Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Nahas menyayat hati yang mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak perlu menjadi amaran serius kepada kerajaan untuk segera menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan pergerakan kenderaan jabatan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat menegaskan, sudah tiba masanya semua agensi kerajaan melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap SOP terbabit khususnya melibatkan pergerakan anggota menggunakan kenderaan jabatan yang berisiko tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728377/berita/semasa/nahas-fru-cuepacs-gesa-nilai-semula-sop-keselamatan-kenderaan-jabatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Cuepacs #NahasFRU #SOP

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728335/berita/semasa/ramasamy-mengaku-tidak-bersalah-17-pertuduhan-pecah-amanah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kespecahamanah #mahkamah #Butterworth

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Cabul pelajar: Tentera direman 7 hari
Seorang sarjan tentera direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada Rabu kerana didakwa mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama penuh, minggu lalu.
Perintah reman terhadap tentera berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula Rabu hingga sehingga Selasa ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728360/berita/semasa/anggota-tentera-direman-cabul-pelajar-tingkatan-satu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #cabul

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
‘Doa dapat jodoh, rakan terima saya seadanya...’
“Di Arafah nanti saya nak doa supaya rakan-rakan di tanah air terima saya seadanya, dikurniakan jodoh dan kesihatan yang baik, selain menerima pekerjaan tetap.”
Itu luahan Aminuddin Hassan, 36, bekas pesakit kanser mata yang merupakan antara 31,600 jemaah Malaysia terpilih mengerjakan haji bagi musim 1446H/2025M, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728316/berita/nasional/doa-dapat-jodoh-rakan-terima-saya-seadanya
#SinarHarian #BeritaSemasa #tabunghaji #jemaahhaji
Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Hasrat seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk pulang bertemu keluarga di Lunas, Kedah tidak kesampaian apabila dia antara sembilan anggota yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan FRU dan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Mangsa, Konstabel Ahmad Wafi Annuar, 28, anggota FRU Unit 5, disahkan terkorban dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.50 pagi itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728245/berita/semasa/nahas-fru-hajat-ahmad-wafi-bertemu-keluarga-tak-kesampaian
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #Kemalanganmaut

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
'Tiada lagi panggilan video daripada Abang Long'
"Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah, mak cik akan rindu suara dan kenangan bersamanya,"
Itu luahan Ruzita Razali, 59, ibu kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Koperal Muhamad Akmal Muhamad yang maut dalam tragedi kemalangan di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berhampiran Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728337/berita/semasa/tiada-lagi-suara-abang-long-yang-selalu-tanya-khabar-umi-dan-ayah---ibu-koperal-akmal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #Kemalanganmaut #telukintan
Tuesday May 13, 2025
Tuesday May 13, 2025
Disifatkan sesetengah orang sebagai pemilihan yang bising, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering sahaja menimbulkan drama-drama baru setiap kali menjalankan pemilihan parti mereka.
Tahun ini tidak terkecuali apabila persaingan merebut jawatan penting parti itu menarik perhatian ramai.
Dapatkan wawancara penuh Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil dalam Interviu di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/617854441301151Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=X: https://x.com/SinarOnline/status/1922267638379462676Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/728265/video/interviu/interviu-pemilihan-yang-bising
#SinarHarian #Interviu #PKR #PemilihanPKR2025 #RafiziRamli #NurulIzzah #AnwarIbrahim #PMX #FahmiFadzil #MalaysiaMadani

Tuesday May 13, 2025
Tuesday May 13, 2025
Belum pun hilang rasa sedih kehilangan cucu, kini anak pula menyusul pergi.
Itulah yang dirasai oleh Pandak Rompan, 71, bapa kepada salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam pagi tadi, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Sementara itu, adik kepada mangsa lain, S Ahrentheren, 41, turut berkongsi detik terakhir bersama abangnya, S. Perumal, 44, sebelum kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728208/berita/semasa/belum-reda-kehilangan-cucu-anak-pula-pergi-ndash-bapa-anggota-fru-maut
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #Kemalanganmaut #telukintan

Tuesday May 13, 2025
Tuesday May 13, 2025
Pemandu lori muatan batu yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus -Sungai Lampam di Teluk Intan pada Selasa mempunyai enam rekod kesalahan lampau.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728202/berita/semasa/nahas-fru-pemandu-lori-batu-ada-enam-rekod-kesalahan-lampau
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #Kemalanganmaut #telukintan

Tuesday May 13, 2025
Tuesday May 13, 2025
Ibu nafi dera bayi 2 bulaSepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, pada Selasa, atas tuduhan melakukan penderaan terhadap bayi mereka berusia dua bulan pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh Nur Khairunnisa Jusni dan suaminya, Muhamad Nor Azim Abdullah masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesderabayi #mahkamah


