Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Kes ugut bunuh, kurung lelaki: Bella, tujuh rakan tukar pengakuan
Lapan individu termasuk sebagai Bella yang sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan iaitu melakukan mengugut membunuh, ugutan memukul serta pemerasan terhadap seorang lelaki, menukar pengakuan mereka di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin.
Bella atau nama sebenarnya Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, bersama tujuh lagi individu menukar pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret A Shaarmini dan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731966/berita/semasa/kes-ugut-bunuh-kurung-lelaki-bella-tujuh-rakan-tukar-pengakuan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesugutbunuhkurung #tukarpengakuan

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen
Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual 1,200 kilogram(kg) LPG tanpa lesen, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Orang kena saman(OKS) Lee Kin Choong, 57, Lim Chun Wee, 38, Tan Kai Lun, 28 dan Mar Thang, 31 yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNCHR), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang lagi OKS, Phaway Ai, 23, yang juga pemegang kad UNHCR, tidak dapat dibacakan kerana tidak memahami Bahasa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731934/berita/semasa/4-lelaki-termasuk-warga-asing-mengaku-berurusan-dengan-lpg-tanpa-lesen
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #LPGtanpalesen

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Tukang asah paling sibuk menjelang raya korban
Menjelang Aidiladha, Ahmad Nazari Abdullah, 62, antara individu yang dicari-cari kerana perkhidmatan mengasah parang dan pisau yang disediakannya., lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Seminggu sebelum tibanya hari itu, rutin bapa kepada lima anak ini semakin sibuk kerana perlu segera menyiapkan tempahan pelanggan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731854/edisi/melaka-ns/tukang-asah-paling-sibuk-menjelang-raya-korban
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #tukangasah #Seremban #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Tiga ahli Parlimen mohon jadi pemerhati kes saman Yusoff Rawther, Anwar
Tiga ahli Parlimen memohon untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebagai pemerhati dalam permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya isu imuniti.
Mereka ialah Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731937/berita/semasa/tiga-ahli-parlimen-mohon-jadi-pemerhati-kes-saman-yusoff-rawther-anwar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #3MP #pemerhati #YusoffRawther #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 02, 2025
Monday Jun 02, 2025
'Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang'
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) dan memuji tahap disiplin serta kebersihan diamalkan jemaah Malaysia di Masyair sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penghargaan itu diberikan menteri berkenaan, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah ketika beliau bertemunya dalam program Grand Hajj Symposium pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731859/berita/nasional/kalau-semua-jemaah-dunia-macam-malaysia-saya-boleh-tidur-lena
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #JemaahMalaysia #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 02, 2025
Monday Jun 02, 2025
Banglo biru diancam hakisan berjaya diselamatkan
Selepas hampir enam bulan diselubungi kebimbangan akibat hakisan pantai, banglo biru yang pernah tular di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini akhirnya berjaya diselamatkan selepas kerja-kerja tambakan siap sepenuhnya pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pemilik rumah, Mohd Yazit Idris, 66, berkata, kerja-kerja menyelamat rumahnya bermula sejak 21 Mei lalu dan mengambil masa lebih seminggu untuk disiapkan menggunakan kaedah tambakan bongkah batu dan tanah bukit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731696/Banglo-biru-diancam-hakisan-berjaya-diselamatkan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #banglobiru #terengganu #Hakisanlaut #KarnivalSiangMalam
Sunday Jun 01, 2025
Sunday Jun 01, 2025
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan supaya jemaah haji tidak berjalan kaki dari Makkah ke Arafah, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dalam program Grand Hajj Symposium di Ritz Carlton, Makkah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731724/berita/nasional/kerajaan-arab-saudi-akan-mempertingkatkan-sistem-pengangkutan-dan-semua-jemaah-haji-perlu-menaiki-kenderaan-disediakan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025
Sunday Jun 01, 2025
Sunday Jun 01, 2025
“Selalunya saya buat panggilan video ada dia seorang saja tapi sehari sebelum kemalangan, Faris pun ada sekali... rupanya itu kali terakhir lihat wajah mereka”, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Demikian luahan Mohd Shah Penilzain Mohamed Said, 45, bapa kepada Nur Atikah Najiha yang maut bersama suaminya, Mohamad Faris Kamaludin, 24, dan ibu, Nurul Ain Abdul Rahim, 39, dalam nahas membabitkan kereta dan sebuah bas ekspres di Kuala Krai, Jumaat lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731670/berita/dia-anak-tunggal-sayaitu-kali-terakhir-lihat-wajahnya
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #KemalanganMaut
Saturday May 31, 2025
Saturday May 31, 2025
Rakyat Malaysia sekali lagi diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima tawaran haji mujamalah oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan daripada ditipu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, peringatan telah beberapa kali dibuat malah pihaknya juga sebelum ini ada meminta khutbah-khutbah di masjid mengingatkan perkara berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731586/berita/nasional/dah-banyak-kali-ingatkan-tapi-masih-ada-lagi-kena-tipu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #HajiMujamalah #Haji2025
Saturday May 31, 2025
Saturday May 31, 2025
Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pagi Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji yang terkorban setakat ini seramai lima orang, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Misnan Ahmad, 60, berasal dari Johor, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di Hospital King Abdulaziz, Makkah akibat serangan jantung.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731574/berita/semasa/jemaah-haji-malaysia-kelima-meninggal-dunia-akibat-serangan-jantung
#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #JemaahHajiMeninggal #Haji2025


