Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jun 11, 2025

Dua kesalahan besar dilakukan syarikat pengendali bas - Anthony Loke
Dua kesalahan besar dilakukan oleh syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lalu yang mengorbankan 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyebabkan permit syarikat berkenaan dibatalkan serta-merta, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, syarikat berkenaan yang beralamat di Kedah didapati memajak permit bas kepada pihak ketiga di Kelantan, dengan bayaran RM500 sebulan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733237/berita/nasional/dua-kesalahan-besar-dilakukan-syarikat-pengendali-bas---anthony-loke
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganbas #nahasbas #kemalanganpelajarUPSI #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 11, 2025

Najib gagal gugur tiga kes AMLA SRC RM27 juta
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM27 juta yang membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Permohonan itu ditolak selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Najib, 72 tahun, yang dikemukakan pada 31 Julai 2023.
Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi perbicaraan kes tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733179/berita/semasa/najib-gagal-gugur-tiga-kes-amla-src-rm27-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #SRC #NajibRazak #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 11, 2025

Terkilan tidak beri jambu batu pada Muhammad Adib - Bapa
ย "Sehingga sekarang saya masih terkilan. Adib ada minta hendak makan jambu batu yang ditanam di tepi rumah, namun tidak beri padanya sebab sudah janji dengan menantu.
Demikian luah Halim Sidik, 58, yang tidak dapat menahan sebak apabila terkenang kembali permintaan Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak sehari sebelum kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733202/berita/semasa/terkilan-tidak-beri-jambu-batu-pada-muhammad-adib---bapa
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut

Wednesday Jun 11, 2025

"Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia."
Demikian luahan Halim Sidik, 58, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733199/'Saya-maafkan-pemandu-bas,-tiada-dendam'---Bapa-Muhammad-Adib
Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut

Wednesday Jun 11, 2025

Nahas pelajar UPSI: Polis minta pemandu bas tak buat kenyataan terbukaย 
Polis menasihatkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lepas supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tindakan pemandu berusia 39 tahun yang kini sedang dirawat di Hospital Taiping itu boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733195/berita/semasa/polis-nasihat-pemandu-bas-tidak-keluar-sebarang-kenyataan-elak-ganggu-siasatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ย ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julaiย ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malamย ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 10, 2025

Dua kali laungkan azan sebelum ribut reda
"Dua kali saya laungkan azan sebelum ribut reda."
Demikian kata pengawal keselamatan, Tan@Mohd Hafiz Mat Kesah, 50, di Kampung Paya Pulai di Temerloh selepas rumahnya antara 75 yang terjejas akibat ribut di beberapa kawasan di Temerloh pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733048/edisi/pahang/dua-kali-laungkan-azan-sebelum-ribut-reda
Muzik: Foe Pound dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #ribut

Tuesday Jun 10, 2025

Peniaga martabak sanggup jual rumah demi tunai haji
Seorang peniaga martabak sanggup menjual rumah dimilikinya bagi membolehkan dirinya dan isteri ke Tanah Suci menunaikan haji, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Yahya Che An, 71, berkata, dia bersyukur dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu dengan duit titik peluh hasil bekerja sebagai pemandu lori dan berniaga martabak di tepi jalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732978/berita/nasional/peniaga-martabak-sanggup-jual-rumah-demi-tunai-haji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #tunaihaji #jemaahhajimalaysia #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 10, 2025

Nahas pelajar UPSI: Mangsa masih trauma, terkesan dengan apa berlaku
Dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh masih dalam keadaan trauma susulan kejadian nahas ngeri bas di Kilometer 53 Jalan Gerik-Jeli yang mengorbankan 15 rakan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa serta waris bagi membantu mereka menguruskan tekanan emosi akibat insiden tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733036/berita/semasa/nahas-pelajar-upsi-mangsa-masih-trauma-jkm-sedia-khidmat-kaunseling
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 10, 2025

Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas direman selepas sembuh
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan direman sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 40 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami dalam nahas berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732987/berita/semasa/15-pelajar-upsi-maut-nahas-pemandu-bas-direman-selepas-sembuh
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 10, 2025

Penganggur didakwa kelar isteri, diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Tangkak atas pertuduhan membunuh isterinya di Bukit Gambir awal Jun lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizah Ahmad Zaini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733000/berita/semasa/suami-didakwa-bunuh-isteri-tersenyum-keluar-dari-mahkamah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #kelaristeri #bunuh #Mahkamah

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125