Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday May 06, 2025

6 tahun jadi tukang urut tanpa permit, warga asing dicekup
Cubaan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) gagal apabila dia diberkas dalam satu operasi di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada malam Isnin, lapor wartawan Sinar Harian Ahmad Ismadi Ismail.
Wanita berusia 42 tahun itu dilaporkan panik dan cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran pihak penguat kuasa JIM dalam serbuan yang dijalankan pada jam 10 malam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726888/berita/semasa/6-tahun-jadi-tukang-urut-tanpa-permit-warga-asing-dibayar-rm100-sehari-dicekup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #JIM

Tuesday May 06, 2025

Keselamatan MALBATT terkawal, langkah kontingensi di Lubnan dipertingkat
Keselamatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang kini bertugas di Lubnan dilaporkan berada dalam keadaan terkawal meskipun ketegangan terus memuncak di rantau berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pihaknya sentiasa mempertingkat kesiapsiagaan dengan melaksanakan langkah-langkah kontingensi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726890/berita/nasional/keselamatan-malbatt-850-12-di-lubnan-terkawal-langkah-kontingensi-dipertingkat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Malbatt #ATM #Lubnan

Tuesday May 06, 2025

Jalan lurus punca pemandu 'sedap' tekan minyak
Bukan dua sebaliknya sudah lebih enam nyawa yang melayang akibat kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height Seremban, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Malah peniaga di premis perniagaan di situ mendakwa kemalangan di persimpangan lampu isyarat terbabit sememangnya sudah kerap berlaku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726744/edisi/melaka-ns/jalan-lurus-punca-pemandu-sedap-tekan-minyak
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seremban #MatahariHeight #KemalanganMaut

Tuesday May 06, 2025

Selepas lima tahun menanti, pelajar cemerlang SPM akhirnya dapat MyKad
Selepas lebih lima tahun menanti, seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di daerah ini akhirnya boleh menarik nafas lega apabila permohonannya mendapatkan kad pengenalan diterima, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Ia sekali gus membuka jalan untuk Nurul Arini Abdullah, 18, menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi selepas berjaya memperoleh 9A (7A+ dan 2A) dalam peperiksaan SPM lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726838/edisi/melaka-ns/pelajar-cemerlang-spm-9a-akhirnya-dapat-kad-pengenalan-selepas-lebih-lima-tahun-menanti
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #MYkad #KadPengenalan #JPN

Monday May 05, 2025

Seorang jemaah haji wanita ditempatkan di wad Pusat Rawatan Madinah berikutan mengalami masalah kesihatan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, bagaimanapun jemaah berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726761/berita/nasional/seorang-jemaah-haji-dirawat-di-pusat-kesihatan-madinah
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #Haji2025 #TH

Monday May 05, 2025

5,256 jemaah haji sudah tiba di Tanah Suci
Seramai 5,256 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci melibatkan 4,419 jemaah di Madinah manakala selebihnya di Makkah, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, seramai 253 jemaah penerbangan KT001 ditempatkan di Hotel Abraj Al Jenadria, penerbangan KT002 di Land Premium (328 jemaah) manakala 256 jemaah daripada penerbangan KT003 ditempatkan di Abraj Al Tayseer.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726757/berita/semasa/5256-jemaah-haji-sudah-tiba-di-tanah-suci
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #Haji2025 #TH

Monday May 05, 2025

Maritim tumpaskan cubaan seludup keluar dadah RM15 juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan membawa keluar cecair kimia mengandungi dadah bernilai hampir RM15 juta di Pengkalan Balak, Alor Gajah pada malam Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian,Nor Farhana Yaacob.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim, Mohd Zawawi Abdullah berkata, rampasan 179 liter cecair kimia itu merupakan kejayaan terbesar dan pertama yang direkodkan Maritim Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726769/berita/semasa/maritim-tumpaskan-cubaan-seludup-keluar-cecair-dadah-rm15-juta 
#SinarHarian #BeritaSemasa #seludupdadah #Maritim

Monday May 05, 2025

Guna perairan Terengganu seludup dadah RM25 juta
Cubaan sindiket antarabangsa menggunakan perairan Terengganu sebagai laluan transit untuk menyeludup dadah bernilai RM25 juta gagal apabila ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Sungai Setiu pada 23 April lalu,lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. 
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, operasi khas itu dijalankan hasil risikan pasukan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Terengganu, JSJN Kelantan dan Pasukan Gerakan Marin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726745/berita/semasa/sindiket-antarabangsa-guna-perairan-terengganu-seludup-dadah-rm25-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #seludupdadah #PDRM #jsjn

Monday May 05, 2025

Walaupun sudah bercerai tidak salah jadi sahabat - Edika
Pelakon, Edika Yusof, 58, berkata, walaupun kini dia dan Nor Hidayah Yusri, 47, sudah bercerai namun dia sedia membantu bekas isterinya itu menjalani rawatan sakit kronik yang ditanggung, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Rumah tangga pasangan berkenaan yang dibina selama 21 tahun berakhir apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan 10.42 pagi Isnin.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #EdikaYusof #mahkamah

Monday May 05, 2025

Kenakan tarif 47 peratus: PM tolak dakwaan AS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia.
Beliau berkata, pengiraan itu dibuat berdasarkan nisbah mudah defisit dagangan AS dengan Malaysia ketimbang jumlah importnya dari Malaysia pada 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726735/berita/nasional/malaysia-tidak-kenakan-tarif-47-peratus-ke-atas-import-as-purata-hanya-56-peratus
#SinarHarian #BeritaSemasa #TarifAS #PerdanaMenteri #Parlimen

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125