Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Friday May 23, 2025

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menegaskan bahawa tiada rasa berkecil hati terhadap ketiadaan wakil Barisan Nasional (BN) ke Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2024/2025 yang berlangsung pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan. 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, surat jemputan telah dihantar kepada semua pihak berkaitan, namun tiada maklum balas diterima.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730142/berita/politik/amk-tak-kecil-hati-wakil-bn-rafizi-tak-hadir-ndash-adam-adli
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #AMK #AdamAdli #PemilihanPKR #KongresPKR

Friday May 23, 2025

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan terlibat dalam rompakan tersebut, lapor wartawan Sinar Hrian, Nik Amirulmumin Nik Min
Tertuduh, Sri Farhana Nabila Mohd Kamal, 27, dan Mohd Fazlin Rahmat, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730102/berita/semasa/suri-rumah-rakan-didakwa-rompak-barang-kemas-ibu-mentua
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rompakMentua #rompak

Friday May 23, 2025

Beberapa unit kediaman diubah suai menjadi kedai runcit dan bilik kecil untuk disewakan kepada warga asing antara yang dikesan dalam Op Mega yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah apartmen di Bandar Sunway, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, tindakan pemilik menyalahgunakan premis kediaman sebagai tempat perniagaan dan penginapan itu dikesan hasil aduan awam yang diterima pihak berkuasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730069/berita/semasa/kediaman-diubah-jadi-kedai-runcit-asrama-warga-asing
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #PATI #OpMega #MBPJ

Friday May 23, 2025

Dua lelaki nekad melakukan pecah tabung di lima masjid sekitar daerah ini dalam tempoh satu malam bagi mendapatkan wang belanja untuk servis kereta dan sewa rumah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Lelaki berusia 20-an itu didapati melakukan perbuatan itu di Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Kariah Kampung Parit, Masjid Nur Salbiah dan Masjid Kariah Sungai Dua Besar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729981/berita/semasa/dua-lelaki-nekad-pecah-lima-tabung-masjid-dalam-satu-malam
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #pecahtabungmasjid #PDRM

Friday May 23, 2025

Semua pihak termasuk akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memainkan peranan penting bagi memastikan parti kekal utuh dan tidak berpecah selepas selesai Pemilihan PKR 2025, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, usaha untuk merapatkan semula hubungan dalaman parti wajib disegerakan kerana negara bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam tempoh terdekat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730029/berita/politik/tiada-ruang-untuk-perpecahan-dalam-pkr-ndash-fuziah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #FuziahSalleh #PemilihanPKR

Thursday May 22, 2025

PKR akan kembali tenang selepas pemilihan - Fahmi
Tiada perpecahan besar diramalkan berlaku dalam kalangan ahlinya selepas berakhirnya pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang akan berlangsung pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ahli parti akan kembali bersatu demi menyokong Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan agenda reformasi di peringkat Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729928/berita/politik/pkr-akan-kembali-tenang-selepas-pemilihan---fahmi
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #MPPPKR

Thursday May 22, 2025

Isu 'cai': JPP PKR akan beri amaran kepada Rafizi
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan memberi amaran keras kepada calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli susulan tindakan beliau mengumumkan senarai penuh ‘cai’ pilihannya sebelum pemilihan pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah tersebut disifatkan bercanggah dengan Garis Panduan Pemilihan 2025 yang telah ditetapkan oleh JPP.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729916/berita/politik/isu-cai-jpp-pkr-akan-beri-amaran-kepada-rafizi
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPPPKR #PKR

Thursday May 22, 2025

KPKT serah dokumen MyKiosk kepada SPRM
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan Projek MyKiosk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan dan integriti projek tersebut, Lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali menjelaskan, langkah tersebut diambil berikutan aduan daripada pihak tertentu mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan projek MyKiosk.
Katanya, KPKT tampil secara sukarela memberikan kerjasama sepenuhnya meskipun belum menerima mana-mana permintaan daripada pihak SPRM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729911/berita/nasional/kpkt-serah-dokumen-berkaitan-mykiosk-kepada-sprm
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPKT #MyKiosk #SPRM

Thursday May 22, 2025

Kes simbah asid: Pekerja kilang direman lima hari
Seorang pekerja kilang getah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid melibatkan seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Tawang, Bachok pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah reman yang bermula pada Khamis hingga Isnin depan dikeluarkan kepada wanita berusia 38 tahun tersebut oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729891/berita/semasa/pekerja-kilang-direman-bantu-siasatan-kes-simbah-asid-pengusaha-spa
#SinarHarian #BeritaSemasa #kessimbahesid #reman #mahkamah

Thursday May 22, 2025

Lipan Bara bantu jemaah haji sesat, sakit
Jemaah haji, terutama warga emas yang tersasar dan lupa arah jalan pulang ke bangunan penginapan masing-masing, tidak perlu risau dengan kehadiran Skuad Lipan Bara yang akan membantu mereka di sekitar Masjidil Haram, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Bertopi merah, berbaju-T warna kelabu dan berseluar hitam, kelibat anggota unit peronda itu mudah dikenali dalam lautan jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729855/berita/nasional/lipan-bara-bantu-jemaah-haji-sesat-sakit-di-masjidil-haram
#SinarHarian #BeritaSemasa 3jemaahhaji #TH #Haji2025 #Makkah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125