Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
Saturday May 31, 2025
Saturday May 31, 2025
“Esok majlis akad nikah saya, tidak sangka bertukar menjadi majlis tahlil,” luah Mohd Syafiq Abdul Rahim, 24, adik kepada salah seorang mangsa kemalangan maut di Kampung Sungai Sam, di Kuala Krai pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian tragis itu, kakaknya Nurul Ain Abdul Rahim, 39, anak tunggalnya Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dan menantu Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731458/berita/semasa/sedih-majlis-nikah-bertukar-tahlil
Muzik:Introspection dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalanganmaut #kelantan
Saturday May 31, 2025
Saturday May 31, 2025
Enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot milik seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat susulan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Sumber memaklumkan, sitaan itu dilakukan hasil penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM membabitkan hartanah bernilai kira-kira RM12 juta.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731473/berita/semasa/sprm-sita-enam-kediaman-mewah-tanah-milik-tan-sri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #rasuahdanasukuk #rasuahlebuhraya #tansriditahan #Rasuah #Rampasan

Saturday May 31, 2025
Saturday May 31, 2025
Sejak bertahun-tahun, berlaku salah faham terhadap makna sebenar Jabal Rahmah.
Ramai yang datang dengan niat khusus untuk berdoa agar mendapat jodoh, malah ada yang sanggup menulis nama pasangan di batu-batu bukit ini dengan harapan perhubungan mereka berkekalan, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menurut Pembimbing Ibadat Haji, Dr Mohd Bakri Aziz@Saari, perbuatan itu tidak bersandarkan sebarang dalil yang sahih.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731317/berita/nasional/jabal-rahmah-bukan-tempat-minta-jodoh
#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #JabbalRahmah #Haji2025

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
“Saya nak mohon banyak-banyak keampunan daripada ALLAH SWT. Semoga ALLAH ampunkan semua dosa-dosa saya.”
Demikian luah bekas penyanyi dan pelakon, Bibiana Layola atau nama sebenarnya Nur Habibah Abdullah, 55, yang merupakan antara 31,600 jemaah haji Malaysia terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu bagi musim 1446h/2025M,lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Beliau yang pernah memegang watak dalam filem Rozana Cinta ‘87 arahan pengarah, Nasir Jani turut berharap dapat istiqamah dalam melakukan ibadah sekembalinya ke tanah air kelak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731406/berita/hiburan/saya-harap-allah-hapuskan-dosa-dosa-saya---bibiana-layola
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Seorang guru dan 'abang CCTV & wiring' yang tular mengenai skandal seks didenda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, pada Jumaat.
Kedua-dua mereka dengan suara sebak mengaku bersalah atas percubaan melakukan zina pada 28 Februari lalu di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731414/berita/semasa/cikgu-abang-wiring-didenda-rm5000-mengaku-salah-cuba-lakukan-zina
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #Melaka

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Seorang pesara guru bersyukur kerana dipilih menjadi tetamu ALLAH biarpun tidak lagi dapat melihat Kaabah secara fizikal, la[or wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Jemaah haji cacat penglihatan, Zawiah Mohamad, 62, berkata, beliau pernah ke Tanah Suci menunaikan umrah pada tahun 2016 bersama suami dan anak bongsunya, Faizah Suaida, 25.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731316/berita/nasional/saya-pernah-lihat-kabaah-dalam-gambar-sebelum-ditakdir-buta
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Melaka pada Jumaat atas tuduhan merogol secara berkumpulan seorang pelajar universiti dalam sebuah kereta, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Muhamad Shafiq Asyraf Jasarudin, 23, dan Muhamad Nazhim Razali, 29, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731382/berita/semasa/dua-peniaga-dituduh-rogol-pelajar-universiti-dalam-kereta
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #Melaka

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Seorang lelaki yang terjerat hutang along didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat atas tuduhan merompak sebuah kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Melvin Yen Wei Shern, 31, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731364/edisi/melaka-ns/pemandu-e-hailing-didakwa-rompak-kedai-emas-mahu-langsaikan-hutang-rm70000
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrompakkedaiemas #Melaka

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, Mohd Zulfadli Nayan, dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Jumaat selepas didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah kapal yang sedang disiasat, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dalam penghakimannya menyatakan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731360/berita/semasa/bekas-pengarah-maritim-terima-rasuah-rm10000-dipenjara-20-bulan
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrasuah #JohorBahru

Friday May 30, 2025
Friday May 30, 2025
Kumpulan Karangkraf berpotensi menjadi rakan strategik ideal dalam menyokong aspirasi jenama MK Curtain Berhad untuk terus berkembang dalam landskap pasaran tempatan, khususnya dalam kalangan pengguna Melayu, lapor wartawan Sinar Harian, Azleenda Sahaludin.
Keyakinan itu disuarakan oleh Pengasas dan Pengerusi MK Curtain Berhad, Datuk Dr Calvin Khiu yang mengetuai lawatan korporat syarikat tersebut ke ibu pejabat Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731303/berita/nasional/mk-curtain-jalin-kerjasama-strategik-dengan-karangkraf
#SinarHarian #BeritaSemasa #MKCurtain #Karangkraf


