Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday May 12, 2025

Nurul Izzah mampu lonjak kerusi PKR pada PRU16 - Ramanan
Sokongan penuh perlu diberikan kepada Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya parti itu mahu mencatatkan peningkatan jumlah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata, Nurul Izzah telah membuktikan keupayaan dan prestasinya ketika memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR pada PRU14, yang menyaksikan kejayaan parti memenangi hampir 50 kerusi Parlimen, jumlah tertinggi dalam sejarah PKR.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728034/berita/politik/sokong-nurul-izzah-demi-lonjakan-kerusi-pkr-pada-pru-akan-datang---ramanan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PemilihanPKR #PKR #Politik #NurulIzzah

Monday May 12, 2025

Tablet bantu pasukan kesihatan TH akses maklumat kesihatan jemaah haji
Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH) kini beroperasi lebih efisien dengan penggunaan tablet yang membolehkan pasukan itu mengakses terus maklumat kesihatan jemaah secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Kemudahan itu membolehkan petugas melihat rekod saringan kesihatan, senarai ubat yang diambil dan status kesihatan jemaah haji sama ada kategori hijau, kuning atau merah sekali gus memudahkan pemantauan serta rawatan awal dilakukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727792/berita/nasional/tablet-bantu-pasukan-kesihatan-th-akses-maklumat-kesihatan-jemaah-haji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji #jemaahHaji #TabungHaji

Monday May 12, 2025

Pelaksanaan peraturan ketat oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap kemasukan individu tanpa visa haji sah memberi impak positif terhadap perjalanan ibadah jemaah haji Malaysia dan antarabangsa pada musim ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, pendekatan tegas kerajaan Arab Saudi itu bukan sahaja memastikan kelancaran ibadah, malah menjamin keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji dari seluruh dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728004/berita/nasional/peraturan-ketat-visa-haji-tingkatkan-keselesaan-keselamatan-jemaah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji #jemaahHaji #TabungHaji #visahaji

Monday May 12, 2025

Sakit kulit antara kes tertinggi direkod, jemaah dinasihatkan jangan kerap mandi
Sakit kulit menjadi antara lima penyakit tertinggi direkod dalam kalangan jemaah haji Malaysia yang mendapatkan rawatan di Tanah Suci setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, faktor cuaca panas dan kering selain kekerapan mandi menjadi antara punca utama penyakit berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728006/berita/nasional/sakit-kulit-antara-kes-tertinggi-direkod-jemaah-dinasihatkan-jangan-kerap-mandi
 Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji #jemaahHaji #TabungHaji

Monday May 12, 2025

Perdana Menteri mengarahkan supaya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Akhbar Kanan beliau, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, ia khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727971/berita/nasional/pm-arah-lima-25-beri-penekanan-kepada-syarikat-tempatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #PMO #LIMA 

Monday May 12, 2025

PKR kini dalam fasa ujian kuasa - Rafizi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berada dalam fasa ujian kuasa selepas berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ketika ini ramai yang berpusu-pusu menyertai PKR untuk mengejar jawatan dan kuasa, sehingga wujud gerakan yang cuba menjatuhkan ‘orang lama’ yang telah lama berjuang bersama parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727923/berita/politik/pkr-kini-dalam-fasa-ujian-kuasa---rafizi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #Rafizi

Sunday May 11, 2025

'Kompaun RM10,000 tidak berasas'
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan tawaran kompaun berjumlah RM10,000 terhadapnya berhubung hantaran di media sosial berkaitan isu Menara Kuala Lumpur 31 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Menurut Shafiq, beliau terkejut apabila menerima notis tersebut dan mendakwa kenyataan media MCMC yang dikeluarkan dua hari selepas itu berbeza daripada butiran yang terkandung dalam surat kompaun yang diterimanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727859/'Kompaun-RM10,000-tidak-berasas'
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #kompaun

Sunday May 11, 2025

'Ahli UMNO perlu berhenti tanam syak wasangka'
Ahli UMNO perlu berhenti menanam syak wasangka dan bangkit memperteguhkan kepercayaan terhadap setiap keputusan yang dilaksanakan oleh pimpinan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu yakin segala keputusan besar diambil bukan berdiri atas satu bahu tetapi lahir daripada musyawarah kolektif kepimpinan yang memikirkan untung nasib parti berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727849/berita/politik/ahli-umno-perlu-berhenti-tanam-syak-wasangka---ahmad-zahid
#SinarHarian #BeritaSemasa #hariumnoke79 #umno #konjvokesyenUmno

Saturday May 10, 2025

Kemunculan buaya di kawasan berpaya berhampiran Sungai Batu Pahat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan penternak di Kampung Parit Gantong , Batu Pahat apabila tiga reptilia itu ditangkap dalam tempoh seminggu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Kehadiran haiwan berkenaan menimbulkan ancaman selepas berlaku serangan terhadap ternakan penduduk serta penemuan sarang dan telur buaya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727713/edisi/johor/penduduk-kampung-parit-gantong-bimbang-ancaman-sang-bedal
#SinarHarian #BeritaSemasa #BatuPahat #SangBedal

Saturday May 10, 2025

Jika tanaman durian mampu menjana pendapatan lumayan, begitu jugalah perkhidmatan sebagai 'jurunikah' raja buah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Permintaan tinggi daripada pekebun yang mahu 'mengahwinkan' pokok durian telah membuka peluang rezeki baharu kepada mereka yang mahir dalam bidang terbabit. 
Pengerusi Persatuan Penanam Durian Negeri Sembilan, Datuk Zain Maarof berkata, bagi setiap pokok saiz sederhana yang mahu dikawenkan, biasanya dikenakan caj antara RM30 hingga  RM50, manakala untuk pokok dewasa boleh mencecah RM300.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727496/edisi/melaka-ns/jurunikah-durian-jana-pendapatan-lumayan
#SinarHarian #BeritaSemasa  #pokokdurian

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125