Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Sunday Jun 08, 2025

Peristiwa aneh ketika sembelih kerbau besar 500 kilogram
Kejadian aneh keluar ulat dari daging korban yang baharu disembelih semasa proses lapah dilakukan di Rumah Lindungan Raja sempena Kenduri Rakyat, Kulim mengejutkan ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Peristiwa yang berlaku kira-kira lima tahun lalu itu bagaimanapun kembali segar dalam ingatan penduduk kampung yang menyaksikannya setiap kali ibadat korban dilaksanakan saban tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732457/berita/laporan-khas/peristiwa-aneh-ketika-sembelih-kerbau-besar-500-kilogram
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #6osaat #peristiwaaneh #Melaka #KarnivalSiangMalam

Sunday Jun 08, 2025

'Banyak kali saya larang mereka pergi' - Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata
Naluri seorang ibu yang berasa tidak sedap hati rupa-rupanya membawa khabar duka apabila empat anaknya bersama seorang menantu maut dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri–Maran, Pahang pada tengah malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Zaini Noh, 52, berkata rasa tidak sedap hati itu diterjemahkan dengan menasihati anak-anak dan menantunya agar tidak meneruskan hasrat untuk berhari raya di rumah bapa saudara mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732645/berita/semasa/banyak-kali-saya-larang-mereka-pergi---ibu-hilang-4-anak-seorang-menantu-sekelip-mata
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganmaut #Parit #KarnivalSiangMalam

Saturday Jun 07, 2025

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Jhor Bahru, pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan adik ipar baginda, Datuk Muhammad Dennis Abdullah. 
Setelah menunaikan solat sunat Aidiladha, yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Johor, Muhamad Bukharuddin Ismail, baginda turut bersalaman dengan para jemaah sebelum berangkat pulang. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732603/edisi/johor/tunku-mahkota-johor-solat-sunat-aidiladha-bersama-rakyat
Muzik:  Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidiladha #TMJ #karnivalsiangmalam

Friday Jun 06, 2025

Penduduk Kampung Raja Uda membantah sepenuhnya cadangan pembinaan bangunan memorial empat tingkat di atas tanah kira-kira sekitar satu ekar di Persiaran Raja Muda Musa, di Pelabuhan Klang, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Aisyah Mohamad.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Azhar Ibrahim berkata, bantahan terhadap projek yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda itu dibuat berikutan hampir 90 peratus penduduk di kampung tersebut merupakan masyarakat Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732545/edisi/selangor-kl/penduduk-kampung-raja-uda-bantah-pembinaan-memorial-bersebelahan-masjid
Muzik:  Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantahan #kampungrajauda #memorial #Selangor

Friday Jun 06, 2025

'Salah seorang mangsa, Arif sempat bersalam dengan saya dan berkata ‘aku pergi dulu’. Saya hanya sempat membalas, bawa motosikal elok-elok selepas kelas tamat jam 12.30 tengah hari. Tidak lama kemudian, saya dapat berita mereka sudah tiada," lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Demikian luahan Nik Muhammad Danis Darwish Abdul Qayyum, 19, rakan sekelas kepada tiga pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Alor Setar, petang Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732412/berita/semasa/aku-pergi-dulu-ndash-rakan-kongsi-detik-terakhir-tiga-pelajar-ikbn-maut
Muzik:  Audiosign dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlorSetar  #KemalanganMaut  #PelajarIKBN

Thursday Jun 05, 2025

Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan Oktober ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh peralihan itu, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732396/berita/nasional/peniaga-boleh-terus-guna-gas-lpg-subsidi-sehingga-pindaan-ppkb-dimuktamadkan---armizan
Muzik:  Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya  #TongGasLPG  #Armizan

'Tanah kami dalam laut'

Thursday Jun 05, 2025

Thursday Jun 05, 2025

“Hanya mampu tengok geran, tanah kami di dalam laut.”
Itulah luahan pilu Azammanan Ahmad, 53, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak Kota Bharu yang terpaksa menelan kepahitan selepas melihat sendiri tanah milik keluarganya serta penduduk lain lenyap ditelan hakisan sejak lebih tiga dekad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Menurutnya, hakisan pantai berlaku secara ketara dipercayai sejak projek di kawasan muara di Kemasin, Bachok siap diikuti pembinaan benteng pemecah ombak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732272/'Tanah-kami-dalam-laut
Muzik:  Sad Day dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KotaBharu #TanahDalamLaut #Hakisan

Tanah pusaka dalam sungai

Thursday Jun 05, 2025

Thursday Jun 05, 2025

Sedikit demi sedikit tanah pusaka penduduk Kampung Padang Rumbia Pekan hilang dan berada dalam Sungai Pahang sejak lebih 50 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Bermula dengan banjir besar 1971, hakisan tebing semakin serius hingga menyebabkan belasan hektar tanah warisan ‘ditelan’ arus deras dan kini mengancam rumah, jalan raya dan kehidupan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732291/berita/laporan-khas/tanah-pusaka-dalam-sungai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #PekanPahang #TanahPusaka #Hakisan

Thursday Jun 05, 2025

Satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, inisiatif tersebut merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732225/berita/politik/sekretariat-orang-melayu-dibentuk-satukan-gerakan-bawah-payung-besar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #TunM #SekretariatOrangMelayu #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 05, 2025

Hakisan tebing Sungai Perak yang berlaku di Kampung Dusun Hulu, Kampung Dusun Hilir dan Kampung Selat, Parit semakin membimbangkan penduduk, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Seorang penduduk, Mohd Said Zar, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan dia kehilangan sumber pendapatan apabila sebahagian struktur kedai makan yang diusahakan runtuh.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732292/Saya-hanya-dengar-dentuman-kedai-runtuh
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Perak #TebingSungaiPerak #Hakisan

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125