Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday May 07, 2025

Pemandu van nafi langgar lampu merah
Pemandu van yang videonya tular melanggar lampu isyarat merah hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, P Mohan, 45 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727114/berita/semasa/pemandu-van-tak-mengaku-langgar-lampu-merah-hingga-sebabkan-kematian-muhammad-annas
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #mahkamah

Wednesday May 07, 2025

Bayi dua bulan parah disyaki didera: Suami isteri direman 
Sepasang suami isteri muda direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen di Melaka pada Rabu kerana disyaki mendera bayi lelaki mereka yang berusia dua bulan hingga parah dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah.
Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun dan merupakan penganggur, ditahan polis pada jam 7.30 malam Selasa lalu sebelum dibawa ke mahkamah pada jam 9.15 pagi Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727106/berita/semasa/bayi-parah-disyaki-didera-suami-isteri-direman-tujuh-hari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #dera #Melaka

Wednesday May 07, 2025

Rasuah RM54,000: Dua pegawai PBT direman
Dua pegawai pihak berkuasa tempatan di negeri ini direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah melibatkan wang berjumlah RM54,000, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Perintah reman itu dikeluarkan Hakim, Juraidah Abbas di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, George Town pada pagi Rabu.
Kedua-dua suspek yang berpakaian lokap dan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.49 pagi untuk mendapatkan perintah reman.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrasuah #mahkamah

Wednesday May 07, 2025

'Wajahnya sangat tenang seperti sedang tidur’
'Sebaik kami buka kain kafan... alhamdulillah, arwah kelihatan sangat tenang seperti orang tidur.'
Demikian luahan Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 55, adik ipar kepada Allahyarham Rennie Abdul Ghani, 57, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, Sabtu lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727090/berita/semasa/wajahnya-sangat-tenang-seperti-sedang-tidur
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rijani #RennieAbdulGhani #jatuhgunung

Tuesday May 06, 2025

'Dalam hati... rupanya dia masih sayang'
Perkahwinan penyanyi terkenal, Nora Ariffin terus menjadi perhatian apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli memilih untuk mempertahankan perkahwinan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Nurezzatul Aqmar Mustaza.
Menerusi prosiding pertama yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa, Dr Rushdi berkata, beliau masih menyayangi isterinya dan tidak mahu sewenang-wenangnya bercerai kerana ia adalah perkara ditegah dalam Islam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726946/berita/hiburan/nora-mahu-dilepaskan-suami-enggan-cerai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NoraAriffin #Cerai #Mahkamah #Syariah

Tuesday May 06, 2025

Ahli perniagaan berdepan hukuman gantung edar, miliki dadah
Seorang ahli perniagaan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah dengan berat lebih sembilan kilogram (kg), bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Pertuduhan terhadap Yean Wei Zhen, 34, dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726924/berita/semasa/ahli-perniagaan-berdepan-hukuman-gantung-edar-miliki-dadah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Johorbahru #EdarDadah

Tuesday May 06, 2025

Warga Singapura didakwa miliki, edar dadah lebih 10kg
Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Selasa atas lima pertuduhan memiliki dan mengedar pelbagai jenis dadah dengan berat lebih 10 kilogram (kg) di Danga Bay, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Pertuduhan terhadap Tan Ban Choon, 47, dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726928/berita/semasa/warga-singapura-didakwa-miliki-edar-dadah-lebih-10kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Dadah #EdarDadah #Singapura

Warga emas didakwa bunuh rakan

Tuesday May 06, 2025

Tuesday May 06, 2025

Warga emas didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian pada 27 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskasndar Othman.
Tertuduh, Yee Fat Seong, 70, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726914/berita/semasa/warga-emas-didakwa-bunuh-rakan
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Butterworth #WargaEmas #BunuhRakan

Tuesday May 06, 2025

'Dikepung 3 kereta, Pamela ‘dilarikan’ sebelum tiba di SPRM'
Seorang pemandu e-hailing mendakwa telah dipaksa menekan butang lengkapkan perjalanan dalam aplikasi sebelum penumpangnya, Pamela Ling Yueh, 42, dibawa keluar secara paksa ketika menghantar wanita itu dari Velocity Tower, Cheras ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.
Individu yang dikenali sebagai Kok, 50-an berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang, apabila Pamela kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan oleh beberapa individu yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726899/berita/semasa/pemandu-e-hailing-dakwa-dikepung-3-kereta-pamela-dilarikan-sebelum-tiba-di-sprm
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #PamelaLingYueh #Pamela #PDRM

Tuesday May 06, 2025

6 tahun jadi tukang urut tanpa permit, warga asing dicekup
Cubaan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) gagal apabila dia diberkas dalam satu operasi di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada malam Isnin, lapor wartawan Sinar Harian Ahmad Ismadi Ismail.
Wanita berusia 42 tahun itu dilaporkan panik dan cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran pihak penguat kuasa JIM dalam serbuan yang dijalankan pada jam 10 malam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726888/berita/semasa/6-tahun-jadi-tukang-urut-tanpa-permit-warga-asing-dibayar-rm100-sehari-dicekup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #JIM

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125