Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Lembu seludup dari Thailand berisiko bawa maut - Polis Kelantan
Polis Kelantan mendedahkan bahawa lembu yang diseludup masuk dari Thailand melalui laluan tidak sah berisiko mengancam nyawa pengguna kerana berkemungkinan membawa jangkitan anthrax, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Peringatan itu susulan satu kes kematian dilaporkan di Thailand pada 1 Mei lalu akibat jangkitan anthrax, iaitu penyakit bawaan bakteria Bacillus anthracis yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia, sebagaimana dimaklumkan oleh Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) negara jiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728548/berita/semasa/lembu-seludup-dari-thailand-bawa-maut---polis-kelantan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PDRM #seluduplembu #rayaKorban #Lembu #anthrax

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar enggan melayan polemik berhubung isu debat antara beliau dan penyandang jawatan tersebut, Rafizi Ramli, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha menyantuni perwakilan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Nurul Izzah menjelaskan bahawa keutamaan beliau kini adalah menjalin hubungan erat dengan pelbagai peringkat dalam parti, khususnya golongan wanita dan anak muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728491/berita/politik/fokus-sentuhan-rakyat-bukan-debat---nurul-izzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Debat #NurulIzzah #rafizi #PemilihanPKR

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pencabarnya, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu kempen pemilihan parti tersebut.
Menurutnya, penganjuran debat itu wajar diserahkan kepada pihak berkecuali, lazimnya pihak media untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728497/berita/politik/rafizi-sedia-berdebat-dengan-nurul-izzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Temerloh #RafiziRamli #Debat #NurulIzzah

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Formula PH-BN bawa kestabilan, harap diterjemah di Sabah – PBRS
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan menyifatkannya sebagai langkah penting bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti membawa kestabilan di peringkat nasional diharapkan dapat diterjemahkan di peringkat Sabah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728472/berita/politik/formula-kerajaan-perpaduan-bawa-kestabilan-harap-diterjemahkan-di-sabah-ndash-pbrs
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PBRS #PRNSabah #politik
Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas di Teluk Intan sehingga meragut nyawa sembilan anggotanya disahkan mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun sudah lama digunakan sejak tahun 1997 namun masih dalam keadaan baik dan layak digunakan di jalan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728425/berita/semasa/trak-fru-terbabit-nahas-ada-rekod-selenggara-baik-walau-sudah-lama-digunakan---saifuddin
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #TrakFRU

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Pasukan petugas khas diberi masa sebulan bentang laporan siasatan
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan untuk membentangkan laporan hasil siasatan insiden kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota pasukan itu dalam kejadian di Teluk Intan, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi Rabu, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #pasukanpetugaskhas
Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan pasukan kaunselor khas bagi membantu keluarga anggota nahas membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, khidmat kaunseling itu penting bagi memastikan waris yang terkesan dapat melalui detik sukar dengan baik selepas kehilangan orang tersayang secara mengejut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728421/berita/semasa/nahas-fru-kdn-sedia-pasukan-kaunselor-bantu-waris
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #kaunselor #waris

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Lima sekawan nafi cederakan pelajar Tingkatan Lima
Lima sekawan termasuk dua remaja lelaki bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun seperti yang tular pada 9 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728385/berita/semasa/lima-sekawan-tak-mengaku-cederakan-pelajar-tingkatan-lima
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbuli #mahkamah #Seremban

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Nahas menyayat hati yang mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak perlu menjadi amaran serius kepada kerajaan untuk segera menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan pergerakan kenderaan jabatan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat menegaskan, sudah tiba masanya semua agensi kerajaan melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap SOP terbabit khususnya melibatkan pergerakan anggota menggunakan kenderaan jabatan yang berisiko tinggi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728377/berita/semasa/nahas-fru-cuepacs-gesa-nilai-semula-sop-keselamatan-kenderaan-jabatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Cuepacs #NahasFRU #SOP

Wednesday May 14, 2025
Wednesday May 14, 2025
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728335/berita/semasa/ramasamy-mengaku-tidak-bersalah-17-pertuduhan-pecah-amanah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kespecahamanah #mahkamah #Butterworth


