Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Keputusan nekad seorang bekas juruterapi urut pasukan bola sepak kebangsaan menceburi bidang perniagaan kuih bakar membuahkan hasil apabila perniagaan diusahakannya bersama isteri kini mendapat sambutan menggalakkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Setiap hari, kira-kira 100 kuih bakar air tangan Mohd Zaidi Abdul Latib, 58 dan isteri Nur Aisha Lexty, 52 yang dibuat di kedainya di Kampung Simen di sini telah terjual.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihbakar #usahawan #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Tindakan sekumpulan warga asing bertempiaran lari hingga ada yang berkaki ayam ternyata gagal menghalang mereka dicekup pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Stulang Laut, lewat malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Bagaimanapun, ‘drama’ itu berakhir apabila seramai 236 berjaya diberkas dalam serbuan besar-besaran oleh JIM Negeri Johor menerusi Ops Kutip yang digerakkan hasil risikan selama tiga minggu.
Artikel:
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johorbahru #JIM #WargaAsing #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antaranya, sama ada Perdana Menteri itu mempunyai imuniti daripada sebarang saman sivil, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas mendapati permohonan berkenaan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732170/berita/semasa/kes-saman-yusoff-rawther-anwar-gagal-rujuk-persoalan-undang-undang-antaranya-isu-imuniti
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kessamanyusoffRawther #anwaribrahim #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Kerajaan bantu 8 sekeluarga tinggal di pondok miliki kediaman lebih selesa
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membantu lapan sekeluarga yang tinggal di pondok usang di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu memiliki kediaman lebih selesa, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah KKDW Terengganu, Md Razi Md Lazim berkata, beberapa perkara sedang diteliti dan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732145/edisi/terengganu/kerajaan-bantu-8-sekeluarga-tinggal-di-pondok-miliki-kediaman-lebih-selesa
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KKDW #bantugologanmiskin #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
'Keluarga reda, Jahidah kini ibarat mayat hidup'
Melihat keadaan kakaknya yang sudah empat tahun terbaring kaku, Fauziah Nordin, 44, reda bahawa begitulah keadaan kakak sulungnya itu sampai bila-bila, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Akibat menjadi mangsa keganasan bekas suami, Jahidah Nordin, 47, kini ibarat mayat hidup dan paling menyedihkan, dia tidak pernah berpeluang menyentuh serta mendukung anaknya, Eshan Nufail, yang kini berusia tiga tahun lima bulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732137/edisi/melaka-ns/keluarga-reda-jahidah-kini-ibarat-mayat-hidup
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #JahidahNordin #dipukulsuami #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
1.8 juta jemaah haji mula bergerak ke Arafah
Lebih 1.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan memulakan pergerakan ke Padang Arafah pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada jam 6.30 pagi mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Al Masiah (Masyarik) dan Tabung Haji (TH).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732160/berita/nasional/18-juta-jemaah-haji-mula-bergerak-ke-arafah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
'Sudah sebulan makcik dapat rasakan Ecah akan mati' - Ibu mangsa kelar
“Dalam masa sebulan, makcik (ada) rasa anak aku akan mati.”
Demikian luahan Fatimah Seman, 63, ibu kepada 'Ecah' atau Iecah Junus, 34, yang maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Tangkak, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurut ibu kepada empat beradik itu, suspek sudah lama tidak membenarkan arwah yang bekerja sebagai kerani kilang bertemu dengan ibu bapa serta ahli keluarga lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732148/berita/semasa/sudah-sebulan-makcik-dapat-rasakan-anak-akan-mati---ibu-mangsa-kelar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelar #suamikelaristeri #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah
Dua lagi jemaah haji dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu dan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732144/berita/nasional/dua-lagi-jemaah-haji-malaysia-meninggal-dunia-di-makkah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Dr Rushdi tidak hadir sebutan kes, wakil JKP dilantik
Suami kepada Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli tidak hadir pada sebutan kedua kes penceraian melibatkan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Kuala Lumpur, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Peguam mewakilinya, Azmi Mohd Rais berkata, ketidakhadiran anak guamnya adalah kerana terlibat dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Kepentingan Ijmak dalam Mazhab Syafie dalam satu seminar di Brunei.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesceraiartis #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025
Wednesday Jun 04, 2025
Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin berharap kemelut rumah tangga dengan suaminya,Dr Rushdi Ramli dapat diselesaikan dengan segera, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 52, berpandangan, adalah lebih baik jika kes penceraian terbabit dapat disegerakan.