Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday May 08, 2026
Friday May 08, 2026
Lelaki Kemboja tebang, curi pokok gaharu di Taman Botanikal didenda RM3,500
Seorang lelaki warga Kemboja yang sebelum ini ditahan selepas disyaki menebang pokok gaharu di Taman Botanikal Ayer Keroh didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd Ali Sulaiman, 40, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kepingan gaharu dalam kawasan hutan simpan itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778992/berita/semasa/lelaki-kemboja-tebang-curi-pokok-gaharu-di-taman-botanikal-didenda-rm3500
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Melaka #PokokGaharu #Botanikal

Friday May 08, 2026
Friday May 08, 2026
Seorang jurulatih kadet bomba berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat melibatkan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.
Tertuduh, Muhammad Aidilafifi Muhammad, 28, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di antara awal Februari hingga 1 Mei 2026 jam di beberapa lokasi di dalam dan di luar sekolah di sekitar daerah Perak Tengah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778981/berita/semasa/jurulatih-kadet-bomba-didakwa-lakukan-amang-seksual-pelajar-perempuan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #jurulatih

Friday May 08, 2026
Friday May 08, 2026
Suspek kes tikam pelajar 61 kali disambung reman tujuh hari lagi
Reman terhadap dua suspek kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778967/berita/suspek-kes-tikam-pelajar-61-kali-disambung-reman-tujuh-hari-lagi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #reman #Mahkamah #Nurfisya

Friday May 08, 2026
Friday May 08, 2026
Seorang pelayan bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang juga ibu muda dalam kejadian Selasa lalu.
Tertuduh, S Darshan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778980/berita/semasa/pelayan-bar-didakwa-pandu-mabuk-sebabkan-kematian-ibu-muda
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pemandumabuk

Friday May 08, 2026
Friday May 08, 2026
Merak Jalanan kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia pada hari ini. Bukan apa, tahun lalu, bila ada misi kemanusiaan ke Gaza, rakyat Malaysia antara paling bersemangat.
Ramai sanggup berjaga malam tengok siaran langsung perkembangan Global Sumud Flotilla (GSF). Mata melekat dekat telefon tunggu live update, sampailah kapal mereka dipintas tentera Israel.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778930/suara-sinar/pojok/kenapa-ramai-hentam-global-sumud-flotilla
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #GlobalSumudFlotilla #MerakJalanan

Seramai 180 Sahabat Maktab bakal menjadi tulang belakang kelancaran operasi Masyair musim haji 1447 Hijrah menerusi penugasan secara proaktif di lapan maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, program yang dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei bersamaan 20 Zulkaedah itu melibatkan petugas yang menjadi komponen penting dalam membantu pengurusan jemaah sepanjang musim haji.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778964/berita/nasional/sahabat-maktab-bantu-lancarkan-operasi-masyair
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TH #JemaahHaji #Makkah

Thursday May 07, 2026
Thursday May 07, 2026
Bermula dengan sepasang selipar yang dibaiki sendiri, tersingkap kisah menyentuh hati tentang pengorbanan dan cinta sejati sepasang suami isteri dari Seri Kembangan.
Di sebalik langkah perlahan seorang wanita yang sedang bertarung dengan kanser rektum tahap empat, tersimpan sebuah kisah cinta yang begitu mengharukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778826/berita/nasional/selipar-diy-bukti-cinta-suami-temani-isteri-pejuang-kanser-ke-tanah-suci
Muzik: Rustle of Leaves - Veance D dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TH #JemaahHaji #Makkah

Thursday May 07, 2026
Thursday May 07, 2026
Seorang lelaki menghadapi 14 pertuduhan termasuk 12 pertuduhan khianat dengan melanggar 12 kenderaan di beberapa lokasi di George Town dalam kejadian pada Khamis lalu.
Tertuduh, S Prassanndh, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi di Mahkamah Majistret 3 dan tiga pertuduhan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret 3 pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778836/berita/semasa/lelaki-didakwa-rempuh-12-kenderaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rempuhkenderaan