Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday May 05, 2025
Monday May 05, 2025
Kenakan tarif 47 peratus: PM tolak dakwaan AS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.
Beliau berkata, pengiraan itu dibuat berdasarkan nisbah mudah defisit dagangan AS dengan Malaysia ketimbang jumlah importnya dari Malaysia pada 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726735/berita/nasional/malaysia-tidak-kenakan-tarif-47-peratus-ke-atas-import-as-purata-hanya-56-peratus
#SinarHarian #BeritaSemasa #TarifAS #PerdanaMenteri #Parlimen

Monday May 05, 2025
Monday May 05, 2025
AS setuju berunding, kemungkinan tarif dikurangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat kemungkinan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) akan dikurangkan berikutan negara tersebut bersetuju untuk berunding lebih lanjut mengenai isu berkenaan.
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa proses tersebut masih berada pada peringkat awal dan sebarang persetujuan masih belum dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726712/berita/nasional/as-setuju-berunding-kemungkinan-tarif-dikurangkan---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #TarifAS #PerdanaMenteri #Parlimen

Monday May 05, 2025
Monday May 05, 2025
Kedudukan ekonomi negara kukuh hadapi impak tarif AS - PM
Kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi Madani juga dilihat dapat membantu negara untuk lebih berdaya tahan serta bersiap siaga mendepani ketidaktentuan ekonomi global.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726708/berita/nasional/kedudukan-ekonomi-negara-kukuh-hadapi-impak-tarif-as---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #TarifAS #PerdanaMenteri #Parlimen

Monday May 05, 2025
Monday May 05, 2025
Dewan Rakyat Rakam takziah pemergian Tun Abdullah
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah dan penghormatan kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah serta yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726722/berita/nasional/dewan-rakyat-rakam-takziah-pemergian-tun-abdullah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #perhormatanPMke5 #TunAbdullahAhmadBadawi

Monday May 05, 2025
Monday May 05, 2025
Edika Yusuf sah ceraikan isteri
Pelakon, Edika Yusof yang meruntun hati peminatnya kerana menjaga isteri yang lumpuh selama 19 tahun, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Selepas prosiding mahkamah merekodkan talak pada jam 10.42 pagi oleh Edika, 58, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid terhadap Nor Hidayah Yusri, 47, di hadapan Hakim Syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726703/berita/semasa/edika-yusuf-sah-ceraikan-isteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #EdikaYusof #mahkamah
Sunday May 04, 2025
Sunday May 04, 2025
Seorang bapa tidak menyangka insiden melanggar lampu isyarat merah yang meragut tiga nyawa di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Seremban Mac lalu kini menimpa anaknya pula, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam pada Sabtu, Muhammad Annas Iskandar Mohd Khairi, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh van dipandu lelaki berusia 44 tahun.
Menurut Rosli Mohd Yusof, 52, kebimbangannya selama ini berhubung insiden di lokasi sama sememangnya berasas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726592/berita/semasa/kalau-tak-puas-hati-kita-akan-lawan---bapa-mangsa-rempuhan-langgar-lampu-isyarat-merah
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Seremban
Saturday May 03, 2025
Saturday May 03, 2025
Rata-rata petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipilih bagi membuat liputan musim haji 1446H/2025M mengakui masih sukar mempercayai bahawa mereka diberi peluang menggalas amanah besar berkenaan sambil menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci, Nur Farhana Abdul Manan.
Muhammad Rastwin Stia, 39, berkata, peluang diterima dianggap sebagai hadiah terindah sejak beliau memeluk Islam 15 tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726369/berita/nasional/macam-mimpi-lihat-kaabah-depan-mata-ndash-petugas-media-th-kongsi-momen-berharga
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #Haji #TabungHaji
Saturday May 03, 2025
Saturday May 03, 2025
Jemaah haji dan rakyat Malaysia diingatkan supaya hanya merujuk kepada media arus perdana dan platform rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan perjalanan haji musim 1446H/2025M, lapor wartawan Sinar Harian Nur Farhana Abdul Manan.
Pengarah Operasi Media TH, Mohamad Naser Jaafar berkata, terlalu banyak maklumat dikongsikan di platform media sosial termasuk info semasa ibadah haji yang boleh mengelirukan jemaah dan rakyat Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726363/berita/nasional/rujuk-sumber-rasmi-berkaitan-info-haji-ndash-th
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JemaahHaji #Haji #TabungHaji #musimHaji
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling milik warga emas, bulan lalu.
Tertuduh Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30 tahun, membuat pengakuan itu atas pertuduhan yang didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #mahkamah
Friday May 02, 2025
Friday May 02, 2025
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Jumaat atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.
Tertuduh, Musizuddin Mohamad, 28, membuat pengakuan tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726250/berita/semasa/mekanik-tidak-mengaku-cabul-anak-asuhan-ibu
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabul #mahkamah


