Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Tuesday Jun 10, 2025

Nahas pelajar UPSI: Pesanan terakhir Adib buat ibu
Jenazah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adib Hazim Halim, 21, yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, disifatkan berada dalam keadaan sempurna dan seolah-olah sedang tidur, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ibunya, Ruslinan Abd Razak, 55, berkata anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya mengalami sedikit calar pada bahagian muka dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732980/berita/semasa/jenazah-adib-sempurna-seolah-sedang-tidur---ibu
Muzik: Instrospection dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉📅 25–27 Julai🕘 9 pagi – 12 tengah malam📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 09, 2025

Tabung Haji terima Anugerah Labbaittom daripada Arab Saudi
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi buat julung kalinya memberi pengiktirafan tertinggi kepada Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori Diamond, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, TH telah dianugerahkan Anugerah Labbaittom untuk tahun keempat berturut-turut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732799/berita/nasional/tabung-haji-terima-anugerah-tertinggi-pengurusan-haji-daripada-arab-saudi
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Haji2025

Monday Jun 09, 2025

Nahas pelajar UPSI: MB Perak menangis, umum bantuan RM1,000
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tidak dapat menahan sedih ketika mengumumkan bantuan RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Ipoh pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menurutnya, sumbangan daripada kerajaan negeri itu bagi membantu waris mangsa yang terlibat untuk meringankan beban mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732882/edisi/perak/nahas-pelajar-upsi-mb-perak-menangis-umum-bantuan-rm1000
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 09, 2025

Kerajaan jamin siasatan telus, minta henti spekulasi
Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan secara telus dan terperinci akan dijalankan berhubung insiden nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding di Gerik pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732845/berita/semasa/kerajaan-jamin-siasatan-telus-orang-ramai-diminta-tidak-buat-spekulasi
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam
 

Monday Jun 09, 2025

Bas bawa pelajar UPSI terlanggar belakang Alza - Polis
Sebuah bas persiaran yang hilang kawalan dipercayai menjadi punca nahas tragik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli–Gerik, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang membawa 42 pelajar itu sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732842/berita/semasa/bas-bawa-pelajar-upsi-terlanggar-belakang-alza---polis
Muzik: Anotherchance  dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam
 

Monday Jun 09, 2025

Nahas pelajar UPSI: Mangsa merangkak keluar dalam gelap
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi Isnin terpaksa merangkak keluar dalam keadaan gelap untuk menyelamatkan diri, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Seorang mangsa yang terselamat, Nur Irdina Yamin Huri, 22, berkata, sebelum kejadian ada beberapa penumpang yang tidak tidur.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732831/berita/semasa/nahas-pelajar-upsi-mangsa-merangkak-keluar-dalam-gelap
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 09, 2025

'Pilu dengar mangsa meronta minta tolong'
Salah seorang pelajar UPSI, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Isnin sempat menceritakan keadaan ketika kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732821/berita/semasa/kpt-sahkan-15-pelajar-upsi-maut-nahas-bas
Muzik: Anotherchance  dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #beritasemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 09, 2025

Nahas pelajar UPSI: Bomba potong belakang bas keluarkan mangsa terperangkap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak memaklumkan bahawa dua mangsa yang parah dan empat yang maut berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak kakitangan perubatan dan polis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732802/berita/semasa/nahas-pelajar-upsi-bomba-potong-belakang-bas-keluarkan-mangsa-terperangkap
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #60saat #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 09, 2025

Jemaah haji Malaysia ke-10 meninggal dunia di Tanah Suci
Satu lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci meningkat kepada 10 orang setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian Nur Farhana Abdul Manan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah haji berkenaan, Abd Malek Sudin, 62, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.31 petang di Hospital King Abdullah, Makkah akibat serangan jantung.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732795/berita/nasional/jemaah-haji-malaysia-ke-10-meninggal-dunia-di-tanah-suci
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #Haji2025 #KarnivalSiangMalam

Sunday Jun 08, 2025

Dua beradik ikut jejak abang sulung hafaz al-Quran 
Begitulah kekuatan ingatan Hasanah 'Ulya Hasbullah dan adiknya, Ahmad Sidqie yang merupakan wakil Negeri Kedah dalam Hafazan kategori Juzuk 1 hingga 20 Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Hasanah diumumkan memenangi tempat kedua dengan markah 92.35 peratus.
Kedua-dua menjadikan abang sulung sebagai idola, Ahmad Syawqi yang pernah diumumkan Johan Hafazan peringkat Kebangsaan dan mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa dalam King Abdulaziz International Competition for the Memorization of the Holy Quran pada 2017.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727833/edisi/utara/dua-peserta-mthqk-kedah-kongsi-rahsia-hafaz-al-quran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #hafazalquran #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125