Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday May 08, 2025

Kehidupan melarat dan serba kekurangan yang dilalui sesetengah keluarga miskin tegar sehingga terpaksa menumpang di stor, mencetuskan idea untuk menyediakan rumah asnaf secara percuma, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Pengerusi Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU), Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata, kesedaran terhadap tanggungjawab sosial tercetus setelah menyaksikan sendiri kedaifan yang dialami, lantas membawa kepada inisiatif pembinaan rumah asnaf di Daerah Kuala Muda, Kedah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726932/edisi/utara/hidup-melarat-tumpang-stor-cetus-idea-ustaz-wadi-bina-rumah-asnaf
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #UstazWadi #rumahasnaf #bantuan #PKU

Thursday May 08, 2025

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Khamis, atas empat pertuduhan melakukan rompakan terhadap empat wanita pada Februari dan April lalu.
Tertuduh, Ahmad Reezqan Jaliludin, 31,  membuat pengakuan demikian terhadap kesalahan di bawah  Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727315/berita/semasa/lelaki-menyamar-penghantar-makanan-nafi-rompak-empat-wanita
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrompakan #mahkamah

Thursday May 08, 2025

Akta 723 terpakai tanpa mengira darjat - Armizan
Penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) (AKHAP) tidak tertakluk kepada sebarang pengecualian.
Sebaliknya tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali, banyak sektor perniagaan yang sedia ada tertakluk kepada akta tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727284/berita/nasional/akta-723-terpakai-untuk-semua-tanpa-mengira-darjat---armizan 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Akta723 #Doktor #Ubat 

Wednesday May 07, 2025

PM arah Menteri Kesihatan teliti isu penggunaan Akta 723 - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan oleh pengamal perubatan swasta (GP) berhubung pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan perdana menteri telah mendapatkan penjelasan daripada Dzulkefly.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727197/berita/nasional/pm-arah-menteri-kesihatan-teliti-isu-penggunaan-akta-723-terhadap-gp---fahmi
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akta723 #FahmiFadzil

Wednesday May 07, 2025

Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat awam, pelajar sekolah sekitar dibenar WFH, PdPR
Penjawat awam yang bekerja di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar pada akhir bulan ini, dibenarkan bekerja dari rumah (WFH).
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sejumlah sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN turut dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangkemuncakASEAN #FahmiFadzil

Wednesday May 07, 2025

Lebih 14,000 komponen haram samseng jalanan dilupus
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah bertindak tegas dalam membanteras kegiatan samseng jalanan dan ubah suai motosikal secara haram dengan merampas serta melupuskan lebih 14,000 komponen motosikal yang tidak mengikut spesifikasi, lapor wartawan Sinar Harian Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah, Superintenden Abdel Nasser S Salleh berkata, pelupusan komponen motosikal ini melibatkan ekzos, swing arm, enjin, karburetor, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain yang didapati telah diubah suai secara tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727128/berita/semasa/polis-kedah-lupus-lebih-14000-komponen-haram-gempur-samseng-jalanan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #LupusBarang #SamsengJalanan

Wednesday May 07, 2025

PATI patah kaki terjun saliran elak ditangkap
Tindakan nekad seorang lelaki warga Bangladesh terjun ke dalam saliran air untuk melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor memakan diri apabila dia patah kaki dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Taman Suria. pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dikesan terjun ke dalam saliran sedalam 4.57 meter di kawasan belakang tapak pembinaan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727140/berita/semasa/pati-patah-kaki-terjun-saliran-elak-ditangkap
#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #PATI #JohorBahru

Wednesday May 07, 2025

Dua lelaki didakwa edar dadah hampir 600kg
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Rabu atas lima pertuduhan mengedar hampir 600 kilogram dadah jenis methamphetamine dan heroin di daerah Setiu pada April lalu, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Nik Khairil Shahruzie Nik Rozlan, 32, dan Muhamad Reduan Meor Hussin, 38, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727122/berita/semasa/dua-lelaki-didakwa-edar-dadah-hampir-600kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #edarDadah

Wednesday May 07, 2025

Warga Thailand didakwa liwat pelajar
Seorang warga Thailand yang bekerja di sebuah rumah ibadat didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Rabu atas tuduhan meliwat pelajar berusia 13 tahun.
Tertuduh yang juga guru agama di Bukit Rambai, Malkan Maha,28, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727146/berita/semasa/warga-thailand-didakwa-liwat-pelajar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Wednesday May 07, 2025

Tujuh lelaki didakwa miliki LPG secara haram
Enam lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan dituduh di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 17,232 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) secara haram, hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagaimanapun, hanya tertuduh warga tempatan, Chong Ming Fei, 28, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tiada pengakuan diambil daripada enam warga Myanmar, Min Min, Thar Tun, Thein Than Oo, Aung Min Tun, Kyaw Thu Ya dan Myo Thu Htet di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad berikutan mereka tidak memahami bahasa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727134/berita/semasa/tujuh-lelaki-didakwa-miliki-lpg-secara-haram
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #LPGHaram

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125