Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jun 05, 2025

Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan Oktober ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh peralihan itu, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732396/berita/nasional/peniaga-boleh-terus-guna-gas-lpg-subsidi-sehingga-pindaan-ppkb-dimuktamadkan---armizan
Muzik:  Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya  #TongGasLPG  #Armizan

'Tanah kami dalam laut'

Thursday Jun 05, 2025

Thursday Jun 05, 2025

“Hanya mampu tengok geran, tanah kami di dalam laut.”
Itulah luahan pilu Azammanan Ahmad, 53, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak Kota Bharu yang terpaksa menelan kepahitan selepas melihat sendiri tanah milik keluarganya serta penduduk lain lenyap ditelan hakisan sejak lebih tiga dekad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, hakisan pantai berlaku secara ketara dipercayai sejak projek di kawasan muara di Kemasin, Bachok siap diikuti pembinaan benteng pemecah ombak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732272/'Tanah-kami-dalam-laut
Muzik:  Sad Day dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KotaBharu #TanahDalamLaut #Hakisan

Tanah pusaka dalam sungai

Thursday Jun 05, 2025

Thursday Jun 05, 2025

Sedikit demi sedikit tanah pusaka penduduk Kampung Padang Rumbia Pekan hilang dan berada dalam Sungai Pahang sejak lebih 50 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Bermula dengan banjir besar 1971, hakisan tebing semakin serius hingga menyebabkan belasan hektar tanah warisan ‘ditelan’ arus deras dan kini mengancam rumah, jalan raya dan kehidupan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732291/berita/laporan-khas/tanah-pusaka-dalam-sungai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #PekanPahang #TanahPusaka #Hakisan

Thursday Jun 05, 2025

Satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, inisiatif tersebut merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732225/berita/politik/sekretariat-orang-melayu-dibentuk-satukan-gerakan-bawah-payung-besar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #TunM #SekretariatOrangMelayu #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 05, 2025

Hakisan tebing Sungai Perak yang berlaku di Kampung Dusun Hulu, Kampung Dusun Hilir dan Kampung Selat, Parit semakin membimbangkan penduduk, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Seorang penduduk, Mohd Said Zar, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan dia kehilangan sumber pendapatan apabila sebahagian struktur kedai makan yang diusahakan runtuh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732292/Saya-hanya-dengar-dentuman-kedai-runtuh
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Perak #TebingSungaiPerak #Hakisan

Wednesday Jun 04, 2025

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dalam sistem perundangan negara, tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan mutlak atau imuniti, termasuk raja-raja, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732220/berita/semasa/tiada-siapa-ada-imuniti-termasuk-raja-raja-kata-tun-m
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #Imuniti

Wednesday Jun 04, 2025

"Kami ada tiga anak, namun mereka tidak mahu mewarisi perniagaan ini. Terpaksalah lelong beribu utas jam tangan kerana kedai berusia 70 tahun ini akan ditutup sepenuhnya hujung bulan nanti." 
Demikian luahan Tan Siew Wan, 75, isteri kepada Mah Weng Kiong, 83, yang mengusahakan kedai jam tangan Swee Hing Kota Bharu sejak 1955, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, dia dan suami mengakui sukar untuk membuat keputusan itu kerana ia sudah menjadi rutin harian selain menyumbang kepada pendapatan utama. 
Muzik: Dreams dari www.Bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kedaijam #usahawan #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025

Keputusan nekad seorang bekas juruterapi urut pasukan bola sepak kebangsaan menceburi bidang perniagaan kuih bakar membuahkan hasil apabila perniagaan diusahakannya bersama isteri kini mendapat sambutan menggalakkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. 
Setiap hari, kira-kira 100 kuih bakar air tangan Mohd Zaidi Abdul Latib, 58 dan isteri Nur Aisha Lexty, 52 yang dibuat di kedainya di Kampung Simen di sini telah terjual. 
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihbakar #usahawan #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025

Tindakan sekumpulan warga asing bertempiaran lari  hingga ada yang berkaki ayam ternyata gagal menghalang mereka dicekup pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Stulang Laut, lewat malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Bagaimanapun, ‘drama’ itu berakhir apabila seramai 236 berjaya diberkas dalam serbuan besar-besaran oleh JIM Negeri Johor menerusi Ops Kutip yang digerakkan hasil risikan selama tiga minggu.
Artikel: 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johorbahru #JIM #WargaAsing #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 04, 2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antaranya, sama ada Perdana Menteri itu mempunyai imuniti daripada sebarang saman sivil, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas mendapati permohonan berkenaan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732170/berita/semasa/kes-saman-yusoff-rawther-anwar-gagal-rujuk-persoalan-undang-undang-antaranya-isu-imuniti
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kessamanyusoffRawther #anwaribrahim #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125