Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday May 18, 2025

UMNO Sabah kekal ada autonomi rundingan PRN Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kuasa autonomi kekal menjadi milik UMNO Sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan UMNO Sabah serta keupayaan mereka mengadakan rundingan dengan parti-parti lain bagi membentuk kerjasama menjelang PRN itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729037/berita/politik/umno-sabah-kekal-ada-autonomi-rundingan-prn-sabah---ahmad-zahid
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Sabah #UMNO #PRN

Sunday May 18, 2025

Tragedi Ulu Tiram: Sudut khas jadi tempat lepas rindu
“Setiap kali lalu depan gambar arwah hati sayu...rasa macam dia masih ada.” Itu luahan Azhar Khaiden, 55, bapa kepada Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729066/berita/nasional/tragedi-ulu-tiram-sudut-khas-jadi-tempat-lepas-rindu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #ulutiram #AzzaFahmiAzhar #seranganbalaipolis #johor

Saturday May 17, 2025

Menyorok dalam tandas, menyamar pelanggan elak dicekup
Sanggup menyorok di dalam tandas serta bersembunyi di ruangan bawah tangga antara tindakan warga asing yang cuba meloloskan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729024/berita/semasa/menyorok-dalam-tandas-menyamar-pelanggan-elak-dicekup
#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #wargaasing

Saturday May 17, 2025

‘Jika ada kesempatan, dakilah Jabal Nur’
Jemaah haji yang mempunyai kesempatan dan masa terluang digalakkan mendaki Jabal Nur agar tidak terlepas peluang melihat bukit yang menjadi saksi turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) Tabung Haji, Dr Mohd Bakri Aziz@Saari berkata, Jabal Nur atau dikenali sebagai Bukit Cahaya menyimpan sejarah agung Islam apabila di atasnya terdapat Gua Hira, tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama daripada Malaikat Jibril.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728934/berita/nasional/jika-ada-kesempatan-dakilah-jabal-nur
Muzik: Gravity by AndyBird dari Bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025 #JabalNur

Saturday May 17, 2025

PRN: PH Johor sedia bincang kerjasama politik - Nie Ching
Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan keterbukaan untuk mengadakan perbincangan berhubung kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian,  Nor Azura Md Amin.
Timbalan Pengerusi PH Johor, Teo Nie Ching berkata, setakat ini belum ada tarikh ditetapkan bagi PRN tersebut meskipun khabar angin mengenainya semakin hangat diperkatakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728972/berita/politik/ph-johor-sedia-bincang-kerjasama-politik-hadapi-prn---nie-ching
#SinarHarian #BeritaSemasa #PHJohor #PRN #Politik

Saturday May 17, 2025

Budak 4 tahun maut terperangkap dalam kebakaran
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dalam satu kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Melaka pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Lokman Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728845/berita/semasa/budak-lelaki-4-tahun-maut-terperangkap-dalam-kebakaran-rumah
#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #kanakkanakmaut #Melaka

Friday May 16, 2025

Kenaikan harga bahan mentah tidak menghalang seorang pemilik kafe di Kota Bharu untuk terus menawarkan 10 menu makanan dengan harga serendah RM2 sejak lima tahun lalu, lapor wartawan Hazelen Liana Kamarudin.
Norzuliana Zakaria, 41, pemilik Zuha Cafe House yang terletak di Kampung Serdang Muda, Pak Badol berkata, walaupun keuntungan tidak besar, beliau masih memperoleh pulangan memuaskan hasil jualan ratusan mangkuk setiap hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728848/Pelanggan-kafe-terkejut,-nasi-ayam-dan-mi-kari-masih-dijual-RM2
Muzik: Dreams dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #HargaBarang #Kelantan

Friday May 16, 2025

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih selamat untuk anggota ketika bertugas dalam masa terdekat ini, lapor wartawan Sinar Harian Normawati Adnan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu jawatankuasa khas telah dibentuk di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi meneliti perkara itu.
Artikel https://www.sinarharian.com.my/article/728864/berita/semasa/bas-ganti-trak-antara-cadangan-diteliti-tingkat-keselamatan-penugasan---kpn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPN #PDRM #nahasFRU #FRU

Friday May 16, 2025

Biarpun telah genap setahun tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei 2024 lalu namun penduduk setempat masih belum dapat melupakan detik hitam berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian,Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan Ulu Tiram mendapati rata-rata penduduk mengharapkan agar insiden seumpamanya tidak berulang lagi.
Malah penduduk turut mengharapkan agar keselamatan di kawasan perlu diberikan perhatian serius. 
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragediBalaiPolisUluTiram #UluTiram

Friday May 16, 2025

Helah sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan kelengkapan rumah bagi menyeludup bahan terlarang berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas JKDM menyita 90 kotak pelbagai saiz di sebuah gudang milik syarikat penghantaran di Batu Caves, Selangor pada 10 April lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728776/berita/semasa/sindiket-dadah-guna-perkhidmatan-penghantaran-barang-rumah-tumpas
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #JKDM #sindiketdadah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125