Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Sunday Apr 27, 2025
Sunday Apr 27, 2025
Kisah lubang kecil di Masjid Quba
Sebaik melangkah ke dalam Masjid Quba, beberapa jemaah akan memerhati ke arah sebelah kanan kubah utama berhampiran mimbar sebelum mengangkat takbir dan menunaikan solat sunat dua rakaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Abdul Manan.
Pemandangan ini menjadi kebiasaan apabila umat Islam mengunjungi masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW.
Menurut Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci, Kamarudin Abd Hamid, di bawah kubah utama masjid tersebut terdapat satu lubang kecil yang menjadi perhatian jemaah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725398/global/kisah-lubang-kecil-di-masjid-quba
Muzik: Aftermath dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MasjidQuba #Madinah #TH

Sunday Apr 27, 2025
Sunday Apr 27, 2025
220 lembu, kerbau divaksin, bendung hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengambil langkah segera melakukan vaksinasi ke atas lebih 220 ekor lembu dan kerbau bagi membendung penularan wabak hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang dikesan menular di daerah Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarahnya, Dr Anun Man berkata, proses vaksinasi dilakukan ke atas ternakan di kawasan berisiko, dalam radius lima kilometer dari lokasi wabak dikesan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, pada 7 April lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725327/edisi/terengganu/jpv-terengganu-vaksin-ternakan-cegah-penularan-hawar-berdarah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JPV #wabakhawar #hawarberdarah #Veterinar #Korban

Sunday Apr 27, 2025
Sunday Apr 27, 2025
Undi PN tidak merosot - Sanusi
Perikatan Nasional (PN) percaya sokongan terhadap gabungan itu tidak merosot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning biarpun keputusan memihak kepada Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, secara keseluruhannya, sokongan terhadap PN tidak merosot dan hanya menurun kira-kira 800 undi sahaja.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725355/berita/politik/undi-pn-tidak-merosot---sanusi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PRK #PN #PRKAyerKuning #Sanusi
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek menyatakan beliau tidak serik untuk bertanding lagi walaupun tewas dalam percubaan pertamanya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menurut Abd Muhaimin, beliau menerima keputusan PRK itu dengan reda dan menganggap ia sebagai pengalaman berharga dalam perjuangan politiknya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725273/berita/politik/saya-tak-serik-bertanding-lagi---abd-muhaimin
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #Muhaimin
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Dari isu tauliah kepada tahap pendidikan calon, membawa ke kontroversi undi lebih penting daripada umrah dan haji sehinggalah pengendalian operasi ladang babi, PRK Ayer Kuning tidak kalah meriah dengan kempen pilihan rayanya.
Tanggal 26 April bakal menoktahkan semua isu tersebut apabila seramai 31,897 pemilih akan meletakkan seorang wakil rakyat baru mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Ikuti liputan langsung keputusan PRK Ayer Kuning dalam Interviu secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1787608108478504Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=5hcfa-w_diQX: https://x.com/SinarOnline/status/1916101300112265721Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/725272/video/interviu/interviu-umpan-jinak-di-ayer-kuning
#Interviu #SinarHarian #PRKAyerKuning2025 #UndiAyerKuning #SuaraRakyatAyerKuning #PRK2025 #DUNPerak #PRKAyerKuning #N48
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Dari isu tauliah kepada tahap pendidikan calon, membawa ke kontroversi undi lebih penting daripada umrah dan haji sehinggalah pengendalian operasi ladang babi, PRK Ayer Kuning tidak kalah meriah dengan kempen pilihan rayanya.
Tanggal 26 April bakal menoktahkan semua isu tersebut apabila seramai 31,897 pemilih akan meletakkan seorang wakil rakyat baru mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Ikuti liputan langsung keputusan PRK Ayer Kuning dalam Interviu secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1362558154896181Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=KhHfutGZDPIX: https://x.com/SinarOnline/status/1916067638922404288Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/725269/video/interviu/interviu-umpan-jinak-di-ayer-kuning
#Interviu #SinarHarian #PRKAyerKuning2025 #UndiAyerKuning #SuaraRakyatAyerKuning #PRK2025 #DUNPerak #PRKAyerKuning #N48
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai kubu kuat apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad, Normawati Adnan dan Aisyah Basarudin.
Dalam pertembungan tiga penjuru, Mohamad Yusri, 54, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah selaku wakil Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 5,006 undi.
Bekas guru dan pensyarah kanan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya itu memperolehi 11,065 undi.
Pencabarnya, Abd Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional memperolehi 6,059 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, yang bertanding kali kedua di kerusi sama meraih 1,106 undi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725264/berita/politik/bn-pertahan-kubu-kuat-kerusi-dun-ayer-kuning
#SinarHarian #60saat #PRK #AyerKuning #BN
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Perikatan Nasional (PN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai kejayaan besar apabila berjaya menyekat hasrat Barisan Nasional (BN) memperoleh 18,000 undi seperti disasarkan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Mohd Fakhrudin Abd Aziz berkata, meskipun bertanding secara solo, PN berjaya mengekalkan kekuatan undi meskipun berdepan jentera kerajaan negeri dan Persekutuan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #AyerKuning #PN
Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Pasukan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang dijadualkan pada 29 April ini untuk mengerjakan ibadah haji bagi tahun 1446H/2025M, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Seramai 284 jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada jam 7.50 pagi waktu tempatan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725227/berita/nasional/petugas-th-bersedia-sambut-ketibaan-jemaah-haji-malaysia
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #TabungHaji

Saturday Apr 26, 2025
Saturday Apr 26, 2025
Sinar Harian rangkul tempat pertama Anugerah Media SPRM 2024
Sinar Harian terus mengungguli Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) kali kelima apabila menang tempat pertama kategori Kandungan Media Sosial Terbaik pada Jumaat.
Karya dokumentari berjudul Tali Barut itu hasil kolaborasi wartawan Salmiah Druhamad Drashin, Mohamad Rizal Mohammed Rozy dan Nor Hafiza Md Shah dengan juruvideo Muhammad Hafiz Adnan dan Mohd Rafiq Redzuan Hamzah membawa pulang hadiah bernilai RM8,000, trofi serta sijil penghargaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725074/berita/nasional/sinar-harian-rangkul-tempat-pertama-anugerah-media-sprm-2024
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AnugerahMedia #Talibarut


