Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday Apr 26, 2025

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis peluang parti itu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning cerah jika peratusan keluar mengundi khususnya pengundi Melayu meningkat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut beliau, kerusi terbabit berstatus marginal dan peningkatan jumlah pengundi Melayu boleh memberikan kelebihan kepada PN.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725179/berita/politik/pn-yakin-rampas-ayer-kuning-jika-peratusan-mengundi-melayu-tinggi-ndash-muhyiddin
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning

Saturday Apr 26, 2025

Bangunan berusia 147 tahun yang dahulunya merupakan penjara, kini diangkat sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini menerusi inisiatif memperkenalkan Kotajail sempena Tahun Melawat Johor 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, kemunculan Kotajail sebagai salah satu produk pelancongan baharu menyokong matlamat kerajaan negeri dalam menjayakan Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725145/edisi/johor/bangunan-penjara-147-tahun-kotajail-jadi-tarikan-pelancongan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kotajail #JohorBahru

Saturday Apr 26, 2025

Calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi
Ketiga-tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong pada jam 8.45 pagi dan selesai mengundi di saluran dua pada jam 8.52 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725131/berita/politik/calon-prk-ayer-kuning-selesai-mengundi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning

Saturday Apr 26, 2025

Piala Sudirman: Beraksi sepenuh hati sebagai satu pasukan
Kerjasama sebagai satu pasukan merupakan elemen penting dalam mengangkat martabat pasukan badminton negara ke tahap yang lebih tinggi, lapor wartawan Sinar Harian Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Malaysia memiliki barisan pemain berbakat dalam semua kategori dan perlu memanfaatkan potensi tersebut dengan memberi tumpuan terhadap semangat berpasukan untuk menghadapi perlawanan Piala Sudirman 2025 yang akan bermula pada Ahad.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PialaSudirman #badminton

Saturday Apr 26, 2025

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan keyakinan tinggi bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam Sabtu akan berlangsung dalam suasana aman dan lancar, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, segala persiapan termasuk aspek keselamatan dan fasiliti telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran acara berprestij itu yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PialaMalaysia #KBS #JDT #Pahang

Saturday Apr 26, 2025

Pasangan warga emas naik bas dari KL pulang mengundi
Walaupun terpaksa pulang menaiki bas dari Kuala Lumpur, pasangan warga emas tetap menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Ayer Kuning.
Chai Ko Chong, 85 dan isteri, Loy Mooi Ying, 82, hadir mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pheng Lok, Tapah pada Sabtu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PN #PRKAyerKuning #PRK

Saturday Apr 26, 2025

PRK Ayer Kuning: Calon PN nasihat pengundi keluar awal
Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Kuning, salah satu daripada 19 pusat mengundi yang dibuka bagi PRK berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725118/berita/politik/prk-ayer-kuning-calon-pn-nasihat-pengundi-keluar-awal
#SinarHarian #BeritaSemasa #PN #PRKAyerKuning #PRK

Friday Apr 25, 2025

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan notis tuntutan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan isu pegangan amanah hartanah UMNO.
Dr Mahathir, 99, memfailkan notis tersebut menerusi firma guaman Rafique pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725027/berita/semasa/isu-pegangan-hartanah-umno-tun-m-fail-notis-tuntutan-terhadap-zahid
#SinarHarian #BeritaSemasa #isupeganghartanahUMNO #TunMahathir

Haiwan eksotik jadi terapi

Friday Apr 25, 2025

Friday Apr 25, 2025

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Geting, Tumpat sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk membeli haiwan eksotik yang diminatinya, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Bagi Wan Nor Amalina Wan Razak, 35, lebih 30 haiwan eksotik miliknya mampu menjadi terapi dan mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723779/Haiwan-eksotik-jadi-terapi
Muzik: Taking care by Indiebox dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #haiwaneksotik #Tumpat

Friday Apr 25, 2025

Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang tular di media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Jumaat atas pertuduhan memukul, mengurung dan mengugut bunuh seorang pemuda, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Tertuduh, Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19 dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724963/berita/semasa/bella-tujuh-lelaki-mengaku-bersalah-belasah-pemuda-sampai-lunyai
#SinarHarian #BeritaSemasa #kespukul #mahkamah #JohorBahru
 

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125