Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday May 16, 2025
Friday May 16, 2025
Lebih 800 pek makanan diagihkan kepada jemaah haji di bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah, Makkah pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengarah Operasi Media, Mohamad Naser Jaafar berkata, sumbangan berkenaan hasil kutipan daripada petugas media haji bagi musim 1446H/2025M.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #sabilsarapanpagi #Makkah #Haji2025

Friday May 16, 2025
Friday May 16, 2025
"Cikgu... Sebut sahaja perkataan itu semua akan menoleh serentak kerana gelaran tersebut sudah sebati dalam keluarga besar kami".
Demikian perkongsian penuh makna seorang pesara guru, Ab Aziz Ab Rahman, 73, dari Selising, Pasir Puteh yang mendedahkan keunikan keluarganya apabila seramai 16 ahli keluarga mereka merupakan warga pendidik, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Bermula dengan Ab Aziz sendiri sebagai abang sulung yang mendirikan rumah tangga bersama seorang guru, Azizah Ismail, 71, dua daripada enam anaknya termasuk seorang menantu perempuan turut mengikut jejak langkah menjadi guru.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Guru #satukeluargaguru #Hariguru
Friday May 16, 2025
Friday May 16, 2025
"Kami bertindih antara satu sama lain, saya berada di atas kawan-kawan," itu gambaran diberikan salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas tragis membabitkan konvoi kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengorbankan sembilan nyawa itu pada 13 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian Saifullah Ahmad.
Koperal Nizam Tarmizi, 38, antara yang terselamat berkata dia hanya sedar selepas dentuman kuat dan mendapati dirinya terbaring di atas tubuh rakan-rakan setugas yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728730/berita/semasa/kami-bertindih-saya-sedar-berada-di-atas-tubuh-kawan-kawan
Muzik: Introspection dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #FRU #TelukIntan
Friday May 16, 2025
Friday May 16, 2025
Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Baru Nilai, Nilai pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail dan Syamilah Zulkifli.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum itu dikejar di sekitar Nilai selepas enggan berhenti apabila dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728716/berita/semasa/polis-tembak-mati-2-penjenayah-kes-samun-edar-dadah-di-nilai
#SinarHarian #BeritaSemasa #penyenayahditembak #PDRM #kessamun #kesdadah
Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Pertubuhan Peniaga Makanan dan Ekonomi Kecil (Permeka) Kelantan yang mewakili golongan peniaga kecil dan sederhana mengangkat bendera putih selepas tidak lagi mampu berdepan kenaikan mendadak kos bahan mentah ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Pengerusi Permeka, C.Syadina Omar C.Daud berkata, mereka yang terdiri daripada 200 ahli merayu kepada kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menangani tekanan kos operasi yang semakin membebankan mereka dalam suasana ekonomi mencabar ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728629/edisi/kelantan/permeka-angkat-bendera-putih-kos-bahan-mentah-tinggi
#SinarHarian #BeritaSemasa #KotaBharu #Permeka #BahanMentah

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Simpan minyak masak: Pengurus restoran nasi kandar didenda
Padah menyimpan barang kawalan, 1,241 kilogram minyak masak di premis yang tidak dilesenkan, seorang pengurus syarikat sebuah restoran nasi kandar didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.
Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Das Jhonny Chandra, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728590/berita/semasa/pengurus-restoran-nasi-kandar-didenda-rm100000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #simpanminyakmasak #barangkawalan
Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram di sebuah rumah tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Nur Hafizah Harun, 21, yang merupakan seorang penganggur, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728556/berita/semasa/wanita-tak-mengaku-tawar-khidmat-doktor-gigi-haram
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #DoktorGigiHaram

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Penginapan baharu jemaah haji tawar keselesaan maksimum, mesra OKU
Penempatan baharu jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M di Abraj Al Tayseer di Makkah menawarkan keselesaan maksimum dengan pelbagai fasiliti disediakan termasuk kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU), lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Maktab 83A, Mohd Shafiq Shawal berkata, bangunan terletak kira-kira satu kilometer dari Masjidil Haram itu mempunyai lebih 600 bilik penginapan dan mampu menampung seramai 6,700 jemaah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728523/berita/nasional/penginapan-baharu-jemaah-haji-malaysia-tawar-keselesaan-maksimum-mesra-oku
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #jemaahhaji #TabungHaji #AbrajAlTayseer

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Lembu seludup dari Thailand berisiko bawa maut - Polis Kelantan
Polis Kelantan mendedahkan bahawa lembu yang diseludup masuk dari Thailand melalui laluan tidak sah berisiko mengancam nyawa pengguna kerana berkemungkinan membawa jangkitan anthrax, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Peringatan itu susulan satu kes kematian dilaporkan di Thailand pada 1 Mei lalu akibat jangkitan anthrax, iaitu penyakit bawaan bakteria Bacillus anthracis yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia, sebagaimana dimaklumkan oleh Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) negara jiran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728548/berita/semasa/lembu-seludup-dari-thailand-bawa-maut---polis-kelantan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PDRM #seluduplembu #rayaKorban #Lembu #anthrax

Thursday May 15, 2025
Thursday May 15, 2025
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar enggan melayan polemik berhubung isu debat antara beliau dan penyandang jawatan tersebut, Rafizi Ramli, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha menyantuni perwakilan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Nurul Izzah menjelaskan bahawa keutamaan beliau kini adalah menjalin hubungan erat dengan pelbagai peringkat dalam parti, khususnya golongan wanita dan anak muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728491/berita/politik/fokus-sentuhan-rakyat-bukan-debat---nurul-izzah
#SinarHarian #BeritaSemasa #Debat #NurulIzzah #rafizi #PemilihanPKR


