Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Jumaat atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.
Tertuduh, Musizuddin Mohamad, 28, membuat pengakuan tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726250/berita/semasa/mekanik-tidak-mengaku-cabul-anak-asuhan-ibu
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabul #mahkamah
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Kumpulan pertama jemaah haji yang sudah tiba di Madinah sejak 29 April lalu dijangka berangkat ke Makkah Ahad ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Zon 2 Madinah, Shahidan Ishak berkata, sehari sebelum ke Tanah Suci, taklimat keberangkatan akan diberikan oleh petugas di zon yang ditetapkan serta pegawai bimbingan dan ziarah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726262/berita/nasional/kumpulan-jemaah-haji-di-madinah-berangkat-ke-makkah-secara-berperingkat
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #madinah #Makkah
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berhasrat untuk mengeluarkan notis saman atau apa-apa tindakan kepada hospital dan farmasi yang gagal mempamerkan harga ubat dalam tempoh tiga bulan 'grace period' Perintah Pemaparan Harga Ubat.
Sebaliknya kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Farmasi) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Azuana Ramli, Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang dilaksanakan bermula Khamis akan menumpukan kepada penguatkuasaan pendidikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726232/berita/nasional/pamer-harga-ubat-tiada-saman-dalam-tempoh-tiga-bulan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #Farmasi #PamerHargaUbat
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) lebih 200 gram, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.
Pertuduhan terhadap Lim Ken Yi, 23, dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726241/berita/semasa/penganggur-didakwa-edar-dadah-berdepan-hukuman-mati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #EdarDadah
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia menimbang cadangan untuk pelebaran Jambatan Sungai Batang Padang di sini bagi melancarkan lagi laluan sehala yang dilaksanakan di Pekan Tapah, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan tersebut telah diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang dengan anggaran kos bernilai RM15 juta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726142/edisi/perak/pelebaran-jambatan-di-pekan-tapah-rm15-juta-dalam-perhatian-kkr
#SinarHarian #BeritaSemasa #KKR #lebarjambatan #PekanTapah
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
MCA berhak menyuarakan pandangan, termasuk membangkitkan isu kerjasama dalam Barisan Nasional (BN), namun penentu sebenar kelangsungan dan sokongan terhadap mana-mana parti politik adalah rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang rasa tidak puas hati mengenai kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) seharusnya diselesaikan bersama di peringkat pucuk pimpinan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726104/berita/politik/mca-berhak-suarakan-pandangan-namun-rakyat-penentu-sokongan---khaled-nordin
#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #Umno #MCA #BN
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
Kira-kira 15 peniaga Medan Selera Ambangan Heights, Sungai Petani tidak tahan berhadapan najis burung yang meloyakan sehingga mengundang rasa jijik kepada pelanggan untuk menikmati hidangan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Keadaan itu menyebabkan kehadiran pengunjung semakin berkurangan sekali gus menjejaskan perniagaan mereka sehingga merosot teruk.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726113/edisi/utara/peniaga-medan-selera-buntu-najis-burung-halau-pelanggan
#SinarHarian #BeritaSemasa #najisburung #medanselera #SungaiPetani
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan dan pandangan untuk menambah baik pengalaman pelancongan di Kedah, khususnya di bandar raya Alor Setar, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya, berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran pempengaruh media sosial yang sebelum ini tular bertanyakan kawannya tempat menarik di Kedah namun dia disarankan untuk ke Pulau Pinang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726102/edisi/utara/kedah-bukan-kosong-datuk-bandar-jemput-pempengaruh-tour-alor-setar
#SinarHarian #BeritaSemasa #DatukBandar #AlorSetar
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
Memasang impian sejak 11 tahun lalu untuk menjadi petugas Tabung Haji (TH) demi menyantuni Duyufurrahman akhirnya menjadi kenyataan buat Muhammad Faris Abu Hasan, 36, yang bertugas sebagai jururawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Dia berkata, hasrat tersebut mula disemai selepas mendengar kisah dan pengalaman daripada senior yang pernah bertugas di Tanah Suci.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726094/berita/nasional/11-tahun-pasang-impian-mahu-jadi-petugas-tabung-haji
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #madinah #TH
Thursday May 01, 2025
Thursday May 01, 2025
“Kalau ikut giliran daftar haji, mungkin saya hanya dapat ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini pada usia 100 tahun, namun syukur direzekikan pasangan yang mendaftar awal, jadi dapatlah buat rayuan untuk bersama-sama tunaikan ibadat ini.”
Demikian luah seorang jemaah haji, Mohamad Shahizad Sarjudin, 35, yang memanjatkan kesyukuran apabila ibu mentua mendaftarkan nama isteri dan adik-beradik iparnya ketika usia mereka masih kecil untuk menunaikan haji, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725994/berita/nasional/kalau-ikut-giliran-tahun-2090-tapi-allah-takdirkan-tunai-haji-lebih-awal
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #madinah


