melalui ceramah yang dilihat tidak relevan.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad bersama calon PN, Abd Muhaimin Malek mengenai perkembangan kempen parti itu dan harapan beliau sendiri bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724517/berita/wawancara/prk-ayer-kuning-pn-guna-pelbagai-cara-kempen-tarik-pengundi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #CalonPN #PN

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125