Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Feb 15, 2026

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa semua helah di Putrajaya ada dalam poket Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Beliau berkata demikian Ketika berucap pada Himpunan #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada Ahad.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kualaLumpur #himpunantangkapazambaki #RafiziRamli

Sunday Feb 15, 2026

Sunday Feb 15, 2026

Saturday Feb 14, 2026

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa parti itu bakal terkubur berikutan satu pertiga ahlinya dijangka keluar dan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya pada Jumaat.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri R Sanjeevan berkata, peringkat parti dan sayap bersekutu masih kukuh selain menyifatkan dakwaan sedemikian tidak berasas sama sekali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768213/berita/politik/bersatu-nafi-parti-bakal-terkubur
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu

Saturday Feb 14, 2026

Tiada perbincangan setakat ini berkaitan calon Ketua Pembangkang baharu, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Mesyuarat Khas MPT di kediaman Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu hanya menyentuh tentang langkah untuk memperkukuh parti di samping mengambil kira cadangan penambahbaikan daripada pimpinan Bersatu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768208/berita/politik/tiada-perbincangan-ganti-posisi-ketua-pembangkang---azmin-ali
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ketuapembangkang

Saturday Feb 14, 2026

Seramai 15 pesalah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah merata melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menerusi kerja pembersihan awam di beberapa negeri pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, semua pesalah itu dikenakan hukuman denda dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama empat jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768112/berita/nasional/15-pesalah-buang-sampah-jalani-khidmat-masyarakat-serentak-di-lima-negeri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PerintahKhidmatMasyarakat #SWCorp #pesalahbuangsampah

Saturday Feb 14, 2026

Terlupa dan kononnya tidak mengetahui kewajipan memakai tali pinggang keledar antara alasan utama penumpang bas yang didapati melanggar peraturan keselamatan sepanjang penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, tahun lalu.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, berdasarkan statistik, seramai 30 penumpang telah dikenakan kompaun kerana gagal memakai tali pinggang keledar ketika kenderaan sedang bergerak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768178/berita/semasa/terlupa-tak-tahu-wajib-pakai-alasan-penumpang-tak-pakai-tali-pinggang-keledar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #Bas

Friday Feb 13, 2026

Proses tindakan berkaitan isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan tidak dilakukan oleh individu secara perseorangan, sebaliknya dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768086/berita/nasional/rumah-ibadat-tanpa-kelulusan-proses-tindakan-bukan-orang-perseorangan-tapi-bersama-pbt
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isurumahibadattanpakelulusan #FahmiFadzil

Friday Feb 13, 2026

"Saya terkejut apabila suami mangsa datang ke rumah pada awal pagi beritahu sudah 'matikan' isterinya."
Demikian kata Atikah Sulaiman, 44, yang merupakan jiran dan pemilik rumah sewa kepada wanita hamil tujuh bulan yang maut dihentak objek tumpul dipercayai lesung batu oleh suaminya di rumah sewa mereka di Kampung Makam, Kota Tinggi pada awal pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768060/berita/semasa/dia-cakap-sudah-matikan-isterihellip-ndash-jiran
Muzik: Foe Pound dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah

Friday Feb 13, 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) berunsurkan perkauman dalam tempoh 24 jam.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, satu video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan insiden antara invididu berbangsa India dan Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768074/berita/semasa/mcmc-kenal-pasti-lebih-50-akaun-sebar-kandungan-cib-berunsur-perkauman---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #CIB #FahmiFadzil

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125