Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday May 22, 2025

Empat anggota FRU di ICU tunjuk perkembangan positif
Empat anggota polis yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terlibat dalam kemalangan tragik 13 Mei lalu menunjukkan perkembangan positif apabila sudah sedar dan menggunakan alat bantuan pernafasan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, keempat-empat mangsa sebelum ini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan serius, namun mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729875/berita/semasa/empat-anggota-fru-masih-dirawat-di-icu-mula-tunjuk-perkembangan-positif
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasFRU #TelukIntan #FRU

Wednesday May 21, 2025

Sindiket pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik sebuah kedai menjual jam dan studio foto terbongkar selepas dua beranak ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di premis berkenaan di Chow Kit Kuala Lumpur, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, Operasi Serkap itu dijalankan hasil risikan selama sebulan oleh 15 anggota dan pegawai imigresen dari Unit Perisikan dan Sektor Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729752/berita/semasa/dua-beranak-tawar-khidmat-proses-dokumen-palsu-diberkas
#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #dokumenpalsu #KualaLumpur

Wednesday May 21, 2025

Polis tahan lelaki curi 42 kad akses TM bernilai RM168,000
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam sindiket mencuri kad akses milik Telekom Malaysia (TM) di Melaka sejak Januari lalu ditahan awal pagi Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, suspek diberkas anggota Unit Rondaan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin selepas kenderaan Toyota Wish yang dipandunya terbabas di bahu jalan berhampiran Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Kampung Kelubi, Kemendor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729742/berita/semasa/polis-cekup-bekas-banduan-curi-kad-akses-tm-bernilai-rm168000
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #kadaksesTM #PDRM

Wednesday May 21, 2025

Kontraktor bangunan nafi guna dokumen palsu tender jambatan
Seorang kontraktor bangunan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tender membaik pulih jambatan di Yong Peng, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, Mohd Izwan Mohd Ali, 39, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729694/berita/semasa/kontraktor-bangunan-mengaku-tidak-bersalah-guna-dokumen-palsu-tender-jambatan
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdokumenpalsu #JohorBahru

Wednesday May 21, 2025

Pemandu Honda Jazz yang tular melanggar lampu isyarat merah dan merempuh dua motosikal di Senawang, Mac lalu mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas pertuduhan memandu secara berbahaya dan tanpa lesen sehingga mengorbankan tiga nyawa, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Peguam, Johan Radzi yang mewakili tertuduh berusia 17 tahun memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Majistret pada Rabu semasa prosiding sebutan semula kes di hadapan Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729686/berita/semasa/26-jun-keputusan-representasi-pemandu-honda-jazz-sebabkan-kematian-tiga-remaja
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #keshondalanggarlampumerah

Wednesday May 21, 2025

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beliau menerima desakan daripada beberapa pihak agar bertanding di kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurut Rafizi, desakan itu timbul susulan pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan kekuatan beliau sebagai pemimpin parti, sehingga mencadangkan agar beliau meninggalkan kerusi di Parlimen Pandan dan mencuba nasib di kawasan yang dianggap ‘panas’.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729654/berita/politik/rafizi-dedah-diminta-tanding-di-machang-akmal-nasir-pula-di-pengkalan-chepa
#SinarHarian #BeritaSemasa #RafiziRamli #Jelajahhiruk

Wednesday May 21, 2025

‘Mulut longkang’ inilah yang dedahkan skandal demi skandal - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan bahawa gelaran 'mulut longkang' yang sering dilemparkan kepadanya bukanlah sesuatu yang baharu, malah pendekatan tegas dan terbuka itulah yang telah membantu membongkar pelbagai skandal ketika beliau berada di barisan pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Kenyataannya itu dibuat sebagai respons terhadap kritikan sesetengah pihak yang menganggap beliau terlalu lantang bersuara mengenai isu dalaman kerajaan dan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729649/berita/politik/jangan-lupa-mulut-longkang-inilah-yang-dedahkan-skandal-demi-skandal---rafizi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #Politik #RafiziRamli

'Rasa Borneo' di tengah Masai

Wednesday May 21, 2025

Wednesday May 21, 2025

Hanya tiga hari seminggu, deretan gerai yang menjual terung asam Sarawak, jeruk bambangan, ikan masin terubuk dan sayur kampung akan mula dibuka seawal jam 6 pagi, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Suasana pasar yang riuh rendah dan berwarna-warni ini menjadi medan pertemuan anak perantau dari Sabah dan Sarawak yang merindui ‘rasa’ kampung halaman.
Terletak di Taman Bukit Dahlia, Masai, Pasar Borneo menjadi tumpuan bukan sahaja warga Malaysia Timur yang menetap di Johor, malah pengunjung tempatan yang ingin mencuba sendiri kelainan budaya Borneo.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729618/edisi/johor/rasa-borneo-di-tengah-masai
Muzik: Color Beams dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PasarBorneo #Masai #JohorBahru #pasarpagi

Wednesday May 21, 2025

Abot, Rambai berjaya jinakkan Yob Padang
Seekor gajah liar jantan dianggarkan berusia 45 tahun yang dilaporkan mengganggu tanaman penduduk di Kampung Padang Stang, Gerik berjaya ditangkap pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. 
Mamalia dianggarkan seberat tiga tan itu ditangkap menerusi satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729563/Abot,-Rambai-berjaya-jinakkan-gajah-tunggal
#SinarHarian #BeritaSemasa #Gajah #perhilitan #Gerik

Tuesday May 20, 2025

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berusaha memastikan tahap kebersihan di Pulau Langkawi berada di tahap terbaik sepanjang penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25), lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, pihaknya mengambil pendekatan menyeluruh melibatkan logistik, penguatkuasaan dan kempen kesedaran awam bagi menyokong kelancaran program berprestij itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SWCorp #LIMA25 #Langkawi #PerbadananPengurusanSisa PepejaldanPembersihanAwam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125