Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday May 21, 2025

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beliau menerima desakan daripada beberapa pihak agar bertanding di kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurut Rafizi, desakan itu timbul susulan pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan kekuatan beliau sebagai pemimpin parti, sehingga mencadangkan agar beliau meninggalkan kerusi di Parlimen Pandan dan mencuba nasib di kawasan yang dianggap ‘panas’.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729654/berita/politik/rafizi-dedah-diminta-tanding-di-machang-akmal-nasir-pula-di-pengkalan-chepa
#SinarHarian #BeritaSemasa #RafiziRamli #Jelajahhiruk

Wednesday May 21, 2025

‘Mulut longkang’ inilah yang dedahkan skandal demi skandal - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan bahawa gelaran 'mulut longkang' yang sering dilemparkan kepadanya bukanlah sesuatu yang baharu, malah pendekatan tegas dan terbuka itulah yang telah membantu membongkar pelbagai skandal ketika beliau berada di barisan pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Kenyataannya itu dibuat sebagai respons terhadap kritikan sesetengah pihak yang menganggap beliau terlalu lantang bersuara mengenai isu dalaman kerajaan dan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729649/berita/politik/jangan-lupa-mulut-longkang-inilah-yang-dedahkan-skandal-demi-skandal---rafizi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #Politik #RafiziRamli

'Rasa Borneo' di tengah Masai

Wednesday May 21, 2025

Wednesday May 21, 2025

Hanya tiga hari seminggu, deretan gerai yang menjual terung asam Sarawak, jeruk bambangan, ikan masin terubuk dan sayur kampung akan mula dibuka seawal jam 6 pagi, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Suasana pasar yang riuh rendah dan berwarna-warni ini menjadi medan pertemuan anak perantau dari Sabah dan Sarawak yang merindui ‘rasa’ kampung halaman.
Terletak di Taman Bukit Dahlia, Masai, Pasar Borneo menjadi tumpuan bukan sahaja warga Malaysia Timur yang menetap di Johor, malah pengunjung tempatan yang ingin mencuba sendiri kelainan budaya Borneo.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729618/edisi/johor/rasa-borneo-di-tengah-masai
Muzik: Color Beams dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PasarBorneo #Masai #JohorBahru #pasarpagi

Wednesday May 21, 2025

Abot, Rambai berjaya jinakkan Yob Padang
Seekor gajah liar jantan dianggarkan berusia 45 tahun yang dilaporkan mengganggu tanaman penduduk di Kampung Padang Stang, Gerik berjaya ditangkap pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. 
Mamalia dianggarkan seberat tiga tan itu ditangkap menerusi satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729563/Abot,-Rambai-berjaya-jinakkan-gajah-tunggal
#SinarHarian #BeritaSemasa #Gajah #perhilitan #Gerik

Tuesday May 20, 2025

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berusaha memastikan tahap kebersihan di Pulau Langkawi berada di tahap terbaik sepanjang penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25), lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, pihaknya mengambil pendekatan menyeluruh melibatkan logistik, penguatkuasaan dan kempen kesedaran awam bagi menyokong kelancaran program berprestij itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SWCorp #LIMA25 #Langkawi #PerbadananPengurusanSisa PepejaldanPembersihanAwam

Tuesday May 20, 2025

Anggota tentera nafi rogol, amang seksual pelajar
Seorang anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Rabu atas lima tuduhan termasuk merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar 4 Mei lalu.
Tertuduh, Mohamad Zulfikar Ishak, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729540/berita/semasa/anggota-tentera-berpangkat-sarjan-didakwa-rogol-amang-seksual-pelajar
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah

Tuesday May 20, 2025

Komuniti Pemburu Ikan Asing pulihkan ekosistem sungai
Ekosistem sungai di negeri-negeri Semenanjung, kecuali di Pantai Timur berada dalam keadaan membimbangkan apabila dikuasai spesis ikan asing terutamanya ikan bandaraya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Pengasas Pertubuhan Komuniti Pemburu Ikan Asing, Muhammad Haziq A Rahman berkata, data tersebut diperoleh berdasarkan tinjauan dan aktiviti memburu ikan asing yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan.
Menurutnya, sejak misi skuad tersebut bermula pada tahun 2022, lebih 40,000 ikan asing, kebanyakannya ikan bandaraya berjaya ditangkap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729530/berita/nasional/ikan-asing-kuasai-sungai-semenanjung-kecuali-di-pantai-timur
#SinarHarian #BeritaSemasa #buruikanasing #ekosistemsungai #ikanbandaraya

Tuesday May 20, 2025

Nahas FRU: Emosi waris masih belum pulih, anak termenung ingat 'babah'
Biarpun sudah seminggu kejadian nahas tragis mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan berlalu, emosi ahli keluarga masih belum pulih sepenuhnya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Bagi Noor Hasliza Mohd Hadzri, 32, isteri kepada Allahyarham Koperal Muhammad Akmal Muhammad yang terkorban dalam nahas itu mengakui emosinya masih terganggu kerana pemergian suaminya dalam keadaan mengejut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729504/Nahas-FRU:-Emosi-waris-belum-pulih,-anak-termenung-ingat-&#039
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #waris

Tuesday May 20, 2025

Drama tikam belakang karma buat Rafizi - Bekas SuPol Khalid Ibrahim
Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan serangan dalaman terhadap calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli umpama satu karma.
“Ini karma,” demikian kata ringkas Faekah Husin yang enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan Menteri Ekonomi itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729411/berita/nasional/drama-tikam-belakang-karma-buat-rafizi---bekas-supol-khalid-ibrahim
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #pemilihanpkr #tikambelakang #rafizi #KhalidIbrahim

Tuesday May 20, 2025

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kontroversi harga MyKiosk, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Malah, Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan mengambil tindakan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729485/berita/nasional/mykiosk-sedia-disiasat-kor-ming-ajak-azam-minum-teh
#SinarHarian #BeritaSemasa #My kioak #KPKT #NgaKorMing

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125