Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Feb 12, 2026

Tiada lagi amaran, perahu haram masuk Sungai Golok terus dirampas
Polis Kelantan memperketat penguatkuasaan di Sungai Golok dengan melaksanakan rampasan serta-merta terhadap perahu dari Thailand yang memasuki sempadan negara secara haram, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jika sebelum ini tangkapan hanya dibuat melibatkan individu serta rampasan barangan penyeludupan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767886/edisi/kelantan/tiada-lagi-amaran-perahu-haram-masuk-sungai-golok-terus-dirampas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Polis #Kelantan #SungaiGolok #PerahuHaram

Thursday Feb 12, 2026

Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukan di dalam tong sampah yang disediakan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hashim Mohd Nor, 37 selaku orang kena saman (OKS) serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767857/berita/semasa/buang-puntung-rokok-merata-polis-bantuan-didenda-rm600-diperintah-jalani-khidmat-masyarakat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Seremban #Saman #BuangPuntungRokok 

'Anak saya bukan pengemis'

Wednesday Feb 11, 2026

Wednesday Feb 11, 2026

“Anak saya bukan pengemis, saya tak tahu dia ikut bapa angkat buat maskot bawa tabung di hadapan sebuah stesen minyak di Cheng."
Itu luahan Nor Hafika Mohd Shamsul, 30, ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tular kerana didakwa mengemis dengan memakai kostum Spiderman pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang datang ke rumahnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767768/edisi/melaka-ns/anak-saya-bukan-pengemis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mengemisjadispiderman

Wednesday Feb 11, 2026

Seorang lelaki yang tular dalam kejadian membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Sabtu lalu, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu warga Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam, Muhamad Saifullah Muhamad Azmi yang mewakili tertuduh, K Kanapathi, 35 tahun berkata, anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu lori, bertindak sedemikian kerana telah diprovokasi oleh mangsa yang menunjukkan jari tengah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767727/berita/semasa/lelaki-baling-kon-di-tol-didenda-rm100-dakwa-diprovokasi-tunjuk-jari-tengah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #BalingKon

Wednesday Feb 11, 2026

"Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan. Dua lagi anak kami masih di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."
Demikian luah Muhammad Asyraf Yatim, 34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24, yang maut bersama anak Mohd Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dalam kejadian pada jam 7 malam Selasa, kereta Perodua Bezza dipandu Nor Balqis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767705/berita/semasa/luluh-hati-saya-isteri-bersama-bayi-pergi-sekelip-mata
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #ibuanakmautkemalangan

Wednesday Feb 11, 2026

Seorang pekerja kilang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank pada awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Tertuduh, Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767693/berita/semasa/amirul-shafiq-didakwa-bunuh-ibu-kandung-berdepan-hukuman-mati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amir

Wednesday Feb 11, 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum persekolahan baharu secara berperingkat bermula tahun hadapan bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal dinamik dan memenuhi keperluan masa hadapan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, fasa pengenalan kurikulum baharu itu melibatkan murid Tahun dan Tingkatan Satu pada 2027 sebelum diperluas kepada Tahun dan Tingkatan Dua pada 2028.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767707/berita/nasional/kpm-perkenal-kurikulum-baharu-persekolahan-tahun-hadapan
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #KPM #kurikulumbaharu

Wednesday Feb 11, 2026

Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767703/berita/nasional/90-peratus-rakyat-guna-budi95-kurang-200-liter-sebulan---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen #BUDI95

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125