Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Kenderaan Singapura tak daftar VEP akan disaman mulai 1 Julai, tak bayar tak boleh keluar Malaysia
Kerajaan akan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Julai ini bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penguatkuasaan ini selaras dengan Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi kesalahan bagi mana-mana individu memandu kenderaan bermotor asing tanpa permit sah sebelum memasuki atau semasa berada di Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732136/berita/nasional/penguatkuasaan-vep-di-sempadan-darat-malaysia-singapura-bermula-1-julai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ š
25ā27 JulaiĀ š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #VEP #sempadanmalaysiasingapura #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Lelaki kelar isteri hingga mati direman, laung takbir dalam lokap mahkamah
Seorang lelaki yang juga penganggur disyaki mengelar isterinya sehingga maut dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bukit Gambir, di sini pada Isnin, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Lee Kim Keat, selepas permohonan dikemukakan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732107/berita/semasa/lelaki-kelar-isteri-hingga-mati-direman-laung-takbir-dalam-lokap-mahkamah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ š
25ā27 JulaiĀ š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kelaristeri #tangkak #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Kehadiran DPMM FC bantu tingkat nilai komersilĀ
Kehadiran kelab dari Brunei Darussalam (DPMM FC) bagi saingan Liga Super bagi musim 2025-2026, dilihat bakal membantu akan meningkatkan nilai komersil Liga Malaysia (Liga-M), lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.Ā
Perkara itu dijelaskan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik yng turut menyifatkan kemasukan semula DPMM FC sejak 2008 dilihat memberi nilai tambah kepada saingan liga domestik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731976/berita/sukan/kehadiran-dpmm-fc-bantu-tingkat-nilai-komersial-liga-mĀ
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ š
25ā27 JulaiĀ š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #DPMMFC #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Ubah suai lori seludup lembu korban
Taktik licik sindiket menyeludup lembu menggunakan lori bonded terbongkar apabila kenderaan itu dikesan mengalami pengubahsuaian luar biasa sebelum ditahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak dalam Op Mega Korban pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Dalam operasi sekitar jam 10 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa bertindak mengekori lori terbabit sejauh 40 kilometer dari Hentian Titiwangsa sebelum menahannya berhampiran Tugu Peringatan Pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732013/berita/semasa/ubah-suai-lori-seludup-lembu-korban
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ š
25ā27 JulaiĀ š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #seluduplembu #JPVPerak #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah diminta jaga diri dan kesihatan
Kurang 24 jam sebelum hari wukuf di Arafah, jemaah haji diingatkan supaya menjaga diri dan kesihatan bagi memastikan ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naāim Mokhtar berkata, jemaah juga dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi seperti yang telah beberapa kali dimaklumkan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732004/berita/nasional/menjelang-wukuf-di-arafah-jemaah-diminta-jaga-diri-dan-kesihatan
---------------------------------------------Ā
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ Ā š
25ā27 JulaiĀ Ā š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ Ā š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah AlamĀ
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #wukufdiarafah
Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Pembinaan sahsiah pelajar sangat kritikal dalam persekitaran zaman moden yang kian mencabar.
Menekankan kepentingan akademik jua sahsiah dengan disokong suasana pembelajaran yang kondusif, Sekolah Pondok Moden Al-āAbaqirah menawarkan atmosfera segar melahirkan generasi pelajar berimbang dengan memenuhi kedua-dua tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Dapatkan video penuh ini bersama Al Sheikh Al Mudir Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP, Ustaz Muhammad Al Zubair Abd Samad Cheam di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/623868677372939Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=hv07znJvUFQX: https://x.com/SinarOnline/status/1929802941256683647Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/731996/video/interviu/interviu-al-abaqirah-mencari-keseimbangan-duniawi-dan-ukhrawiDailymotion: https://dai.ly/x9kpiu4
#Interviu #SinarHarian #MAIWP #SekolahPondokModenAl-āAbaqirah #Akademik

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
UMNO, PKR belum bincang tindakan Tengku Zafrul - Khaled
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), susulan laporan mengenai hasrat Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai PKR, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Noor Faezah Muda.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan Tengku Zafrul untuk meninggalkan UMNO adalah hak peribadi yang tidak boleh dihalang parti dan ia turut mencerminkan karakter serta pendirian politik beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731973/berita/politik/umno-pkr-belum-bincang-tindakan-tengku-zafrul---khaledĀ ---------------------------------------------Ā
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ Ā š
25ā27 JulaiĀ Ā š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ Ā š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah AlamĀ
#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #tengkuzafrul #keluarparti #Khalednordin

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Kes ugut bunuh, kurung lelaki: Bella, tujuh rakan tukar pengakuan
Lapan individu termasuk sebagai Bella yang sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan iaitu melakukan mengugut membunuh, ugutan memukul serta pemerasan terhadap seorang lelaki, menukar pengakuan mereka di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin.
Bella atau nama sebenarnya Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, bersama tujuh lagi individu menukar pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret A Shaarmini dan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731966/berita/semasa/kes-ugut-bunuh-kurung-lelaki-bella-tujuh-rakan-tukar-pengakuan
---------------------------------------------Ā
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ Ā š
25ā27 JulaiĀ Ā š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ Ā š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah AlamĀ
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesugutbunuhkurung #tukarpengakuan

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen
Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual 1,200 kilogram(kg) LPG tanpa lesen, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.Ā
Orang kena saman(OKS) Lee Kin Choong, 57, Lim Chun Wee, 38, Tan Kai Lun, 28 dan Mar Thang, 31 yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNCHR), Ā membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.Ā
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang lagi OKS, Phaway Ai, 23, yang juga pemegang kad UNHCR, tidak dapat dibacakan kerana tidak memahami Bahasa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731934/berita/semasa/4-lelaki-termasuk-warga-asing-mengaku-berurusan-dengan-lpg-tanpa-lesen
---------------------------------------------Ā
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ Ā š
25ā27 JulaiĀ Ā š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ Ā š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah AlamĀ
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #LPGtanpalesen

Tuesday Jun 03, 2025
Tuesday Jun 03, 2025
Tukang asah paling sibuk menjelang raya korban
Menjelang Aidiladha, Ahmad Nazari Abdullah, 62, antara individu yang dicari-cari kerana perkhidmatan mengasah parang dan pisau yang disediakannya., lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Seminggu sebelum tibanya hari itu, rutin bapa kepada lima anak ini semakin sibuk kerana perlu segera menyiapkan tempahan pelanggan.Ā
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731854/edisi/melaka-ns/tukang-asah-paling-sibuk-menjelang-raya-korban
---------------------------------------------Ā
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! šĀ Ā š
25ā27 JulaiĀ Ā š 9 pagi ā 12 tengah malamĀ Ā š Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah AlamĀ
#SinarHarian #BeritaSemasa #tukangasah #Seremban #KarnivalSiangMalam


