Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday May 13, 2025

Ibu nafi dera bayi 2 bulaSepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, pada Selasa, atas tuduhan melakukan penderaan terhadap bayi mereka berusia dua bulan pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh Nur Khairunnisa Jusni dan suaminya, Muhamad Nor Azim Abdullah masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesderabayi #mahkamah

Tuesday May 13, 2025

Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami demam panas dan dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam sehingga diserang sawan seperti yang tular pada Isnin, memaklumkan bahawa mereka telah memaafkan pihak Hospital Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ibunya, Siti Aishah Rahim, 27, berkata, tindakannya berkongsi kejadian menimpa anaknya bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728085/berita/semasa/ibu-bapa-kanak-kanak-diserang-sawan-maafkan-hospital-melaka
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskanakkanaksawan #Melaka

Tuesday May 13, 2025

Belum reda isu pengerusi masjid difitnah menyeleweng, timbul pula satu lagi isu membabitkan seorang lagi pengerusi masjid di Yan yang didakwa diugut santau jika tidak melepaskan jawatan, lapor wartawan sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Muhamad Nasir Ahmad, yang merupakan imam dan Pengerusi Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka, mendakwa telah menerima ugutan santau dan dituduh membazir wang masjid menerusi sepucuk surat layang yang ditinggalkan dalam raga motosikalnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727874/edisi/utara/imam-muda-diugut-santau-dituduh-bazir-wang-masjid
#SinarHarian #BeritaSemasa #diugutsantau #imammuda #Yan

Tuesday May 13, 2025

Calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya memberi tumpuan kepada pembentangan visi dan hala tuju parti semasa berkempen, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian sesama anggota, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai parti pemerintah yang menerajui Kerajaan Perpaduan, ahli serta pemimpin parti perlu menampilkan kematangan dalam berkempen dengan menekankan perancangan masa depan parti dan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728083/berita/politik/pemilihan-pkr-amirudin-ingatkan-kemuka-visi-bukan-perkataan-jelik
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #PemilihanPKR

Monday May 12, 2025

Pengorbanan membesarkan tujuh orang anak akhirnya dibalas dengan penuh makna apabila pasangan warga emas, Sulong Othman, 76, dan Timah Wahab, 74, dari Kuala Rompin, Pahang terpilih menunaikan ibadah haji musim ini hasil inisiatif serta usaha anak-anak mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Menurut Sulong, beliau tidak pernah menyangka akan diberi peluang untuk menunaikan haji selepas sekian lama hidup sederhana sebagai petani di kampung.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728044/edisi/selangor-kl/anak-menantu-kumpul-duit-hadiahkan-peluang-haji
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sepang #Haji #Haji2025

Monday May 12, 2025

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli awal pagi semalam, dan video tular yang mendakwa ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukanlah video gajah yang sama.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, setakat ini ibu gajah tersebut kembali ke hutan dan dipercayai telah menyertai semula kumpulannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728026/berita/semasa/bangkai-anak-gajah-telah-ditanam-di-lokasi-rahsia
#SinarHarian #BeritaSemasa #Ipoh #BangkaiGajah

Monday May 12, 2025

12,030 jemaah Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 12,030 jemaah haji Malaysia daripada jumlah keseluruhan 31,600 yang mendapat kuota rasmi negara bagi musim haji 1446 Hijrah telah selamat tiba di Madinah menerusi 40 kumpulan penerbangan (KT) setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Tabung Haji (TH), Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, baki 19,570 jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci secara berperingkat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728018/berita/nasional/12030-jemaah-malaysia-selamat-tiba-di-madinah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Haji

Monday May 12, 2025

'Kenapa tinggal ibu... ibu sayang Aqil'
“Kenapa tinggal ibu... ibu sayang Aqil.” 
Demikian rintihan pilu seorang ibu, Nuramalina Ibrahim, 37, selepas jasad anak bongsunya, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, 12, ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah mereka di Felda Teloi Kanan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Mangsa dikatakan mandi bersama lapan rakan di sungai tersebut pada Ahad sebelum ditemukan dalam keadaan telangkup di permukaan air, kira-kira 700 meter dari lokasi terakhir dia dilihat, sekitar jam 1.31 petang Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728041/berita/semasa/kenapa-tinggal-ibu-ibu-sayang-aqil
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Aqil

Monday May 12, 2025

Nurul Izzah mampu lonjak kerusi PKR pada PRU16 - Ramanan
Sokongan penuh perlu diberikan kepada Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya parti itu mahu mencatatkan peningkatan jumlah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata, Nurul Izzah telah membuktikan keupayaan dan prestasinya ketika memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR pada PRU14, yang menyaksikan kejayaan parti memenangi hampir 50 kerusi Parlimen, jumlah tertinggi dalam sejarah PKR.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728034/berita/politik/sokong-nurul-izzah-demi-lonjakan-kerusi-pkr-pada-pru-akan-datang---ramanan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PemilihanPKR #PKR #Politik #NurulIzzah

Monday May 12, 2025

Tablet bantu pasukan kesihatan TH akses maklumat kesihatan jemaah haji
Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH) kini beroperasi lebih efisien dengan penggunaan tablet yang membolehkan pasukan itu mengakses terus maklumat kesihatan jemaah secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Kemudahan itu membolehkan petugas melihat rekod saringan kesihatan, senarai ubat yang diambil dan status kesihatan jemaah haji sama ada kategori hijau, kuning atau merah sekali gus memudahkan pemantauan serta rawatan awal dilakukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727792/berita/nasional/tablet-bantu-pasukan-kesihatan-th-akses-maklumat-kesihatan-jemaah-haji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji #jemaahHaji #TabungHaji

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125