Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Selepas enam bulan mencemaskan penduduk dan memakan ternakan, seekor harimau jantan seberat 90 kilogram akhirnya berjaya ditangkap dalam operasi khas di Kampung Perlop 1, Sungai Siput, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Haiwan pemangsa berusia 1 tahun 10 bulan itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, kira-kira 700 meter dari kawasan penempatan penduduk sekitar jam 4 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731246/edisi/perak/harimau-jantan-masuk-perangkap-selepas-enam-bulan-mengganas
#SinarHarian #BeritaSemasa #harimau #perhilitan #sungaisiput

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas peranan luar biasa mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, termasuk dalam mendukung dan menegur demi kemajuan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau juga turut menyifatkan tugas kewartawanan sebagai satu bentuk pengorbanan yang besar, penuh keperitan namun tetap dijalankan dengan komitmen tinggi demi memastikan rakyat mendapat laporan yang benar dan seimbang.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/731292/berita/tugas-wartawan-luar-biasa-lapor-pahit-getir-rakyat---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #pengamalmedia

Thursday May 29, 2025
Thursday May 29, 2025
Gudang haram seleweng LPG bersubsidi dalam ladang sawit diserbu
Kegiatan penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah premis yang dipercayai beroperasi sebagai gudang haram terbongkar dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, pada petang Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Premis yang terletak di kawasan terpencil itu dipercayai digunakan untuk menyimpan dan memindahkan LPG daripada tong bersubsidi 14 kilogram ke tong industri bersaiz 50 kilogram bagi dijual di pasaran gelap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731222/berita/semasa/gudang-haram-seleweng-lpg-bersubsidi-dalam-ladang-sawit-diserbu
#SinarHarian #BeritaSemasa #selewenggaslpg #gaslpg #gudangharam

Thursday May 29, 2025
Thursday May 29, 2025
Tarik balik segera penarikan subsidi gas memasak peniaga kecil - Ahmad Fadhli
Kerajaan digesa segera menarik balik keputusan penarikan subsidi gas memasak yang melibatkan golongan peniaga kecil dan sederhana demi mengelakkan kesan rantaian yang membebankan rakyat, khususnya kenaikan harga makanan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kerajaan Madani perlu menghentikan segala bentuk tekanan terhadap peniaga kecil serta menghormati peranan mereka sebagai tulang belakang ekonomi negara.
Menurutnya, kerajaan wajar membentangkan pelan subsidi bersasar yang bersifat telus, adil dan praktikal bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731172/berita/nasional/tarik-balik-segera-penarikan-subsidi-gas-memasak-peniaga-kecil---ahmad-fadhli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Subsidi #LPG

Thursday May 29, 2025
Thursday May 29, 2025
Kes buangan haram di Port Dickson, bekas pegawai JAS antara didakwa
Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas pertuduhan meletakkan buangan bahan kimia, iaitu buangan pelarut organik bukan terhalogen, secara haram di Port Dickson, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Orang Kena Saman (OKS), bekas Timbalan Pengarah JAS Negeri Sembilan, S Sivanathiran 62, Chan Kwai Soon, 47, dan syarikat Nature Energy Products Sdn Bhd bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731178/berita/semasa/kes-buangan-haram-di-port-dickson-bekas-pegawai-jas-antara-didakwa
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #buanganharam #Seremban

Thursday May 29, 2025
Thursday May 29, 2025
Dakwaan 11 MP PKR tarik sokongan terhadap PM mengarut- Lih Kang
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang menafikan dakwaan 11 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menyifatkan dakwaan yang tular di aplikasi WhatsApp itu sebagai mengarut.
Katanya, Datuk Seri Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan Kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731104/berita/politik/mesej-dakwa-11-mp-pkr-tarik-sokongan-terhadap-anwar-mengarut---lih-kang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #tariksokongan #letakjawatan

Wednesday May 28, 2025
Wednesday May 28, 2025
Nik Nazmi ikut jejak Rafizi, letak jawatan menteri
Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengikut jejak sama berkuat kuasa 4 Julai depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, keputusan tersebut susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Jelas beliau, kedudukan ketika itu sebagai Naib Presiden PKR merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan dirinya ke Kabinet.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731035/berita/nasional/nik-nazmi-ikut-jejak-rafizi-letak-jawatan-menteri
#BeritaSemasa #SinarHarian #NikNazmi #PKR #letakjawatan
![[INTERVIU] Whistleblower: Suci hati atau agenda tersembunyi?](https://pbcdn1.podbean.com/imglogo/ep-logo/pbblog3482976/trrytr_300x300.jpg)
Wednesday May 28, 2025
Wednesday May 28, 2025
Antara kontroversi dakwaan isu rasuah melibatkan ADUN Sabah, kredibiliti individu yang mendedahkannya dengan integriti kerajaan negeri menjadi yang belum diungkapkan.
Adakah ia terkait dengan pilihanraya negeri Sabah tidak lama lagi dan usaha pihak tertentu mendapatkan sesuatu terkait kekayaan negeri. Dengarkan penjelasan isu ini dalam Interviu di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1235058701550379Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=VioU0Ifwsmk X: https://x.com/SinarOnline/status/1927605875860222158Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/731011/video/interviu/interviu-whistleblower-suci-hati-atau-agenda-tersembunyi
#Interviu #SinarHarian #PRNSabah #ADUNSabah #Rasuah

Wednesday May 28, 2025
Wednesday May 28, 2025
Setiausaha Surau Madrasatul Huda, Nyior Setali, Alor Setar menjadi sebutan ramai apabila tindakannya membantu seorang wanita berbangsa India bersama bayi kecilnya yang berada dalam keadaan terdesak pada Khamis lalu tular di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Tindakan Shamshul Anuar Aziz, 44, itu mendapat pujian netizen, malah ramai yang menghantar mesej di TikTok miliknya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu dua beranak tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730965/edisi/utara/saya-tolong-atas-dasar-kemanusiaan---tindakan-setiausaha-surau-bantu-wanita-india-buat-netizen-sebak
#SinarHarian #BeritaSemasa #setiausahasuraubantuwanita #AlorSetar #viral

Wednesday May 28, 2025
Wednesday May 28, 2025
Sebanyak 85 tan barangan milik jemaah haji Malaysia, termasuk sejadah, kurma, jubah, cenderamata dan perhiasan rumah, telah dihantar pulang ke tanah air menggunakan perkhidmatan lima syarikat kurier yang diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) setakat 18 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Khidmat Luar TH, Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, penghantaran itu membabitkan kos kira-kira 1.5 juta riyal, dengan 80 peratus barangan dihantar dari Madinah dan selebihnya dari Makkah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730942/berita/nasional/jemaah-haji-dah-hantar-85-tan-barang-pulang-ke-malaysia
#SinarHarian #BeritaSemasa #baranganjemaahhaji #Haji2025 #TH #jemaahhaji


