Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
Warden dipenjara 6 tahun, 2 sebatan amang seksual dan liwat kanak-kanak
Seorang warden sebuah pusat pengajian al-Quran dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tiga daripada 15 pertuduhan meliwat serta melakukan amang seksual terhadap tujuh pelajar lelaki antara tahun 2023 hingga Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Mohd Khairi Fitri Baharom, 38, dalam keadaan menangis membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733390/berita/semasa/warden-dipenjara-6-tahun-2-sebatan-amang-seksual-dan-liwat-kanak-kanak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #seremban #amang #warden #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
Warga Singapura lakukan khianat didenda RM9,100
Seorang pengurus sumber manusia warga Singapura didenda sebanyak RM9,100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan khianat yang dilakukan minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh, Cheng Kuan Poh Colin, 40 tahun, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733384/berita/semasa/warga-singapura-lakukan-khianat-didenda-rm9100
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #JohorBharu #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
Tekanan belajar dan sering dimarahi dipercayai punca seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lelaki menikam ibu dan abangnya sehingga maut dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara, Melaka pada awal pagi Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Dalam kejadian lebih kurang jam 5 pagi, suspek remaja berusia 17 tahun dipercayai masuk ke bilik ibunya yang juga merupakan guru berstatus ibu tunggal lalu menyerang mangsa sebelum menikam wanita berusia 51 tahun itu menggunakan pisau lipat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733394/berita/semasa/tekanan-belajar-sering-dimarahi-motif-calon-spm-tikam-ibu-dan-abang-kandung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #CalonSPM #TikamIBu #PDRM

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
"Sedih bila tengok barang-barang arwah. Tadi pagi kami pergi ziarah kubur adik."
Demikian luah Siti Hajar Nur Fatin Mohd Sofian, 25, kakak kepada Allahyarham Mohammad Aqil Taqiuddin, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733381/berita/semasa/barang-arwah-pengubat-rindu-kami
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #UPSI #NahasUPSI #KemalanganGerik #Gerik

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown atas dua pertuduhan mengambil pekerja asing tanpa memilik pas yang sah dan tinggal di sebuah premis perniagaan pada Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, Tan Kah Harn yang memiliki perniagaan berasaskan peladangan dan pertanian bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733373/berita/semasa/ahli-perniagaan-didakwa-ambil-pekerja-asing-tanpa-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Georgetown #PekerjaAsingTanpaPas #Majikan #mahkamah

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
Yusoff Rawther bebas kes dadah, miliki dua pistol tiruan
Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis daripada dua pertuduhan membabitkan pengedaran dadah jenis kanabis dan pemilikan dua pistol tiruan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733376/berita/semasa/yusoff-rawther-dibebaskan-serta-merta-kes-dadah-miliki-dua-pistol-tiruan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #YusoffRawther #dadah
Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
'Jenazah Nurly Shahirah berbau wangi' - Pemandu van jenazah
"Empat kali saya turun naik semula ke van… hanya semata-mata kerana ingin cium semula bau wangi ditinggalkan jenazah yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata."
Demikian luah pemandu van jenazah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Roslee Hamzah, 57, yang berkongsi pengalaman istimewa ketika menguruskan penghantaran jenazah Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733352/berita/semasa/jenazah-nurly-shahirah-berbau-wangi-sukar-digambarkan---pemandu-van-jenazah
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganbas #nahasbas #kemalanganpelajarUPSI #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025
Thursday Jun 12, 2025
'Syukur cucu beri RM30,000 untuk tunai haji'
Seorang warga emas melahirkan rasa syukur apabila pengorbanan cucunya yang memberikan wang berjumlah RM30,000 membolehkan dia dan isterinya menunaikan haji tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Yaacob.
Yaacob Bador, 79, berkata, sekiranya bergantung pada wang simpanannya sendiri, ia memang tidak mencukupi untuk menampung kos ke Tanah Suci bersama isteri tercinta, Hasnah Daga, 69.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733170/berita/nasional/syukur-cucu-beri-rm30000-untuk-saya-dan-isteri-tunaikan-haji
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhajimalaysia #TabungHaji #Makkah #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 11, 2025
Wednesday Jun 11, 2025
'Kami bukan sahaja hilang adik, tapi ibu ' - Abang Nor Ayuni
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nor Ayuni Maslan, 21, mangsa nahas kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di Perak pada Isnin disifatkan sebagai seorang adik periang serta 'ibu' yang bertanggungjawab pada keluarga, Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Abangnya, Ahmad Azizol, 26, berkata, semenjak pemergian ibu mereka 10 tahun lalu Nor Ayuni yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik itu menggalas tanggungjawab sebagai 'ibu' seawal usia 11 tahun.
Kehilangan Nor Ayuni sangat sukar bagi mereka kerana dia bukan sahaja adik tetapi ibu. Bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku.
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganbas #nahasbas #kemalanganpelajarUPSI #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 11, 2025
Wednesday Jun 11, 2025
MOT bangun pangkalan data pemandu bas
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membangunkan satu sistem pangkalan data komprehensif melibatkan semua pemandu bas pengangkutan awam, termasuk bas ekspres dan bas persiaran, bagi menapis pemandu yang mempunyai rekod masalah atau kesalahan lampau.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #pangkalandatapemandubas #KarnivalSiangMalam


