Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday May 08, 2025

Pengurus Khidmat Luar Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor yang berkhidmat sejak 40 tahun berkhidmat di TH menceritakan pengalaman menguruskan jenazah sejak mula bertugas sebagai petugas haji pada tahun 1985.
Beliau yang sukakan cabaran menyatakan dirinya nekad belajar cara urus jenazah kerana ingin melihat prosesnya dari awal sampai akhir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727247/berita/nasional/berkat-doa-jemaah-30-kali-terlibat-operasi-haji-tanah-suci 
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #Haji2025 #TH

Thursday May 08, 2025

“Ini semua berkat doa jemaah haji.”
Demikian kata, Pengurus Khidmat Luar Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor yang telah 30 kali terlibat operasi haji di Tanah Suci sejak 40 tahun berkhidmat di TH, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menurutnya, setiap kali jemaah hendak berangkat pulang ke Malaysia, petugas TH akan naik bas bertemu mereka untuk mengucapkan terima kasih.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727247/berita/nasional/berkat-doa-jemaah-30-kali-terlibat-operasi-haji-tanah-suci 
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #Haji2025 #TH

Thursday May 08, 2025

Sebanyak 40,000 tiket feri perjalanan dua hala dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi telah terjual sepanjang lima hari berlangsungnya Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA '25) setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata, pihaknya telah menambah 100 trip feri sepanjang tempoh 20 hingga 25 Mei ini bagi memenuhi permintaan penumpang yang meningkat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727363/edisi/utara/lima25-40000-tiket-feri-terjual-trip-ditambah-tampung-permintaan-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lima #Feri #Langkawi

Thursday May 08, 2025

Lima bulan tak terima gaji, 55 pekerja asing diselamatkan
Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing sebelum diselamatkan dalam Op Pintas Mega Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, di Batu Gajah pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.
Operasi yang dijalankan oleh sepasukan 96 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu turut menyelamatkan enam pekerja tempatan termasuk tiga wanita.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727368/55-pekerja-asing-buruh-paksa-diselamatkan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen #buruhpaksa #JTK

Thursday May 08, 2025

Sultan Pahang zahir rasa terkejut, 10,521 hektar hutan Raub diceroboh
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut 26,000 ekar (10,521 hektar) tanah kerajaan yang diteroka secara haram bagi aktiviti penanaman durian di daerah Raub, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mencemar duli, diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, meninjau kawasan penguatkuasaan melibatkan penebangan pokok durian ‘Musang King’ di Hutan Simpan Sungai Klau, Raub pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727360/berita/nasional/sultan-pahang-tinjau-hutan-raub-yang-diceroboh
#SinarHarian #BeritaSemasa #Raub #SultanPahang #Hutan #MusangKing

Thursday May 08, 2025

UMNO sentiasa bersedia hadapi PRN Johor – Khaled Nordin
UMNO sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jangkaan seperti itu bukan perkara baharu dan parti-parti politik lazimnya membuat andaian berdasarkan situasi semasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727319/berita/politik/umno-sentiasa-bersedia-hadapi-prn-johor-ndash-khaled-nordin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PRNJohor #Politik

Thursday May 08, 2025

Pelakon dan pelawak, Along Cham kesal dengan tindakan isteri, Afreena Suhaimi didakwa cuba berbohong hingga menyebabkan proses perceraian ditangguhkan ke tarikh baharu.
Memperincikan perkara itu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya berbohong dengan tidak mengaku wujudnya lafaz rujuk antara mereka sedangkan perkara itu memang berlaku.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727355/berita/semasa/along-cham-mengaku-ada-lafaz-cerai-kali-kedua-terhadap-isteri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Hiburan #AlongCham #Afreena #cerai

Thursday May 08, 2025

Belum ada keputusan muktamad berhubung kerjasama dan agihan kerusi melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menegaskan bahawa kerajaan yang dipimpinnya kini merupakan kerjasama antara GRS dan Pakatan Harapan (PH).
https://www.sinarharian.com.my/article/727327/berita/politik/prn-sabah-agihan-kerusi-grs-belum-dimuktamadkan---hajiji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #GRS #politik

Thursday May 08, 2025

Pengerusi Masjid Al-Busyra sedia disiasat SPRM 
Pengerusi Masjid Al-Busyra menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa beliau mengambil sebahagian komisen dalam projek pembangunan, termasuk hotel yang dibina di kawasan masjid seperti didakwa di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. 
Mohd Firdaus Mat Akhir, yang juga merupakan imam masjid dan dikaitkan dengan kontroversi penyelewengan kutipan infak, bagaimanapun menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terbukti bersalah. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727221/edisi/utara/pengerusi-masjid-al-busyra-sedia-disiasat-sprm 
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #kontroversibenyelewengankutipaninfak

Thursday May 08, 2025

Kes simbah asid Faisal Halim diklasifikasi NFA - Peguam
Peguam yang mewakili pemain sayap kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim, mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung kes serangan simbahan asid terhadap anak guam mereka pada Mei 2024, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Jurucakap Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co, Nik Zarith Nik Moustpha dan Mohd Haijan Omar memaklumkan mereka telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara yang menyatakan kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727310/berita/semasa/peguam-kecewa-kes-serangan-asid-faisal-halim-nfa-desak-teruskan-siasatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim #SimbahAsid #NFA #AG

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125