Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Perang tarif AS bakal menyelak dimensi baru ekonomi global dengan kemungkinan-kemungkinan yang sukar dijangka.
Bersediakah kita dengan ‘senjata’ dan ‘perisai’ berdepan ‘perang’ ekonomi ini?
Dengarkan pandangan-pandangan isu ini dalam Wacana Sinar edisi 478 secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1211831470348848Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=1em4gO_HMacX: https://x.com/SinarOnline/status/1917556638413652467Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/726008/video/wacana/wacana-sinar-perang-tarif-as-apa-kesan-terburuk-kepada-rakyat
#WacanaSinar #SinarHarian #PerangTarif #EkonomiGlobal #DonaldTrump #AmerikaSyarikat #ASEAN

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Peruntukan RM13 juta perkasa penggiat industri seni
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan Kementerian Komunikasi memperuntukkan RM13 juta menerusi program Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik dan Skim Dana Padanan (SDP) bagi menyokong penggiat industri seni tanah air.
Menurutnya, peruntukan melalui Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) itu menawarkan tiga kategori dana iaitu Dana Persembahan Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #danapengiatindustriseni #FahmiFadzil

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
KPKM, KPDN pantau telur ayam - Fahmi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau bagi memastikan bekalan telur ayam terjamin di pasaran.
Langkah itu susulan penamatan kawalan harga dan subsidi telur ayam secara berfasa yang bermula Khamis, sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725962/berita/nasional/kpkm-kpdn-pantau-telur-ayam---fahmi
#SinarHarian #BeritaSemasa #telurayam #FahmiFadzil

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Suami isteri ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah
Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah Alor Setar sejak empat tahun lalu hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan Alor Setar pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hasil maklumat risikan yang dijalankan.
Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil Eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram, selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbuk MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725940/berita/semasa/suami-isteri-ditahan-disyaki-terlibat-sindiket-edar-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketedardadah #PDRM

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Tarif Trump: Lawatan ke Washington beri pandangan positif
Lawatan delegasi Malaysia ke Washington DC yang diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini membuahkan pandangan positif.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Tengku Zafrul telah memberi laporan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725943/berita/nasional/tarif-trump-lawatan-tengku-zafrul-ke-washington-beri-pandangan-positif
#SinarHarian #BeritaSemasa #TarifTrump #FahmiFadzil

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Bapa empat anak terlepas hukuman gantung
Seorang bapa kepada empat anak menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine tiga tahun lalu,lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Muhammad Fazilah Ngah, 42, sebelum ini berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa mengedar 73.86 gram methamphetamine pada 9 Jun 2022 di sebuah rumah di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725891/berita/semasa/bapa-4-anak-bebas-tuduhan-edar-dadah-terlepas-hukuman-gantung
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesedardadah #terlepashukumangantung #mahkamah

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Lelaki Nigeria nafi gigit telinga polis hingga putus
Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, atas tiga pertuduhan antaranya menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus, pada Jumaat minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Okenyehike Kelvin Obianke, 38, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725910/berita/semasa/lelaki-nigeria-tidak-mengaku-bersalah-gigit-telinga-polis-hingga-putus
#SinarHarian #BeritaSemasa #gigittelingapolis #mahkamah

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Ada cara selamatkan bola sepak Kedah - NGO
Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada anak-anak Kedah masih yakin ada lagi harapan untuk menyelamatkan pasukan bola sepak negeri itu daripada terkubur di pentas arena tempatan selepas kini bergelut dengan krisis kewangan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Datuk Romli Ishak, menegaskan bahawa gabungan NGO itu menjelaskan masih ada cara untuk untuk memastikan bola sepak Kedah terus bernafas dan kembali bangkit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725897/berita/sukan/ada-cara-selamatkan-bola-sepak-kedah---ngo
#SinarHarian #BeritaSemasa #bolasepak #Kedah #KDAFC
Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
Penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC meluahkan rasa bimbang dengan masa depan pasukan kesayangan mereka yang sedang bergelut dengan krisis kewangan serius , sehingga berisiko terkeluar daripada saingan Liga Super musim hadapan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pemilik Puaka Jerai Fans Club (PJFC), Zulkifli Hashim, berkata, sukan tersebut merupakan hiburan utama bagi rakyat Kedah, dan kehilangan pasukan ini dalam saingan Liga Super boleh memberi impak besar kepada semangat penyokong tegarnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725874/berita/sukan/tolong-jangan-biarkan-bola-sepak-kedah-terkubur---penyokong
#SinarHarian #BeritaSemasa #bolasepak #Kedah #KDAFC

Wednesday Apr 30, 2025
Wednesday Apr 30, 2025
‘Simpan duit jual kuih, bertani 15 tahun demi tunaikan haji’
Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan ibadah haji akhirnya tercapai selepas 15 tahun mengumpul wang hasil menjual kuih dan bertani, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Supiah Hussin, 70, berkata, niat untuk ke Tanah Suci telah disimpan bertahun-tahun sebelum menerima perkhabaran gembira mendapat tawaran daripada pihak Tabung Haji.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725792/berita/nasional/simpan-duit-jual-kuih-bertani-15-tahun-demi-tunaikan-haji
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #madinah


