Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday May 29, 2025

Kes buangan haram di Port Dickson, bekas pegawai JAS antara didakwa
Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas pertuduhan meletakkan buangan bahan kimia, iaitu buangan pelarut organik bukan terhalogen, secara haram di Port Dickson, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Orang Kena Saman (OKS), bekas Timbalan Pengarah JAS Negeri Sembilan, S Sivanathiran 62, Chan Kwai Soon, 47, dan syarikat Nature Energy Products Sdn Bhd bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731178/berita/semasa/kes-buangan-haram-di-port-dickson-bekas-pegawai-jas-antara-didakwa
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #buanganharam #Seremban

Thursday May 29, 2025

Dakwaan 11 MP PKR tarik sokongan terhadap PM mengarut- Lih Kang
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang menafikan dakwaan 11 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menyifatkan dakwaan yang tular di aplikasi WhatsApp itu sebagai mengarut.
Katanya, Datuk Seri Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan Kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731104/berita/politik/mesej-dakwa-11-mp-pkr-tarik-sokongan-terhadap-anwar-mengarut---lih-kang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #tariksokongan #letakjawatan

Wednesday May 28, 2025

Nik Nazmi ikut jejak Rafizi, letak jawatan menteri
Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengikut jejak sama berkuat kuasa 4 Julai depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, keputusan tersebut susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Jelas beliau, kedudukan ketika itu sebagai Naib Presiden PKR merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan dirinya ke Kabinet.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731035/berita/nasional/nik-nazmi-ikut-jejak-rafizi-letak-jawatan-menteri
#BeritaSemasa #SinarHarian #NikNazmi #PKR #letakjawatan

Wednesday May 28, 2025

Antara kontroversi dakwaan isu rasuah melibatkan ADUN Sabah, kredibiliti individu yang mendedahkannya dengan integriti kerajaan negeri menjadi yang belum diungkapkan.
Adakah ia terkait dengan pilihanraya negeri Sabah tidak lama lagi dan usaha pihak tertentu mendapatkan sesuatu terkait kekayaan negeri. Dengarkan penjelasan isu ini dalam Interviu di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1235058701550379Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=VioU0Ifwsmk X: https://x.com/SinarOnline/status/1927605875860222158Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/731011/video/interviu/interviu-whistleblower-suci-hati-atau-agenda-tersembunyi
#Interviu #SinarHarian #PRNSabah #ADUNSabah #Rasuah

Wednesday May 28, 2025

Setiausaha Surau Madrasatul Huda, Nyior Setali, Alor Setar menjadi sebutan ramai apabila tindakannya membantu seorang wanita berbangsa India bersama bayi kecilnya yang berada dalam keadaan terdesak pada Khamis lalu tular di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Tindakan Shamshul Anuar Aziz, 44, itu mendapat pujian netizen, malah ramai yang menghantar mesej di TikTok miliknya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu dua beranak tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730965/edisi/utara/saya-tolong-atas-dasar-kemanusiaan---tindakan-setiausaha-surau-bantu-wanita-india-buat-netizen-sebak
#SinarHarian #BeritaSemasa #setiausahasuraubantuwanita #AlorSetar #viral

Wednesday May 28, 2025

Sebanyak 85 tan barangan milik jemaah haji Malaysia, termasuk sejadah, kurma, jubah, cenderamata dan perhiasan rumah, telah dihantar pulang ke tanah air menggunakan perkhidmatan lima syarikat kurier yang diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) setakat 18 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Khidmat Luar TH, Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, penghantaran itu membabitkan kos kira-kira 1.5 juta riyal, dengan 80 peratus barangan dihantar dari Madinah dan selebihnya dari Makkah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730942/berita/nasional/jemaah-haji-dah-hantar-85-tan-barang-pulang-ke-malaysia
#SinarHarian #BeritaSemasa #baranganjemaahhaji #Haji2025 #TH #jemaahhaji

Wednesday May 28, 2025

Ini sebabnya jemaah haji tak boleh bawa pulang air zamzam dari Makkah
Jemaah haji Malaysia tidak dibenarkan membawa pulang air zamzam sama ada melalui ruang kabin atau kargo pesawat penerbangan yang mereka naiki, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Khidmat Luar Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, air zamzam juga tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia menggunakan perkhidmatan pos.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730943/berita/nasional/ini-sebabnya-jemaah-haji-tak-boleh-bawa-pulang-air-zamzam-dari-makkah
#SinarHarian #BeritaSemasa #airzamzam #Haji2025 #TH #jemaahhaji

Tuesday May 27, 2025

Kegiatan pasangan pengantin baharu yang disyaki menjana pendapatan dengan menjual vape mengandungi cecair campuran dadah, termasuk kepada pelajar sekolah, akhirnya berjaya ditumpaskan polis dalam satu serbuan di Jasin Bestari pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Pasangan yang baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga itu terdiri daripada seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun dan isterinya, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730815/berita/semasa/pengantin-baharu-dalang-jual-dadah-dalam-cecair-vape
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Vape #PDRM #rokokelektronik

Tuesday May 27, 2025

Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, cadangan itu susulan dapatan pihaknya bahawa trend penyalahgunaan dadah sintetik baharu dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730801/berita/semasa/polis-melaka-cadang-kertas-kerja-haram-jualan-vape
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Vape #PDRM #rokokelektronik

Tuesday May 27, 2025

Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak untuk syarikat milik isterinya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. 
Tertuduh, Rosdi Pilus, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730768/berita/semasa/penolong-pengarah-jabatan-belia-dan-sukan-didakwa-guna-kedudukan-dapat-kontrak-untuk-isteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahSesyen #Seremban #Suapan #SPRM

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125