Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday May 10, 2025
Saturday May 10, 2025
Jika tanaman durian mampu menjana pendapatan lumayan, begitu jugalah perkhidmatan sebagai 'jurunikah' raja buah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Permintaan tinggi daripada pekebun yang mahu 'mengahwinkan' pokok durian telah membuka peluang rezeki baharu kepada mereka yang mahir dalam bidang terbabit.
Pengerusi Persatuan Penanam Durian Negeri Sembilan, Datuk Zain Maarof berkata, bagi setiap pokok saiz sederhana yang mahu dikawenkan, biasanya dikenakan caj antara RM30 hingga RM50, manakala untuk pokok dewasa boleh mencecah RM300.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727496/edisi/melaka-ns/jurunikah-durian-jana-pendapatan-lumayan
#SinarHarian #BeritaSemasa #pokokdurian
Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat bulan ini bukan sahaja dirasai kehangatannya oleh ahli-ahli parti malah turut menarik perhatian seluruh negara rentetan drama-drama yang muncul dalam tempoh itu.
Kemunculan Nurul Izzah yang dikatakan akan muncul sebagai pencabar baru jawatan Timbalan Presiden bersama-sama Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail menambah lagi kerancakan persaingan dalam parti itu.
Dengarkan ulasan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Interviu di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1005884225068166Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=KKAMWSU1akQX: https://x.com/SinarOnline/status/1920818251136721107Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/727617/video/interviu/interviu-biduk-lalu-kiambang-bertaut
#Interviu #SinarHarian #PRK2025 #NikNazmi #PKR #PartiKeadilanRakyat #NurulIzzah #RafiziRamli #SaifuddinNasutionIsmail

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Laluan kereta api kargo dari Kempas Baru ke Pasir Gudang yang sebelum ini digunakan khusus untuk perkhidmatan barang kini dibuka semula dengan perancangan baharu iaitu bagi membawa penumpang, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah strategik ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di selatan tanah air, khususnya di kawasan yang pesat membangun seperti Pasir Gudang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727529/edisi/johor/tren-penumpang-laluan-pasir-gudang-kempas-baru-akan-diperkenal
#SinarHarian #BeritaSemasa #PasirGudang #Keretaapikargo

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Tujuh warga Filipina termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Johari Camal, 38; Peter Camal, 45; Ajid Hasan, 43; Aisa Hamjalin Katang, 40; dan Rasid Olek, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret berasingan, Nurul Saqinah Rosli dan Saiful Sayoti.
Bagaimanapun, Alvin Faisal, 31, dan Alsaida Hassan, 28, yang merupakan suami isteri, mengaku tidak bersalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727507/berita/semasa/tujuh-warga-filipina-didakwa-guna-ic-palsu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ICpalsu #Filipina #mahkamah

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Tindakan seorang penuntut universiti swasta dari Bangladesh menggesel seorang wanita warga Amerika di Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Rahman Md Moshiur, 28, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret S Mageswary.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727535/berita/semasa/penuntut-bangladesh-didenda-rm5000-gesel-wanita-amerika-di-lrt
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PenuntutBangldesh #GeselWanita

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Dua bekas pekerja kilang pembungkusan makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan melakukan pecah amanah barangan mentah sehingga syarikat itu mengalami kerugian mencecah RM2.97 juta, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Bekas Pengurus Besar Pengeluaran, Syarikat Contipak Noron Sdn Bhd, Koh Kian Hwee, 57, dan bekas pembantu pengurus pengeluarannya, Kua Hsean Soon, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727518/berita/semasa/dua-bekas-pekerja-kilang-didakwa-pecah-amanah-rm297-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesPecahAmanah

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Di sebalik kelancaran perjalanan ribuan jemaah haji Malaysia dari Madinah ke Makkah, terdapat satu pasukan yang turut menjadi tulang belakang berfungsi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah sepanjang perjalanan jarak jauh itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, peranan pasukan Pusat Panggilan Kecemasan Lebuh Raya (PPKL) itu penting bagi memastikan tiada jemaah yang tertinggal atau menghadapi sebarang kesulitan dalam perjalanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727465/berita/nasional/saya-anggap-semua-jemaah-haji-macam-ibu-dan-ayah-sendiri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #JemaahHaji #TH

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727485/berita/politik/bn-ph-sepakat-kerjasama-hadapi-prn-sabah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #BN #PH
Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Selain rundingan diketuai Tengku Zafrul Aziz, Sidang Khas Dewan Rakyat pada Isnin merupakan respon kerajaan berdepan isu tarif 24 peratus Amerika Syarikat terhadap Malaysia.
Berdepan ketidaktentuan, kuasa besar yang kian kehilangan ‘taring’, pertimbangan lebih berat daripada soal tarif harus difikirkan, betapa mungkin inilah masanya melaras semula aturan demi mengelak bencana ekonomi.
Saksikan kupasannya dalam Interviu secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1703129457308347Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=W_FY3ZjXlbgX: https://x.com/SinarOnline/status/1920456394479636945Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/727425/video/interviu/interviu-perang-tarif-dan-ketidaktentuan-apa-strategi-kitanbsp
#Interviu #SinarHarian #PerangTarif #EkonomiGlobal #DonaldTrump #AmerikaSyarikat #SidangKhasDewanRakyat

Friday May 09, 2025
Friday May 09, 2025
Bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki menjadi mangsa dera kedua ibu bapanya terus menunjukkan perkembangan positif dan dijangka dipindahkan ke wad biasa pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, keadaan kesihatan bayi yang semakin baik itu sekali gus menepis dakwaan berita palsu bahawa bayi comel berkenaan telah meninggal dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727497/berita/semasa/bayi-mangsa-dera-masih-hidup---polis-melaka
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dera #melaka


